Adik-adikku platform terbaik buat pendai'e

Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka.

Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa.

Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama...
Adik-adikku,  Insya Allah Boleh!!

Itulah lagu tema sebuah rancangan realiti tv terbaru, Adik-adikku yang disiarkan di TV1 mulai tahun ini.
Pertandingan akhir telah dilangsungkan pada 18/3/2010 yang disiarkan secara langsung di TV1 pada jam 9.00 malam.
Pemenang-Pemenang Pertandingan Akhir Adik-Adikku – 2010
JOHAN

Muhammad Wajih Zakwan Hanif
NAIB JOHAN

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi
TEMPAT KETIGA

Muhammad An-Naim Yasim



TEMPAT KEEMPAT

Nur Syafiqah Mohd Paris
TEMPAT KELIMA

Amin Al-Hadi Ab.Hadi
TEMPAT KEENAM

Nurul Syazwina Mohd Sukri



TEMPAT KETUJUH

Nor Syamira Liana Nor Ashaha

Inilah keputusannya....Hebat betul adik-adik ini.
Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman web rasmi Adik-Adikku di :
http://www.islam.gov.my/adik2ku/index.html

Ana amat meminati rancangan ini.
Sejak menontonnya buat kali pertama, ana terus 'jatuh hati pandang pertama'.
Sebab itulah kalau ada peluang memang ana tak kan berganjak daripada tv pada pukul 6.30 petang untuk tonton rancangan ini.

Apa yang ana kagum dengan rancangan ini ialah adik-adik seramai 20 orang dididik oleh murabbi mereka yang terdiri daripada Ustaz Zamri, Ustaz Zawawi, Ustaz Mohd  Farid Ravi, Ustaz Ridhuan Tee, dan Ustazah Asni.
Sejak awal program, mereka akan buat persembahan dan akan dinilai oleh juri-juri...Sesi penyingkiran akan dibuat sehinggalah tinggal 7 orang peserta yang berentap di pusingan akhir.
Walau bagaimanapun, apa yang menariknya, para peserta yang tersingkir tidak akan dibuang dan pulang ke rumah masing-masing, tetapi mereka tetap akan join kelas-kelas yang diajar di sana seperti kelas mengaji, bertarannum, memanah, menunggang kuda dan sebagainya.

Ada yang menarik lagi ialah peserta -peserta rancangan itu semuanya masih kecil dan sangat berbakat...
Malah ada seorang peserta yang buta iaitu Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.
Alhamdulillah...buta bukan sebarang buta...Adik Qayyim telah berjaya mendapat tempat kedua dalam peringkat akhir.
Walau apa pun tahniah kepada adik-adik yang telah menang...Adik Wajih, Adik Qayyim, Adik Naim  dan semua peserta Adik-Adikku.
Mabruuk Alaikum!!


Namun, apa yang ana paling kagum tentang program anjuran JAKIM ini ialah pendidikan yang diberikan oleh para murabbi yang terdiri daripada penceramah tanah air yang terkenal kepada adik-adik di Adik-Adikku.
Mereka telah dididik untuk menjadi pendai'e yang menggunakan cara yang betul dalam dakwah selaras dengan Al-Quran dan Assunnah.
Pelbagai uslub dakwah dan kaedah diajar kepada adik-adik ini seperti bercerita, bernasyid, berpidato, bertarannum, berlakon dan sebagainya..
Mereka turut menyelitkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dalam persembahan mereka di samping intonasi suara dan gaya yang bersahaja.
Mereka turut didedahkan untuk menarik minat penonton atau madu' mereka dengan mainan emosi seperti gembira, lucu, sedih, dan sinis...

Aspek-aspek inilah yang sebenarnya perlu ada pada diri seorang pendakwah iaitu dengan mengetengahkan pelbagai uslub dakwah yang menarik agar madu' terpikat untuk mendekati Islam dan mengamalkan Islam keseluruhannya.
Ana sendiri pun pada jujurnya belajar banyak perkara melalui rancangan ini terutamanya pendekatan dakwah yang didedahkan yang sudah semestinya dapat diamalkan dalam melakukan amar makruf dan nahi munkar.
Semoga rancangan seperti ini diteruskan dalam mendidik adik-adik dan anak-anak kecil khususnya agar timbul kesedaran dalam diri mereka untuk berdakwah.
Bahkan rancangan seumpama ini turut patut diadakan untuk para remaja dan orang dewasa dalam usaha untuk menegakkan Islam di muka bumi ini, Insya Allah...

"Tegakkan Islam Dalam Dirimu, Nescaya Akan Tertegaknya Islam Di Atas Muka Bumi"

Wallahu A'lam!

3 comments:

betul 2. ana setuju sgt2.
dr. kecik dh didedahkan dgn t/jwb p'daie.
insya-Allah bsr nanti jd p'daie yg hebat
mcm murobbi mereka.

x sbr nk tggu adik-adikku musim ke-2 :)

Mmg x sabar tunggu adik-adikku musim ke-2.
Rasa nak tgk sokmo la plk.
rancangn tu mmg ada aura yg hebat la.

Harap2 kita pun dpt ikut apa yg baik drp mrk!

sy nak tgk video adik2 kecil nie bercerita n alunkan azan..hehe.adik qayyim nizar tue adalah sepupu sy..hehe.aritu xsempat nk tengok diorang..camne ek nak tgk video diorang..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...