Corat- Coret Raya

Alhamdulillah, abang sulung ana dah selamat bernikah dan memulakan hidupnya sebagai seorang suami.
Semoga beliau dapat menjadi ketua keluarga yang berusaha melahirkan sebuah keluarga yang sakinah, Insya Allah.
Apapun, bagi insan yang masih belum berumah tangga, hendaklah menjaga diri dan maruah daripada perkara yang tidak elok.
Yang paling penting carilah cinta Ilahi dahulu kerana itulah cinta yang abadi.
Jika seseorang itu nakkan pasangan yang benar-benar beriman yang boleh membahagiakan rumah tangga, orang itu terlebih dahulu kena menjaga iman dan mensoleh dan mensolehahkan diri.
Bak kata Fatimah Syarha, carilah cinta Ilahi, barulah cinta pasangan soleh akan kaumiliki.

 Selamat mendirikan mahligai bahagia buat abangku Tg Muhammad Fakhruddin dan kakak iparku Siti Aisyah ^_^

Kali ini, ana nak kongsikan sebuah kisah yang Insya Allah boleh memberikan pengajaran kepada kita.
Semalam, ana ke rumah seorang sahabat bersama beberapa orang yang lain untuk beraya.
Namanya Puteri Maryam. Ayahnya berasal dari Acheh.
Jadi ayahnya ada menceritakan  berkenaan tsunami yang berlaku di Acheh.
Selepas peristiwa itu berlaku, ayahnya ke sana untuk melawat keluarga yang terselamat.
Kemudian, Pak  Cik memberitahu bahawa ada sebuah masjid yang terselamat...masjid tu berwarna putih hitam.
Selain itu, ada sebuah keluarga Cina yang turut terselamat, cuma tempat mereka agak terjejas.
Cuma yang membuat ana kagum ialah keluarga tersebut telah memeluk Islam.
Nak tahu kenapa?? Sebab masjid tu tak musnah dek tsunami. (mereka takjub dengan apa yang berlaku)
Selepas tu, Pak Cik berkata lagi salah seorang ahli keluarga Cina yang peluk Islam itu memberitahu bahawa  semasa kejadian berlaku, dia sempat menyelamatkan diri dan dia melihat masjid itu seolah-olah diangkat.
Wallahu a'lam benar ataupun tidak tapi itulah kuasa Allah.
Jelas bahawa hidayah tu milik Allah dan Dia telah mengurniakan hidayah-Nya kepada keluarga Cina itu hanya dengan melindungi sebuah masjid daripada tsunami.
Tatkala bangunan-bangunan yang besar hancur musnah, masjid itu terselamat.
Subhanallah yang menjadikan alam ini.
Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Semoga kita dapat mengambil iktibar dan bermuhasabah.

Wallahu a'lam.

Puasa Enam Syawal

Syawal dah datang...rasanya masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Apabila bulan Syawal menjengah, kita sebagai umat Islam digalakkan berpuasa enam hari di bulan ini.
Rasulullah ada bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal,dia diibaratkan berpuasa selama setahun.
Jadi, suka di sini ana menyeru kepada diri ana dan antum untuk sama-sama kita berpuasa pada bulan yang mulia ini.
Antara hikmah puasa enam ini sebenarnya kita dapati ia merupakan kesinambungan daripada puasa di bulan Ramadhan.
So, konklusinya ia merupakan penerus ibadat kita kepada Allah dan menambahkan ketaatan kita kepada allah.
Seorang penyair Arab ada berkata hari raya bukan sahaja kita pakai baju baru, cantik-cantik tetapi menambah ketaatan kepada Allah.
Oleh sebab itu kita digalakkan untuk terus membaca Al-Quran. berqiyamullail dan menyambung kembali ibadat yang kita lakukan pada bulan Ramadhan.

Semasa menonton Tanyalah Ustaz di TV9, ana dapat mengetahui sesuatu berkenaan puasa enam ini.
Pasti ramai yang keliru sama ada nak pusa enam dulu ke...puasa qada' dulu.
Ustaz tersebut mengatakan bahawa kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa enam dahulu atau puasa qada' dahulu bagi yang mengalami uzur syar'ie di bulan Ramadhan seperti haid, musafir, sakit atau sebagainya.
Jadi mereka diberi pilihan untuk memilih untuk berpuasa enam dahulu atau puasa qada' dahulu.
Jika dirasakan tidak sempat untuk berpuasa qada' dahulu, puasalah enam di bulan Syawal dahulu, barulah puasa yang wajib.
Insya Allah sempat menggantikan puasa yang ditinggalkan sebelum Ramadahan tahun hadapan tiba lagi.
Cuma yang perlu diberi perhatian ialah puasa tersebut haruslah diasingkan.
Jika nak puasa qada', niatlah puasa qada' sahaja...begitulah sebaliknya.
Jangan digabungkan puasa wajib dan sunat.
Lebih baik ianya diasingkan, semoga puasa kita diterima Allah.

Namun, perlu diingatkan, jika seseorang itu sengaja meninggalkan puasa tanpa sebarang sebaab, seperti malas berpuasa, dia wajib menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu dahulu, barulah boleh berpuasa sunat enam di bulan Syawal atau puasa-puasa sunat yang lain.
Apapun ingatlah bahawa Syawal bukanlah bulan untuk bersuka ria semata-mata tetapi bulan untuk kita menambahkan amal ibadat dan ketaatan kepada Allah.
Marilah kita sama-sama berdoa agar segala amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah dan semoga kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang.
Ayuh lihat, fikir dan amal!!

Wallahu a'lam

Ayuh Beramal

Kali ini, ana tak nak banyak nak tulis.
Cuma sekadar muhasabah diri.
Dalam sehari di bulan Ramadhan pasti kita banyak mendengar tentang fadhilat dan ganjaran di bulan yang mulia ini.
Tiap-tiap hari, di tv, radio, tazkirah, nasyid dan banyak lagi wadah kita dapat tahu Tentang semua kebaikan di bulan ini.
Tapi sejauh mana kita mengamalkannya??

Jadi, apa tunggu lagi, jangan lengah- lengah...
Sebelum Ramadhan mengundur diri, cepat-cepatlah rebut peluang.
Ayuh beramal, ayuh beibadat!
Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan Allah serta pembebasan daripada api neraka.

Bersyukurlah...

Setiap kali ana dan keluarga siap menjamu selera di meja makan, pasti akan kedengaran satu suara oleh mak ana sendiri.
Beliau sering berkata kepada kami,"Lepas makan tu jangan lupa baca doa"
Lebih kurang macam tulah apa yang mak ana cakap.

Walaupun pesanan itu nampak simple, tapi padat dan penuh mesej tersirat.
Memang diakui manusia pada hari ihi sedikit sahaja yang bersyukur.
Sebelum dapat apa-apa, bersungguh-sungguh berdoa memohon dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Rozzak.
Namun, apabila dah dapat nikmat, sedikit sahaja dalam kalangan kita yang bersyukur.

Oleh sebab itu, ana menyeru kepada antum dan diri ana juga, agar kita sama-sama bersyukur dengan nikmat Allah dan menggunakan segala pemberian-Nya itu ke arah kebaikan.
Allah dah berjanji, jika kita bersyukur, pasti Allah akan tambahkan nikmat buat kita, tetapi, kalau kita kufur pasti azab yang pedih menanti kita.

Bersyukurlah....Alhamdulillah!
Rezeki, kekayaan, dan semua nikmat di atas dunia ini semuanya milik Allah.
Dialah Yang Maha Memberi dan Maha Pemurah.
والله اعلم...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...