Don't Laugh Too Much

Orang yang beriman sentiasa taat perintah Allah.
Dia sentiasa mengingati mati dan sedaya upaya melakukan kebaikan kerana Allah.
Dia juga sentiasa menangis di hadapan Allah, memohon ampun atas dosa-dosa yang dilakukannya.
Hatinya sentiasa merintih kepiluan mengenang nasibnya di akhirat kelak...

Itulah antara pengisian jiwa orang-orang yang soleh.
Namun, amat berbeza sekali dengan diri kita pada hari ini.
Ramai yang terleka, lagho, alpa dengan keasyikan dunia.
Hari-hari mereka sentiasa diisi dengan gelak ketawa dan riang ria di hati.
Mereka tidak pernah mengingati mati bahkan cuba mengelak untuk bercakap tentang hal itu.
Ah, mati lambat lagi...aku belum tua lagi...masih muda!

Ayuhlah hamba-hamba Allah sekalian...
Jomlah ingat mati dan banyakkanlah menangis kerananya.
Bukan menangis kerana putus cinta, menonton filem Hindustan, membaca novel jiwang dan sebagainya yang langsung tidak membawa antum kepada Tuhan Semesta Alam..

Di sini suka untuk ana kongsikan beberapa ayat, hadis, dan kisah-kisah para Nabi dan para sholihin untuk kita jadikan renungan dan iktibar...

"Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan"
( Surah At-Taubah : 82 )

"Dan mereka tersungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuknya"
( Surah Al-Isra' : 109 )

Abdullah bin Mas'ud berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah orang beriman yang dari matanya keluar air mata sebesar kepala lalat kerana takut kepada Allah, kemudian dia mengenai kulit mukanya, melainkan Allah mengharamkan atasnya api neraka".

Rasulullah s.a.w bersabda, "Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka : mata yang menangis kerana takut kepada Allah  dan mata yang malam hari berjaga ( kerana peperangan ) di jalan Allah.

Ibnu Abbas r.a ditanya tentang orang-orang yang takut ( kepada Allah ). Jawabnya, "Hati mereka gembira dengan rasa takut, mata mereka sentiasa menangis. Mereka mengatakan , "Bagaimana mungkin kami gembira, sedangkan kematian berada di belakang kami, kubur berada di hadapan kami, kiamat telah dijanjikan buat kami, di atas neraka jahannam jalan kami, dan di hadapan Allah kami berdiri teguh".

Pada suatu ketika Hasan Basri berjalan melalui seorang pemuda yang hanyut dalam gelak ketawa, padahal dia sedang duduk bersama orang ramai di suatu majlis. Lalu dia ditegur oleh Hasan, "Wahai pemuda, apakah engkau telah melalui Shirath ( titian yang terletak di atas neraka jahannam )?" Jawabnya, "Belum."
Hasan berkata, "Maka mengapa engkau tertawa terbahak-bahak?" Maka, setelah itu, pemuda itu tidak lagi dilihat tertawa terbahak- bahak.

Berdasarkan kisah-kisah di atas, ayuhlah kita kembali kepada Allah dengan menginsafi diri dan bertaubat kepadaNya.
Tidak salah jika ketawa, namun berpada-padalah, jangan sampai lalai daripada mengingati Allah S.W.T.
Don't laugh too much but crying a lot for Allah!
...والله اعلم

2 comments:

Assalamualaikum...
blh tergkan ape mksud lagho dgn sebenar-benarnya???

pada pndpt ana la kan, lagho tu lalai drp konsep hidup yg sebenar...hidup kita ni kn ibadah...so, kalau dh buat benda2 yg x elok spt lepak, tonton cite x elok atau kurang b'zikir kpd Allah...mcm mana nk niat ibadah krn Allah..Itu juz pndpt, kalau ada apa2 nk tmbh or tegur ke,blh la... ولله اعلم

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...