Anasir Yang Merosakkan Hati

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Jangan engkau membunuh hatimu dengan banyak makan dan tidur. Ianya akan melalaikan kita daripada mengingati Allah"

Luqmanul Hakim pernah berpesan kepada anaknya :
"Jangan banyak makan dan tidur kerana pada hari akhirat nanti, mereka akan miskin amal solehnya ketika bertemu Allah"
  • Banyak makan dan minum
"Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Kerana Dia tidak sukakan orang yang berlebih-lebihan"
(Surah al- A'raf : 31)
Jadikanlah "makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan" sebagai prinsip hidup.
Sesungguhnya Imam As-Syafie tidak pernah kenyang selama 16 tahun.

  • Banyak tidur
Banyak tidur akan melemahkan badan dan menyebabkan hati mati.
Tidur merupakan ibadah yang paling ikhlas tetapi banyak tidur akan merosakkan hati.
Tidur yang baik tidak semestinya tidur yang lama tetapi tidur yang berkualiti.

-Sebenarnya banyak lagi anasir yang boleh merosakkan hati manusia, cuma selagi manusia itu berpegang teguh pada jalan Allah dengan banyakkan berzikir, membaca Al-Quran dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW, Insya Allah mereka akan selamat di dunia dan akhirat...
-Jadi marilah kita kurangkan makan dan tidur serta berpada-padalah dalam sesuatu perkara kerana Allah suka orang yang tidak berlebih-lebihan dan bersederhana...

Wallahu A'lam

Wasiat Allah Kepada Rasulullah SAW

Daripada Nabi SAW : Pada waktu malam aku diisrakkan sampai ke langit, Allah SWT telah memberikan lima wasiat :-
  1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  2. Jadikan cintamu kepada-Ku kerana tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
  4. Putuskan harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  5. Rajinlah mengerjakan solat tahajud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiyamullail.
Semoga kita sama-sama bermuhasabah untuk meletakkan pergantungan kepada Allah perkara yang utama dalam hidup ini.

Seperti mana firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56,
"Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"

Jangan lihat sahaja, ayuh fikir dan jom sama-sama kita beramal!!
Wallahu a'lam...

Cinta Yang Agung

Siapalah aku untuk berbicara tentang cinta,
Kerana aku bukan pakar cinta,
Yang bisa mengarang berkajang-kajang surat cinta,
Namun hajatku ingin engkau mengerti,
Suatu cinta yang suci,
Cinta yang agung lagi abadi...

Tidakkah engkau terfikir,
Betapa besarnya cinta Tuhan kepada kita,
Cinta yang tidak berbelah bagi,
Hanya untuk kita,
Ah, indahnya jika cinta-Nya aku yang punya...

Aku cinta akan ibu bapa,
Sepenuh jiwa dan raga,
Merekalah nyawa nadi hidupku,
Namun cinta mereka bukan untukku semata-mata,
Bagaimana kasih mereka untuk adik beradik yang lain?
Pasti harus diberi dengan sama rata,
Pasti perhatiannya tidak sama...

Aku cinta akan guru-guruku,
Seluruh hati dan perasaanku,
Merekalah pelita hidupku,
Namun cinta mereka bukan untukku semata-mata,
Bagaimana cinta mereka untuk anak didik yang lain?
Pasti harus diberi dengan sama rata,
Pasti perhatiannya tidak sama...

Begitu juga dengan insan yang lain,
Cinta mereka kepadaku bukanlah keutamaan,
Hanya kerana 'cinta akan insan lain' itu perintah Tuhan,
Mencintai satu sama lain di bawah naungan Yang Esa...

Ah, tidak mengapa,
Mereka juga menyahut seruan-Nya,
Tidak beriman seseorang itu,
Sebelum dia mencintai saudaranya,
Seperti mana dia mencintai dirinya sendiri...

Aku juga ingin begitu,
Cinta akan orang lain kerana-Nya,
Bukan untuk hiburan semata-mata,
Bukan untuk gurauan semata-mata,
Bukan untuk bersenang-lenang semata-mata,
Tapi kerana cinta pada Yang Esa...

Terbuktilah bahawa cinta pada Ilahi cinta yang agung,
Mana tidaknya,
Allah punya banyak hamba,
Tapi cinta-Nya pada hamba-hamba-Nya sentiasa ada,
Walau tidak diminta Dia tetap memberi,
Bukti sifat Ar-Rahman-Nya...

Carilah cintaYang Esa,
Mintalah pada-Nya,
Mohonlah pada-Nya,
Patuhilah perintah-Nya,
Tinggallah larangan-Nya,
Pasti Dia akan tetap bersama,
Pasti Dia akan hadirkan cinta-Nya pada kita,
Cintailah Dia setulus jiwa,
Mintalah pada-Nya agar kita mencintai-Nya,
Kerana Dialah pencipta cinta...

Ayuh Bangkit Wahai Umat Islam

Coretan ini sekadar untuk membangkitkan hati-hati yang sedang lena daripada kealpaan dunia.
Diharapkan intipatinya dapat memberi kesedaran dan mengetuk jiwa lesu dalam diri umat Islam dengan izin-Nya.
Apa yang ana tonton semalam sangat menjentik akal kurniaan Ilahi untuk berfikir mengenainya.

Ada satu kisah dalam tv yang ana tonton sangat memberi pengajaran berguna buat ana.
Dalam satu babak yang ditayangkan, watak utama yang ana namakan sebagai Siti telah berbual dengan seorang kakak yang ana namakan sebagai Sofea.
Dalam babak ini, Siti telah menegur Sofea ala-ala macam ni la...
   "Akak, Siti tahu Akak dah banyak jaga dan bantu Siti dan adik Siti. Tapi kalau Akak dan suami Akak bersembahyang, Insya Allah lagilah berkat kehidupan Akak sekeluarga," ujar Siti kepada Sofea.
   "Tapi, Siti kalau Siti dan adik Siti tu sentiasa bersolat, kenapa hidup kamu susah jugak..Tak senang- lenang macam Akak pun," ujar Sofea pula.
   Siti terdiam tanpa bicara. Tiada balasan atas kata-kata itu.
   "Tak pelah Siti, kalau Siti nak solat, Siti solatlah...Akak dan suami Akak tak nak masuk campur... Asalkan hidup kami bahagia," ujar Sofea lagi mengakhiri perbulan mereka.

Lebih kurang begitulah dialog dalam babak itu, tapi ada yang ditokok tambah.
Apa yang penting di sini ialah pengajaran daripada kisah tersebut.
Ana boleh ulaskan di sini bahawa Siti seorang yang kuat pegangan agamanya tapi hidupnya miskin dan terpaksa bergantung kepada Sofea yang kaya-raya tetapi tak mengamalkan agama.
Ana puji sikap Siti yang berterus-terang dengan menegur perbuatan Sofea selama ini. Kita dapat lihat peranan dakwah yang dimainkan oleh Siti.
Namun, niat ikhlasnya menegur dibalas dengan sindiran pedih oleh Sofea dengan memandang rendah kepada Siti yang miskin.

Kesimpulannya di sini ialah seorang umat Islam mesti memajukan dirinya daripada segi penampilan, pekerjaan, ketinggian ilmu dan sebagainya agar dakwah yang disampaikan mudah diterima oleh orang lain.
Jika tidak...bagaimanakah mereka akan melihat kehebatan Islam?
Adakah hanya dengan bersolat tetapi berpakaian selekeh dan kerjanya hanya mengemis dan meminta sedekah?
Walaupun kita sebagai umat Islam tidak menegur orang lain untuk mengamalkan Islam, tetapi sikap kita yang mengamalkan Islam dengan sempurna dan lahir daripada amalan itu hasil yang dikagumi, masyarakat pasti akan tertarik dengan Islam.
                           Ayuh berjihad demi Islam tercinta!!

Seperti kata-kata hukama', perbuatan lebih memberi kesan daripada perkataan.
Jadi, kepada umat Islam termasuk ana yang menulis ini kita harus bangkit untuk memajukan diri bukan untuk kepentingan diri dan ingin menunjuk-nunjuk tetapi uantuk kemaslahatan dan ketinggian Islam.
Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tidak ada lagi yang lebih tinggi daripadanya.
Biarlah kita berusaha untuk menjadi pakar dalam semua bidang sehingga orang bukan Islam pun merujuk kepada kita sekali gus membawa Islam kepada mereka.
Insya Allah dengan kemajuan umat Islam, Islam akan dikagumi dan digeruni seperti zaman umat-umat terdahulu.
Ayuhlah kita bangkit untuk memartabatkan Islam.
Jangan biarkan Islam dipandang sebelah mata sahaja tetapi biarlah Islam dipandang dengan kedua-dua belah mata beserta mata hati yang tulus ikhlas mencari redha Ilahi.

Wallahu A'lam...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, akhirnya hari ini tamat juga SPM exam tatkala tamatnya paper PQS...
Namun, perjuanganku masih belum tamat...
Selangkah kukeluar dari sekolah banyak lagi perkara yang harus dilakukan...
Inilah peluangku untuk bermujahadah dengan sebenar-benarnya selepas keluar daripada ruang lingkup peraturan sekolah.
Aku harus menempuhi 1001 macam cabaran tidak lama lagi...
Menghadapi PLKN...satu dunia baru yang harus ditempuhi selepas ini.
Namun, sebenarnya di bahu ini telah terpikul satu lagi amanah yang besar untuk membawa Islam kepada masyarakat luar selepas berjuang di madrasah tercinta...
Moga aku diteguhkan hati untuk menghadapi segala mehnah dan tribulasi yang bakal melanda dengan tabah berlandaskan petunjuk dan hidayah Allah..Insya Allah!
Perjuanganku bakal diteruskan...Demi Allah dan Rasul-Nya!!Allahu Akbar!!


Hayatilah titipan semangat daripada sahabatku :

Bila diri diwakaf untuk perjuangan Islam jangan sesekali berniat untuk meloloskan diri.
Sekali melangkah ke hadapan maka teruskan langkah itu.
Jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabithah perjuangan.
Walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba.
Derita kita ialah derita umat terdahulu.
Penat kita hari ini adalah untuk generasi akan datang.
Moga dithabatkan hati kita semua dalam meniti liku dakwah.
Kita bukanlah yang memulakan perjuangan tetapi kita adalah rantai-rantai yang menyambung perjuangn...

Wallahu A'lam

A Story To Share

Satu hari, ana mendengar satu kisah benar daripada seorang pegawai JPNT.
Ceritanya bermula begini....
Ada seorang budak yang akan menduduki SPM tapi dia ni malas sikit nak study.
Satu hari tu lebih kurang empat bulan lagi SPM bakal menjelang, dia tiba-tiba berfikir tentang masa depannya...
"Ya Allah dah tinggal 4 bulan lagi ni..tapi aku tak ready lagi"
Dia pun sedar dan insaf lalu bertahajud kepada Allah.
Mulai saat itu, memang dia sentiasa amalkan qiyamullail...tahajud memang tak tinggal la.
Dia pun start study sungguh-sungguh...
Bulan pertama....satu keajaiban berlaku : Apa sahaja yang dia baca mudah sangat diingati.
Bulan kedua....lagi satu keajaiban berlaku : Dia mudah menjawab semua soalan latihan.
Bulan ketiga....lagi keajaiban muncul : Dia terpanggil untuk mengulang kaji tajuk-tajuk tertentu.
Bulan keempat...Dekat-dekat nak periksa, dia terpanggil untuk ulang kaji bab-bab tertentu.
Lastly, saat tibanya hari peperiksaan, dia dapat jawab semua soalan dengan baik.



A lesson from this real story.... rajin-rajinlah mengamalkan qiyamullail especially tahajud kerana pertolongan Allah itu terdapat pada qiyamullail.
Insya Allah, kejayaan di dunia dan di akhirat bakal kita miliki.
Ingatlah segala kebaikan yang datang termasuklah kejayaan kita hanyalah milik Allah

"Dan pada sebahagian malam lakukanlah tahajud sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji"
(Al-Isra' : 79)

Wallahu A'lam...

Doa Senang Menghafaz Al-Quran

Menurut riwayat Ibn Abbas r.a, Saidina Ali k.w.h berjumpa dengan Rasulullah s.a.w untuk bertanyakan apakah cara yang perlu dilakukan kerana segala hafazan beliau telah luput daripada dada beliau.
Kemudian Rasulullah s.a.w menawarkan Abu al-Hasan itu untuk  mengajarkan  beberapa kalimah yang akan memberi manfaat untuk hafalan beliau dan juga kepada orang yang diajar, Insya Allah ayat yang dihafaz itu akan tetap tersimpan di hati.
Saidina Ali k.w.h. menginginkannya lalu  Rasulullah s.a.w bersabda  yang bermaksud :
"Apabila malam Jumaat kalau boleh engkau bangun sepertiga malam kerana malam itu doa dimustajabkan dan sembahyang sunatlah empat rakaat."

CARA-CARA SOLAT SUNAT EMPAT RAKAAT


  1. Lafaz niat  "Sahaja aku solat sunat empat rakaat kerana Allah Taala "
  2. Pada rakaat pertama baca surah Al-Fatihah dan surah Yaasin
  3. Pada rakaat kedua baca surah Ad-Dukhan
  4. Pada rakaat ketiga baca surah As-Sajdah
  5. Pada rakaat keempat baca surah Al-Mulk
  6. Setelah selesai solat, hendaklah memperbanyak puji-pujian terhadap Allah, mengucapkan selawat kepada Rasulullah s.a.w dan memohon keampunan terhadap kaum muslimin dan muslimat yang sezaman dengan kita dan terlebih dahulu daripada kita.
  7. Setelah itu iringilah dengan doa berikut :
"Segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan pemerintah seluruh alam. Selawat dan salam buat junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.


Ya Allah, rahmatilah aku supaya aku meninggalkan maksiat selama-lamanya, iaitu selama-lamanya, iaitu selama Engkau tangguhkan aku di dunia ini. Rahmatilah aku supaya aku tidak menanggung perkara yang tidak sanggup aku lakukannya. Rezekikanlah penglihatan yang baik yang meredakan aku.


Ya Allah, yang mencipatkan langit dan bumi yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan yang tidak terhingga, aku memohon kepada-Mu, Ya Allah Ya Rahman, dengan kebesaran-Mu dan cahaya wajah-Mu, jadikanlah hati kami sentiasa menghafaz kitab al-Quran-Mu sebagaimana Engkau ajarkan aku. Berikanlah kami keupayaan membacanya untuk mendapatkan keredhaan-Mu. Ya Allah, pencipta langit dan bumi yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan yang tidak terhingga, aku memohon kepada-Mu, Ya Allah Ya Rahman dengan kebesaran dan cahaya zat-Mu supaya Engkau memberi cahaya dengan berkat kitab-Mu akan penglihatanku. Engkau fasihkanlah lidahku, lapangkanlah hatiku, terangkanlah dadaku. Biarkanlah badanku beramal kepda-Mu, sesungguhnya aku tidak mementingkan hak selain daripada-Mu yang Engkau kurniakannya melainkan terhadap-Mu jua dan tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.


Rahmat Allah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Engkau Tuhan yang mempunayai sifat kemuliaaan daripada apa yang mereka gambarkan dan kesejahteraan ke atas segala rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekalian alam."

  • Lakukanlah sebegini sekurang-kurangnya tiga, lima atau tujuh kali.

Menurut riwayat, setelah Saidina Ali k.w.h. melakukan amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, maka Saidina Ali k.w.h. menemui Baginda dan berkata "Ya Rasulullah, tidak pun jatuh ayat al-Quran daripada dadaku, walaupun satu huruf."

(diambil daripada buku Indahnya Amalan Doa oleh Dato' Ismail Kamus)

Wallahu a'lam.
p/s : Semoga sahabat yang akan ke temu duga Darul Quran dapat megambil manfaat daripada artikel ini dan berjaya dengan mumtaz.

Satu saat dapat mengubah dunia

Adakah anda percaya bahawa satu saat dapat mengubah dunia.
Saya percaya dan sangat yakin bahawa masa itu sangat berharga.
Ah, kalau nak dibahaskan tentang masa memang takkan habis.
Namun, sejauh mana kita pada hari ini menilai erti masa yang sebenar.
Pada hari ini kita lihat di sukan-sukan kejohanan dunia banyak rekod dunia yang telah berjaya dipecahkan oleh para atlit.
Buktinya, dalam sukan olahraga seperti lumba lari, rekod dunia bukannya dipecahkan dengan beza satu minit, malah hanya dengan satu saat....satu saat sahaja....satu saat.
Sebab itu ada kata-kata hukama' yang mengatakan "Kecuaian sesaat membawa penyesalan beribu tahun"

Jadi tunggu apa lagi...ayuh belajar menghargai masa.
Bahkan Allah ada menyebut bahawa ajal manusia sudah ditetapkan dan manusia tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun...walau sesaat.
Malahan, Allah turut bersumpah demi masa dalam Surah Al-Asr.
Ayuh hargai masa...
Setiap saat amat berharga.
Ingatlah, harta yang hilang boleh dicari namun masa yang pergi tidak akan kembali.
Wallahu A'lam.

p/s: Buat semua calon SPM, jangan buang masa lagi untuk study....Masa masih ada, namun AWAS! jika silap langkah, kita yang rugi.... Ayuh bangkit memburu kegemilangan.

Corat- Coret Raya

Alhamdulillah, abang sulung ana dah selamat bernikah dan memulakan hidupnya sebagai seorang suami.
Semoga beliau dapat menjadi ketua keluarga yang berusaha melahirkan sebuah keluarga yang sakinah, Insya Allah.
Apapun, bagi insan yang masih belum berumah tangga, hendaklah menjaga diri dan maruah daripada perkara yang tidak elok.
Yang paling penting carilah cinta Ilahi dahulu kerana itulah cinta yang abadi.
Jika seseorang itu nakkan pasangan yang benar-benar beriman yang boleh membahagiakan rumah tangga, orang itu terlebih dahulu kena menjaga iman dan mensoleh dan mensolehahkan diri.
Bak kata Fatimah Syarha, carilah cinta Ilahi, barulah cinta pasangan soleh akan kaumiliki.

 Selamat mendirikan mahligai bahagia buat abangku Tg Muhammad Fakhruddin dan kakak iparku Siti Aisyah ^_^

Kali ini, ana nak kongsikan sebuah kisah yang Insya Allah boleh memberikan pengajaran kepada kita.
Semalam, ana ke rumah seorang sahabat bersama beberapa orang yang lain untuk beraya.
Namanya Puteri Maryam. Ayahnya berasal dari Acheh.
Jadi ayahnya ada menceritakan  berkenaan tsunami yang berlaku di Acheh.
Selepas peristiwa itu berlaku, ayahnya ke sana untuk melawat keluarga yang terselamat.
Kemudian, Pak  Cik memberitahu bahawa ada sebuah masjid yang terselamat...masjid tu berwarna putih hitam.
Selain itu, ada sebuah keluarga Cina yang turut terselamat, cuma tempat mereka agak terjejas.
Cuma yang membuat ana kagum ialah keluarga tersebut telah memeluk Islam.
Nak tahu kenapa?? Sebab masjid tu tak musnah dek tsunami. (mereka takjub dengan apa yang berlaku)
Selepas tu, Pak Cik berkata lagi salah seorang ahli keluarga Cina yang peluk Islam itu memberitahu bahawa  semasa kejadian berlaku, dia sempat menyelamatkan diri dan dia melihat masjid itu seolah-olah diangkat.
Wallahu a'lam benar ataupun tidak tapi itulah kuasa Allah.
Jelas bahawa hidayah tu milik Allah dan Dia telah mengurniakan hidayah-Nya kepada keluarga Cina itu hanya dengan melindungi sebuah masjid daripada tsunami.
Tatkala bangunan-bangunan yang besar hancur musnah, masjid itu terselamat.
Subhanallah yang menjadikan alam ini.
Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Semoga kita dapat mengambil iktibar dan bermuhasabah.

Wallahu a'lam.

Puasa Enam Syawal

Syawal dah datang...rasanya masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Apabila bulan Syawal menjengah, kita sebagai umat Islam digalakkan berpuasa enam hari di bulan ini.
Rasulullah ada bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal,dia diibaratkan berpuasa selama setahun.
Jadi, suka di sini ana menyeru kepada diri ana dan antum untuk sama-sama kita berpuasa pada bulan yang mulia ini.
Antara hikmah puasa enam ini sebenarnya kita dapati ia merupakan kesinambungan daripada puasa di bulan Ramadhan.
So, konklusinya ia merupakan penerus ibadat kita kepada Allah dan menambahkan ketaatan kita kepada allah.
Seorang penyair Arab ada berkata hari raya bukan sahaja kita pakai baju baru, cantik-cantik tetapi menambah ketaatan kepada Allah.
Oleh sebab itu kita digalakkan untuk terus membaca Al-Quran. berqiyamullail dan menyambung kembali ibadat yang kita lakukan pada bulan Ramadhan.

Semasa menonton Tanyalah Ustaz di TV9, ana dapat mengetahui sesuatu berkenaan puasa enam ini.
Pasti ramai yang keliru sama ada nak pusa enam dulu ke...puasa qada' dulu.
Ustaz tersebut mengatakan bahawa kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa enam dahulu atau puasa qada' dahulu bagi yang mengalami uzur syar'ie di bulan Ramadhan seperti haid, musafir, sakit atau sebagainya.
Jadi mereka diberi pilihan untuk memilih untuk berpuasa enam dahulu atau puasa qada' dahulu.
Jika dirasakan tidak sempat untuk berpuasa qada' dahulu, puasalah enam di bulan Syawal dahulu, barulah puasa yang wajib.
Insya Allah sempat menggantikan puasa yang ditinggalkan sebelum Ramadahan tahun hadapan tiba lagi.
Cuma yang perlu diberi perhatian ialah puasa tersebut haruslah diasingkan.
Jika nak puasa qada', niatlah puasa qada' sahaja...begitulah sebaliknya.
Jangan digabungkan puasa wajib dan sunat.
Lebih baik ianya diasingkan, semoga puasa kita diterima Allah.

Namun, perlu diingatkan, jika seseorang itu sengaja meninggalkan puasa tanpa sebarang sebaab, seperti malas berpuasa, dia wajib menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu dahulu, barulah boleh berpuasa sunat enam di bulan Syawal atau puasa-puasa sunat yang lain.
Apapun ingatlah bahawa Syawal bukanlah bulan untuk bersuka ria semata-mata tetapi bulan untuk kita menambahkan amal ibadat dan ketaatan kepada Allah.
Marilah kita sama-sama berdoa agar segala amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah dan semoga kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang.
Ayuh lihat, fikir dan amal!!

Wallahu a'lam

Ayuh Beramal

Kali ini, ana tak nak banyak nak tulis.
Cuma sekadar muhasabah diri.
Dalam sehari di bulan Ramadhan pasti kita banyak mendengar tentang fadhilat dan ganjaran di bulan yang mulia ini.
Tiap-tiap hari, di tv, radio, tazkirah, nasyid dan banyak lagi wadah kita dapat tahu Tentang semua kebaikan di bulan ini.
Tapi sejauh mana kita mengamalkannya??

Jadi, apa tunggu lagi, jangan lengah- lengah...
Sebelum Ramadhan mengundur diri, cepat-cepatlah rebut peluang.
Ayuh beramal, ayuh beibadat!
Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan Allah serta pembebasan daripada api neraka.

Bersyukurlah...

Setiap kali ana dan keluarga siap menjamu selera di meja makan, pasti akan kedengaran satu suara oleh mak ana sendiri.
Beliau sering berkata kepada kami,"Lepas makan tu jangan lupa baca doa"
Lebih kurang macam tulah apa yang mak ana cakap.

Walaupun pesanan itu nampak simple, tapi padat dan penuh mesej tersirat.
Memang diakui manusia pada hari ihi sedikit sahaja yang bersyukur.
Sebelum dapat apa-apa, bersungguh-sungguh berdoa memohon dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Rozzak.
Namun, apabila dah dapat nikmat, sedikit sahaja dalam kalangan kita yang bersyukur.

Oleh sebab itu, ana menyeru kepada antum dan diri ana juga, agar kita sama-sama bersyukur dengan nikmat Allah dan menggunakan segala pemberian-Nya itu ke arah kebaikan.
Allah dah berjanji, jika kita bersyukur, pasti Allah akan tambahkan nikmat buat kita, tetapi, kalau kita kufur pasti azab yang pedih menanti kita.

Bersyukurlah....Alhamdulillah!
Rezeki, kekayaan, dan semua nikmat di atas dunia ini semuanya milik Allah.
Dialah Yang Maha Memberi dan Maha Pemurah.
والله اعلم...



AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kehebatan Al-Quran


--> Suatu hari, ustaz ana masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran subjek Bahasa Arab.
Ustaz Fakhruddin pun masuk dengan semangatnya untuk mengajar kami bahasa Al-Quran dan lughatul jannah itu.
Kemudian ustaz nak menulis sesuatu kat papan putih... malangnya masa tu tak ada marker pen.
Memang silap kami sekelas yang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga tiada waktu untuk menyediakan marker pen untuk guru-guru.
Selepas itu, Ustaz Fakhruddin pun mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-'Alaq, ayat 1-5 yang bermaksud :
 "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan (1). Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah (2). Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia (3). Yang mengajar (manusia) dengan pena (4). Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (5).
 

Ustaz pun menekankan ayat yang keempat itu.
Maknanya jika tiada pena ataupun pen atau pensel atau sewaktu dengannya, kita tak dapat menulis dan belajar dan guru pun tak dapat mengajar anak-anak muridnya.
Tidak lama selepas itu, pelajar lelaki kelas ana pun membawakan sebatang marker pen untuk ustaz.

 
Melalui peristiwa ini, ana mula berfikir bahawa Al-Quran memang hebat.
Ajarannya cukup lengkap daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.
Subhanallah, hebatnya Al-Quran...
Jadi, kita kenalah sentiasa membaca, menghayati, memahami dan mentadabbur Al-Quran kerana Al-Quran ialah  panduan hidup kita.
 
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
'Sebaik-baik kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain'

والله اعلم...
lihat...fikir dan amal!

Coca Cola, Pepsi dan Horlicks

Saat ku menadah ilmu milik Tuhan Yang maha Esa tiba-tiba satu mesej masuk ke ruangan inbox handsetku...

     "Salam...i've got news...a stdnt frm Mecca Univrct told, it's cnfirmed that Coca Cola n Pepsi got PIG BONES inside...spread the news...u'll get pahala for that...latest news..Horlicks also contain PIG ENZYMES which is forbidden by Islam...-forwardkn to all muslim, this is not a joke..."

Wallahu A'lam tentang kesahihan berita ini...
Namun, ayuhlah kita mengambil langkah berjaga-jaga...
Fikir-fikirkanlah!

Sahabat

Seorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah yang menjadi sahabat paling baik bagi kami?"
Jawab baginda,"Seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kepada kehidupan akhirat,"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Bagusnya Adik-Adik!

Baru-baru ini telah diadakan karnival sukan Pasti peringkat daerah dan negeri.
Adik bongsu ana turut menyertainya.
Ada pelbagai permainan...bola sepak, bola jaring dan sukaneka.
Memang meriah sangat.
Tetapi apa yang buat ana kagumi ialah guru-guru mereka sentiasa menerapkan nilai-nilai islami dalam diri mereka walaupun masih kecil.
Yelah, melentur buluh biarlah dari rebungnya!!
Cuba tengok dari segi pemakaian budak-budak lelaki...mereka memakai seluar panjang...tetap tangkas bermain.


Tetapi kalau dilihat pemain bola sepak sekarang tak kira budak-budak ke, muda ke, tua ke, ramai yang tak tutup aurat sepenuhnya.
Malah...bukan bola sepak saje...permainan lain pun sama!
Padahal memakai seluar panjang bagi lelaki dan menutup aurat sepenuhnya bagi perempuan ketika bermain bukanlah satu halangan untuk berjaya!
Malah...dapat berkat adalah....bila dapat berkat, pasti mudah Allah bagi menang!
Kemenangan dan kejayaan tu kan daripada Allah!!
Apapun...harap-harap lepas ni bagi semua muslimin dan muslimat yang nak bersukan, tutuplah aurat agar kita semua terpelihara daripada dosa...
Orang yang bersukan tak berdosa...orang yang melihat pun tak berdosa.
Malulah kat adik-adik yang tahu dosa pahala...mereka pun tutup aurat!

                        
Sebut pasal sukan...sabda Rasulullah yang bermaksud :

"Dua nikmat yang sering dilupai oleh manusia, iaitu sihat dan kelapangan"
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Jadi marilah kita sama-sama menghargai dua nikmat ini dengan sebaik-baiknya...
Kalau nak sihat, kena selalu berdoa agar sihat, beriadah, dan menjaga pemakanan.
Dan kalau bersukan tu pulak, janganlah lupa tutup aurat!
Insya Allah...rahmat Allah always mengiringi kita.

       Adik ana, Tg Abdul Aziz gembira bersama trofi kemenangannya. Mabruuk alaika ya akhi!

Wallahu A'lam...

Buatlah walaupun sedikit

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang sedikit tetapi berterusan."

Jelas daripada hadis ini bahawa amalan yang paling Allah suka ialah yang berterusan walaupun sedikit.

Kalau dilihat nampak mudah untuk diaplikasikan : sedikit tapi terus-terusan buat sesuatu amalan yang baik tu.

Namun pada hakikatnya, bukanlah semudah yang disangka!

Pada hikmah saya, nak buat sesuatu amalan baik ni bukannya susah sangat tetapi perlukan kepada mujahadah yang tinggi.

Mujahadah inilah yang sukar dilakukan oleh ramai orang.

Hanya orang yang benar-benar jelas matlamat dan teguh keyakinannya terhadap janji Allah sahaja yang akan berbuat demikian.

Saya ambil contoh yang mudah...
  • Berapa ramai manusia yang mampu membaca 10 ayat Al-Quran setiap kali selepas solat 5 waktu?
  • Adakah kita semua sentiasa membaca basmalah setiap kali sebelum melakukan sesuatu?
  • Berapa ramai pula yang mengucapkan 'Alhamdulillah' setiap kali selesai melakukan sesuatu?
  • Dan ramai mana pula yang istiqamah melakukan solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu walaupun hanya 2 rakaat?

Walaupun amalan -amalan tersebut hanyalah simple dan mudah dilakukan, namun adakah kita semua melakukannya secara berterusan dan istiqamah tanpa meninggalkannya?

Hanya segelintir sahaja yang benar-benar mampu melakukannya.

Sebab itulah ianya merupakan amalan yang paling disukai Allah...sedikit dan simple tetapi tetap dilakukan dengan berterusan tanpa jemu seolah-olah sudah sebati dengan dirinya.

Kadang-kadang kita dapat tahu adakah kita benar-benar istiqamah dengan sesuatu amalan, iaitu kita akan rasa tidak tenang jika tidak melakukannya...jadi kita akan tetap melakukannya walau banyak cabaran melanda.

Oleh sebab itu, ayuhlah kita sama-sama berjihad untuk sentiasa istiqamah melakukan amalan-amalan kebaikan dan ibadah kepada Allah walaupun sedikit...kerana ianya sangat disukai Allah.

Apatah lagi amalan yang banyak tetapi berterusan...pasti ganjarannya berlipat kali ganda...asalkan ikhlas kerana Allah!!

Insya Allah, kita buat sedikit tetapi berterusan, rahmat dan ganjaran Allah menanti kita.

Apabila sudah sampai ke tahap itu, Insya Allah pasti amalan yang lebih tinggi dapat kita laksanankan.

Sesungguhnya, Islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan.
Jadi, buatlah walaupun sedikit!

Wallahu A'lam...


Buat Muslimah....ambillah iktibar!

Ana petik artikel ini drpd insan lain utk renungan bersama



AWAS!!! PERHATIAN KEPADA PARA MUSLIMAH





ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. SAYA MERAYU KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM FB SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI


The Sahabat™

p/s : Ana ambil artikel ni drpd blog seorang hamba Allah 
Semoga diberi perhatian oleh insan lain!
Antum boleh rujuk link ni :


والله اعلم...

Mandi Fajar

Dalam menjaga kesihatan, Rasulullah S.A.W mengamalkan mandi fajar iaitu sekitar pukul empat pagi.
Daripada Imam Ahmad asy-Syaraji dalam kitabnya , Al-Fawanid mengatakan mandi fajar ada banyak kelebihan antaranya :
  • Tidak terkena penyakit asma
  • Terhindar daripada angkara jahat seperti sihir, baik daripada jin atau manusia.
  • Tubuh badan menjadi sihat.
  • Wajah bercahaya.
  • Doanya mudah dikabulkan Tuhan.
  • Wajah menjadi awet muda.
  • Mata sihat dan tidak mudah rabun.
(Petua daripada majalah Anis Mei 2010)

 

Panas!!Panas!!

Suatu hari yang panas...seorang ahli keluarga ana telah sedikit mengeluh.
Katanya,"Panasnye ari nie."
Kebetulan, ibu ana ada kat situ...so beliau pun tegurlah hamba Allah tadi di samping berpesan kepada yang lain..

"Takpe, panas sikit je...kipas kan dah ada...angin kat luar tu pun nyaman je..Orang lain ada yang takde kipas. Panas ni kalau disebut jadilah panas..Cuba jangan sebut panas tu, tak panaslah...Nak dibandingkan dunia, akhirat jauh lebih panas. Anak-anak murid mak kat sekolah pun ada yang macam tu.Dahlah tak kancing lengan baju, pastu beri alasan..Rimaslah! Padahal lengan tu kan aurat."

Agak panjang la teguran ibu ana yang berbaur nasihat tu...tapi sudah cukup untuk menjadi peringatan buat anak-anaknya...dan untuk insan lain juga!
 Apa yang ana nak highligtkan kata-kata mak ana tu (lebih kurang macam tu la beliau cakap) ialah :
  • Akhirat jauh lebih panas daripada dunia
  • Anggota badan perempuan tu kan aurat
Tetapi, berbeza dengan hari ini...ramai manusia yang mengeluh dengan kepanasan dunia.
Memanglah sekarang ini musim kemarau, tapi sebenarnya itu petunjuk Allah kepada kita untuk kita bermuhasabah...
Kalau kat dunia ni kita dah rasa panas...Masya Allah! Pasti di akhirat sana jauh lebih panas. 
So,janganlah mengeluh dan bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.
Sama-samalah kita bersedia untuk akhirat kelak!

Pasal aurat pula, astaghfirullah...perempuan hari ini berpakaian macam tak pakai baju..
Memang benarlah apa yang Rasulullah beritahu, perempuan zaman ini berpakaian, tapi bertelanjang..
Kalau nak berlawa-lawa tu, dah tua nanti dah takkan lawa!
Nak dikatakan panas bila tutup aurat...panas lagi kat akhirat!
Bak kata-kata ustazah ana,"Bukan tutup aurat, tapi tutup urat."


Ingatlah wahai hamba Allah sekalian termasuk diri ana yang kerdil ini...
"Kecantikan yang abadi terletak pada ketinggian ilmu dan keelokan akhlak, bukan pada paras rupa dan pakaian yang dipakai"

Ingatlah..
"Dunia ini tempat untuk kita menanam, akhiratlah tempat untuk kita menuai.
Jika baik tanamannya, pasti baik tuaiannya..Jika buruk tanamannya, pasti buruk jua tuaiannya"

Sama-sama muhasabah diri...Tepuk dada tanya iman!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Luahan hatiku

Dalam meneruskan perjuangan di atas muka bumi ini memang banyak cabaran yang perlu dilalui.
Sebagai hamba Tuhan..aku perlu berjuang untuk terus istiqamah dalam melakukan ibadat kepadaNya.
Aku perlu menguatkan hati untuk berjuang menegakkan kalimah Allah...
Melakukan amar makruf nahi munkar dengan kesabaran...
Aku perlu sentiasa thabat dalam perjuangan meneruskan sunnah Rasulullah...
Serta banyak lagi perjuangan dalam menunaikan amanah yang merupakan perkara paling berat di atas muka bumi ini.
Aku perlu mendepani pelbagai cabaran, dugaan dan segala onak duri...
Ya! Sesungguhnya perjuangan untuk kudapatkan syurga bukanlah mudah...
Menuju Firdausi tidak dihamparkan permaidani merah...namun penuh kesakitan , keperitan serta kesusahan yang harus kutempuh...

Namun, aku takkan mudah goyah dan rebah...
Kerana aku ada Allah untuk mengadu....
Oh! Aku boleh sahaja meluahkan keresahan hati ini kepada makhlukNya...ibu, ayah,guru, rakan, taulan....
Tetapi tidak semua gelombang derita yang menghimpit hatiku bisa dilenyapkan oleh insan kerdil hamba Tuhan itu...Ya atau tidak?
Sudah pasti ya kerana mereka hanya mampu mendengar dan mengucapkan, "Sabar, sabar...inilah ujian Allah"
Tetapi...tatkala kumengadu kepada Allah hatiku tenang...
Segala resah gulana hatiku kian surut ibarat dibawa pergi badai ombak...
Kenapa? Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...sedangkan manusia hanya mampu mendengar dan mendengar....

Aku memujuk lagi hati ini tatkala perjuanganku kian rapuh...
Aku pasti ia takkan gugur ke tanah andai aku sabar dan redha dengan ujian ini
Sesungguhnya takkan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji.
Apatah lagi....Allah takkan membebani seseorang jika dia tak mampu melaluinya!
Aku harus sabar kerana sesuatu yang manis dan enak itu bukan senang untuk diperoleh..
No pain, no gain!...Susah-susah dulu, senang-senang kemudian...

Tidak mengapa...Innnallaha maa'na (Allah bersama kita)
114 surat cinta Allah tidak akan pernah tersisa...
Penuh syahdu, penuh pengajaran, nasihat, peringatan, dan janji-janji Tuhan yang tidak munkin dimungkiri...
Akan kuhayatinya, pelajarinya, kerana itulah penyejuk kalbuku...perintis semangatku untuk merebut syahid...menggapai syurga Firdausi...Insya Allah!

Murobbi yang kucintai....

Setelah tonton rancangan Adik-Adikku hari itu....terkenang la dekat cikgu-cikgu kat sekolah.
Yelah, sebab rancangan tu kan ada murobbi (guru, pendidik)
Ni yang buat ana teringat kat al-mualimim dan al-mualimat di bumi SMKAKA yang telah banyak mendidik diri ini sehingga menjadi insan yang mulia...
Inilah guru-guru yang telah mengajar ana dari dulu hingga sekarang.

Form 1 2006
BM : Cikgu Zahariah
BI : Teacher Rosmaini
BA : Ustaz Syed
MM : Cikgu Amin
SN : Cikgu Murshidi
KH : Cikgu Rohani
GEO : Cikgu Fatimah
SJ : Cikgu Zuraida
PAI : Ustazah Hamidah
SV : Ustaz Yaakob
PJK : Cikgu Anisah

Form 2 2007
BM : Cikgu Rokiah
BI : Teacher Salmawati
BA : Ustazah Noraini
MM : Teacher Mazidah
GEO : Cikgu Rafiah
SJ : Cikgu Napisah
PAI : Ustazah Hamidah
SN : Teacher Noriah
KH : Cikgu Rohani
PJK : Cikgu Anisah
SV : Ustazah Hamidah

Form 3 2008
BM : Cikgu Rokiah
BI : Teacher Norhayati
BA : Ustaz Sulaiman
PAI : Ustazah Aminah
GEO : Cikgu Wan Norsihah
KH : Cikgu Rohani
SJ : Cikgu Zuraida
SN : Teacher Salimah
MM : Cikgu Zambala
PJK : Cikgu Zaharah
SV : Cikgu Nik Maimun

Form 4 2009
BM : Cikgu Rokiah
BI : Teacher NorulAkma
BA : Ustaz Firdaus
SI : Ustazah Roslina
QS : Ustazah Azizah
KM : Teacher Hashimah
SJ : Cikgu Norihan
BIO : Teacher Mazidah
FZ : Cikgu Murshidi
MM : Teacher Zainab
MT : Cikgu Shafie
PJK : Teacher Noraini
SV : Ustazah Rohawati

Form 5 2010
BM : Cikgu Rokiah
BI : Teacher NorulAkma
BA : Ustaz Fakhruddin
SI : Ustazah Roslina
QS : Ustaz Abdullah
SJ : Cikgu Norihan
KM : Teacher Hashimah
BIO : Teacher Hidayah
FZ : Cikgu Murshidi
MM : Teacher Zainab
MT : Cikgu Shafie
SV : Ustazah Rohawati
PJK : Teacher Noraini

Shukran jaziilan atas didikan dan tunjuk ajar yang diberi.
Thank you teachers for the knowledge you give to me.
Terima kasih atas segala-galanya...
Jasamu dikenang selagi hayat dikandung badan.
Siapalah aku tanpa dirimu...engkaulah penyuluh ilmuku.
Semoga Allah memberkati dan meredhai mu wahai guru-guruku...
Uhibbukum wahai murobbiku!!

Adik-adikku platform terbaik buat pendai'e

Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka.

Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa.

Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama...
Adik-adikku,  Insya Allah Boleh!!

Itulah lagu tema sebuah rancangan realiti tv terbaru, Adik-adikku yang disiarkan di TV1 mulai tahun ini.
Pertandingan akhir telah dilangsungkan pada 18/3/2010 yang disiarkan secara langsung di TV1 pada jam 9.00 malam.
Pemenang-Pemenang Pertandingan Akhir Adik-Adikku – 2010
JOHAN

Muhammad Wajih Zakwan Hanif
NAIB JOHAN

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi
TEMPAT KETIGA

Muhammad An-Naim Yasim



TEMPAT KEEMPAT

Nur Syafiqah Mohd Paris
TEMPAT KELIMA

Amin Al-Hadi Ab.Hadi
TEMPAT KEENAM

Nurul Syazwina Mohd Sukri



TEMPAT KETUJUH

Nor Syamira Liana Nor Ashaha

Inilah keputusannya....Hebat betul adik-adik ini.
Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman web rasmi Adik-Adikku di :
http://www.islam.gov.my/adik2ku/index.html

Ana amat meminati rancangan ini.
Sejak menontonnya buat kali pertama, ana terus 'jatuh hati pandang pertama'.
Sebab itulah kalau ada peluang memang ana tak kan berganjak daripada tv pada pukul 6.30 petang untuk tonton rancangan ini.

Apa yang ana kagum dengan rancangan ini ialah adik-adik seramai 20 orang dididik oleh murabbi mereka yang terdiri daripada Ustaz Zamri, Ustaz Zawawi, Ustaz Mohd  Farid Ravi, Ustaz Ridhuan Tee, dan Ustazah Asni.
Sejak awal program, mereka akan buat persembahan dan akan dinilai oleh juri-juri...Sesi penyingkiran akan dibuat sehinggalah tinggal 7 orang peserta yang berentap di pusingan akhir.
Walau bagaimanapun, apa yang menariknya, para peserta yang tersingkir tidak akan dibuang dan pulang ke rumah masing-masing, tetapi mereka tetap akan join kelas-kelas yang diajar di sana seperti kelas mengaji, bertarannum, memanah, menunggang kuda dan sebagainya.

Ada yang menarik lagi ialah peserta -peserta rancangan itu semuanya masih kecil dan sangat berbakat...
Malah ada seorang peserta yang buta iaitu Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.
Alhamdulillah...buta bukan sebarang buta...Adik Qayyim telah berjaya mendapat tempat kedua dalam peringkat akhir.
Walau apa pun tahniah kepada adik-adik yang telah menang...Adik Wajih, Adik Qayyim, Adik Naim  dan semua peserta Adik-Adikku.
Mabruuk Alaikum!!


Namun, apa yang ana paling kagum tentang program anjuran JAKIM ini ialah pendidikan yang diberikan oleh para murabbi yang terdiri daripada penceramah tanah air yang terkenal kepada adik-adik di Adik-Adikku.
Mereka telah dididik untuk menjadi pendai'e yang menggunakan cara yang betul dalam dakwah selaras dengan Al-Quran dan Assunnah.
Pelbagai uslub dakwah dan kaedah diajar kepada adik-adik ini seperti bercerita, bernasyid, berpidato, bertarannum, berlakon dan sebagainya..
Mereka turut menyelitkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dalam persembahan mereka di samping intonasi suara dan gaya yang bersahaja.
Mereka turut didedahkan untuk menarik minat penonton atau madu' mereka dengan mainan emosi seperti gembira, lucu, sedih, dan sinis...

Aspek-aspek inilah yang sebenarnya perlu ada pada diri seorang pendakwah iaitu dengan mengetengahkan pelbagai uslub dakwah yang menarik agar madu' terpikat untuk mendekati Islam dan mengamalkan Islam keseluruhannya.
Ana sendiri pun pada jujurnya belajar banyak perkara melalui rancangan ini terutamanya pendekatan dakwah yang didedahkan yang sudah semestinya dapat diamalkan dalam melakukan amar makruf dan nahi munkar.
Semoga rancangan seperti ini diteruskan dalam mendidik adik-adik dan anak-anak kecil khususnya agar timbul kesedaran dalam diri mereka untuk berdakwah.
Bahkan rancangan seumpama ini turut patut diadakan untuk para remaja dan orang dewasa dalam usaha untuk menegakkan Islam di muka bumi ini, Insya Allah...

"Tegakkan Islam Dalam Dirimu, Nescaya Akan Tertegaknya Islam Di Atas Muka Bumi"

Wallahu A'lam!

Result gempak SPM 2009!

Senarai penuh bagi 10 pelajar terbaik SPM 2009 adalah seperti berikut :
1. Gladys Tan Yee Kim (Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road Kuching, Sarawak) << Best Student SPM 2009
2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
3. Khadijah Ahmad Jais (Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
6. Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak)

Senarai dan ranking 10 sekolah terbaik bagi SPM 2009 :

1. Sekolah Menengah Sains (SMS) Seremban, Negeri Sembilan
2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor (KISAS)
3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
4. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
5. Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah, Kuala Lumpur
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Selangor
7. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
8. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang
9. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
10. Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan (TKC)

Sumber : 
(http://beritasemasa.com/pelajar-cemerlang-sekolah-terbaik-result-spm-2009-tahniah)

                                 gambar hiasan...santai

Alhamdulillah, result SPM yang keluar hari itu amat baik untuk SMKAKA.
3 orang pelajar berjaya dapat straight A di SMKAKA, yang lain 9A, 8A, 7A dan seterusnya.
Tahniah kepada semua pelajar SPM 2010 SMKAKA!

  1. Siti Noor Izaty binti Rosli (11A)
  2. Maryam binti Mohamad Daud (11A)
  3. Natrah Adila binti Abdullah (11A)
Ana bangga dengan akak-akak senior tu...Rasa nak jadi macam diorang la pulak.
Tapi bukan senang kan, dan tidaklah mustahil.
Kena ada mujahadah yang betul-betul kuat.
Ana turut bangga dengan pelajar ketiga cemerlang SPM baru-baru ini, iaitu Khadijah Ahmad Jais daripada SMAP Labu (salah satunya pelajar sekolah agama).
Yelah, mana taknya...masa ana join satu kem ada seorang akhi ni (penceramah) yang juga satu kelas dengan ukhti Khadijah ni beritahu rahsia kejayaan dia.
Akhi ni (dapat 11 A gak) beritahu kami dalam kem tu, si Khadijah ni rajin belajar...then yang paling utama ialah beliau tak pernah tinggalkan Al-Quran...
Ha!jadi jelaslah bahawa nak berjaya bukan kena studi je, tapi hubungan dengan Allah kena kuat dan utuh serta padu juga...
Semoga sama-sama kita mengikut jejak langkah orang-orang yang telah berjaya sebelum kita termasuklah para anbiya',para sahabat, dan ulama'-ulama' hebat agar kita pun sama-sama berjaya dalam kehidupan...Amiin.
Wallahu A'lam

p/s : Buat pelajar SPM 2010, buatlah yang terbaik...biar result kita juga yang terbaik, Insya Allah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Waspada

Hatiku gembira bila saat kukecapi kejayaan,
Riang bukan kepalang,
Suka sukar untuk digambarkan,
Ah, indahnya hari-hariku,
Ibarat dunia ini aku yang punya.

Namun, aku khuatir,aku risau,
Andai kemanisan ini menjadi pahit,
Sepahit hempedu yang kelat,
Andai pelangi menghilang,
Hari yang panas bertukar mendung.

Aku harus berwaspada,
Rasa takut, berdebar perlu kusemai,
Agar aku tidak alpa dengan apa yang telah aku dapat,
Kejayaan ini musuh bagi kejayaan akan datang,
Ya Allah, bantulah aku,
Jauhilah aku daripada kelegaan dan kepuasan hidup,
Jadikan aku hamba yang bersyukur dengan nikmatMu.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Aku sedar,aku tahu,aku akui,
Kejayaan yang sebenar datang daripada Allah,
Andai kesombongan dan keangkuhan bersemi di jiwa,
Aku lantas gagal menggarapnya,
Untuk kuukir dalam kamus hidupku,
Aku telah berjaya!

Aku perlu berwaspada,
Aku harus bangkit daripada kealpaan,
Bimbang nikmat yang diberi hanyalah istidraj semata-mata,
Ah, aku takut dosa menghimpit diri,
Aku iginkan kejayaan hakiki,
Yang halal daripada maksiat,
Jauh daripada kekufuran,
Yang bisa menjadi manfaat buat insan lain,
Menjadi barokah di dunia yang fana ini,
Sebagai jambatan ke syurga firdausi,
Milik Rabbul Izzati...

(Sajak ciptaanku sebagai ingatan buat hamba yang terleka dengan nikmat Yang Maha Esa)

Khalifah mesej dakwah terbaik

Pada 26/02/2010,jam 9.30 malam ditayangkan satu drama bertajuk Khalifah di TV9.
Drama tu lakonan Zizan Nin, Fiza Halim,Anna, Arash Mohd dan ramai lagi...tapi tak tau la siapa pengarahnya..
Tapi apa yang ana nak kongsinya di sini drama tu best sangat..
Ye lah..kadang-kadang orang kata cerite Melayu ni tak sedap,tak beri pengajaran tapi ada juga yang tak..
Drama Khalifah ni mengisahkan seorang anak muda yang dididik dengan baik oleh ibunya dan berjaya ke menara gading seterusnya bekerja di sebuah syarikat ternama.
Tapi, syarikat tempat dia bekerja itu tak mengamalkan syariat Islam,pastu mengamalkan rasuah, hiburan(hedonisme), dan memakan gaji pekerja...
Pemuda tadi pernah menghantar surat kepada big boss syarikat tu atas ketidakpuashatian terhadap syarikat tu...
Akhirnya, akibat tindakan berani dia,dia digantung kerja...
Tak lama kemudian,keluar berita dalam akhbar berkenaan 2 orang pekerja mati akibat bangunan runtuh..
Pemuda yang tengok berita tadi terus berjunpa dengan big boss tadi untuk mendapat penjelasan sebab dia tahu syarikat itulah yang menyebabkan pekerja itu mati..
Yelah syarikat itu yang supply barang2 bangunan yang rosak dan tak berkualiti.
Big boss tadi apa lagi marah bukan main dia kena serang oleh pemuda tadi..
Habis maki hamun dan tamparan pemuda tu kena rasa..
Tapi, dia tak kisah sebab niatnya betul nak menegakkan kebenaran...
Last last dia dibuang kerja..
Nak dipendekkan kerja,dia pun dapat kerja baru selepas agak lama dia mencari kerja..
Guru dia selalu support dia sebab ada sekali tu dia beritahu cikgu dia kenapalah orang buat benda baik susah nak berjaya tapi orang buat kerja buruk mudah je berjaya...
Tapi cikgu dia beritahu itulah dugaan dan dia sebenarnya berbangga dengan anak muridnya itu.
Dia beritahu lagi pemuda itu apa yang pemuda tu buat selama ni iaitu menentang kemungkaran di syarikat itulah satu kejayaan...
Itulah tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini...
Akhirnya dia berbahagia bersama ibunya, adik-adiknya dan bekerja di syarikat yang benar-benar mengamalkan Islam...

Itulah lebih kurang sinopsis drama Khalifah.
Tapi ana sarankan agar tonton drama itu sebab banyak pengajaran yang diperoleh terutamanya dalam usaha kita untuk berdakwah , melakukan amar makruf nahi munkar, menjalankan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi ini agar kita berjaya di dunia dan akhirat..
Insya Allah..
Wallahu A'lam

Salam maulidur Rasul

Religious Myspace Comments


AYUH INGAT RASULULLAH...
BANYAKKANLAH BERSELAWAT KEPADA BAGINDA...
JOM AMALKAN SUNNAH BAGINDA...
SAMA-SAMA TERUSKAN PERJUANGAN BAGINDA...
SEMOGA KITA MENDAPAT SYAFAAT BAGINDA...
INSYA ALLAH!

Black Metal

Salam ukhuwwah buat semua pengunjung blog ini.
Sudah agak lama tak update blog ini.
Kali ini ana nk bawa satu cerita.

Suatu ari tu ana borak2 ngan sorang junior tu.
Dia cakap masa dia kluar outing satu ari tu, dia nampak ada bbrp org yg aneh.
Dia crita lg org tu pakai baju serba hitam..pelik la...ala2 black metal gitu.
Ana yg m'dengar ni terus speechles dan rasa mcm nk nangis .
Ye la, terkejut sbb kat Dungun ni ada juga golongn black metal ni.

Pastu suatu ari tu masa sdg blaja Syariah Islamiah, Ustzh Roslina ada crita pasal ni juga la.
Ustzh cakap ada sorang ustzh kat skul ana juga crita mmg kat Dungun ni ada black metal.
Ustzh tu cakap dia nmpk ada satu p'jumpaan golongan tu kat dewan (x tau dewan mane)
Then Ustzh Roslina smbung lg...bila dh kat dewan maknenye p'jumpaan besar la kn..
Ana yg m'dengar ni makin terkejut...mmg shock..
Ustzh ckp kalau kat Dungun yg merupakn daerah yg kecil pun dh ada byk golongan "bahaya" ni, apatah lagi di daerah2 dan negeri2 yg besar kan..
Ustzh siap pesan lagi kat kami dlm kelas tu spy tak yah nk cuba2dekat ngan golongan black metal ni...
Ye la sbb macam2 diorang blh buat kat kita utk menyesatkan kita hanya degan sentuh, pukau atau bg minum apa2 je la....Na'uzubillahi min zaalik...
Diorang tu kalau nk kita nk ubah dan bawa kembali kpd Allah mmg susah.
Sbb hati mrk dh "hitam" sgt dh...sbb diorang makan benda2 kotor...darah dan sbg nya...
Hanya usaha yg keras dan pertolongan Allah je yg dpt selamtkn mrk.

Justeru ana harap kita sama2 berdoa semoga Allah tetapkan iman kita sehingga ke akhir hayat kita...
Semoga kita mati dalam keampunan dan keredhaannya.
Zaman skrg mmg byk benda2 macam ni,so kita kena hati2...jgn sampai terpesong..
Kalau kita ada nmpk golongan black metal tu, jgnlah kita memandai dan buat perkara yg bukan2 sbb iman kita masih lemah...
Takut nanti tak b'upaya nk tangkis drpd mereka.
Apa yg kita blh lakukan skrg ialah byk buat perkara2 b'faedah dan perkara yg blh tingkatkn iman kita.
Jgnlah asyik nk merayau-rayau tak tentu hala kt bndar yg bukan lagi tmpt yg "selamat" utk kita.
Pastu sebar-sebarkanlah berita ini kpd org lain agar lbh berhati-hati.
Wallahu A'lam perkara ini betul ke tak...tp ana rase tak salah sbg langkah berjaga-jaga spy kita sedar dan berusaha untuk menyelamatkn iman kita dan muslim yg lain...
Moga2 kita sentiasa mendapat perlindungan, rahmat, dan keampunan drpd Allah...
Dan marilah sama2 kita b'doa agar  golongan2 yg t'pesong itu m'dpt petunjuk dan hidayah drpd Allah agar kembali ke jalan yg benar dan diredhai-Nya, Insya Allah...
والله اعلم...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Doa Rabitah



Di sini suka untuk ana kongsi sebuah lagu nasyid nyanyian Izzatul Islam..
Lagu ini ibarat sebuah doa untuk menguatkan ukhuwwah antara sahabat-sahabat untuk terus thabat di jalan dakwah..
Ana dapat lagu ini semasa menyertai satu kem untuk muslimat baru-baru ini..
Marilah kita sama-sama hayati lagu doa rabitah ini dan semoga dapat mengamalkan kandungannya...Insya Allah.



Wallahu a'lam

Sunnah Orang Berjuang




Sunah Berjuang
Album :
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.


Hayatilah nasyid ini...Semoga dapat memberi semangat untuk kita terus berjuang.
Insya Allah...

Statistik Dalam Al-Quran : Suatu Keajaiban

   
Satu kajian telah dijalankan oleh seorang cendekiawan Islam : Dr Tariq Al-Suwaidan. Beliau telah menganalisa beberapa keajaiban statistik dalam al-Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan bahawa :

Perkataan yang disebut dalam Al-Quran dilihat dari jumlah perulangan adalah seperti berikut :

  1. Al-Dunya (dunia)        = 115..Al-Akhirah (akhirat)   = 115
  2. Al-Malaikat(malaikat) = 88  ..Al-Syayateen (syaitan)= 88
  3. Al-Hayat (kehidupan) = 145..Al-Maut (kematian)    = 145
  4. Al-Rajul (lelaki)          = 24 ..Al-Mara'ah (wanita)    = 24
  5. Al-Shahru (bulan)       = 12 ..Al-Yauum (hari)          = 365
  6. Al-Bahar (lautan)        = 32 ..Al-barr (daratan)        = 13
Jika kita campurkan jumlah perkataan yang membawa maksud "lautan" dan "daratan" ,jumlahnya adalah 45(32 +13). Dan jika dibuat pengiraaan mudah :
  1. Lautan  : 32/45 darab 100% = 71.11111111%
  2. Daratan: 13/45 darab 100% =28.888888888%
Jawapan dalam peratusan tersebut adalah bersamman dengan jumlah atau peratusan lautan dan daratan di dunia ini. Fakta ini sama seperti yang dikemukakan oleh saintis-saintis barat.
Maha Suci Allah telah menjadikan Al-Quraan mukjizat sepanjang zaman.
سبحان الله   ... الله اكبر

Banyak lagi yang belum disingkap oleh manusia.
Semoga dapat dijadikan iktibar buat kita...انشاء الله

Diapdatasikan semula oleh :
Pusat Islam 2001/2002
Kolej Matrikulasi Perlis

والله اعلم...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

دعاء الوحده ... جهاد في سبيل الله

Hayatilah video ini...
Semoga dapat menaikkan semangat kita untuk berjuang demi agama Allah.
Insya Allah, sama-sama kita praktikkan..
!!! تكبير الله اكبر



الحب الى الله

Apakah itu cinta?
Oh ! Sukar untuk ditafsirkan.
Ini pandangan ana mengenai cinta...

    Cinta,
    Tiada kata untuk menggambarkan cinta,
    Lain insan, lain pengertiannya,
    Kasih sayang, keindahan, ketenangan,
    Itulah cinta....

    Namun,
    Ramai yang terleka dan sengsara kerana cinta,
    Kerana cinta agama terpekosa,
    Kerana cinta keluarga derita,
    Kerana cinta ukhuwwah ternoda,
    Segalanya kerana cinta...

    Ingatlah, sedarilah,
    Cinta hanya untuk Allah,
    Kerana Dialah pencipta cinta,
    Hanya Dia yang layak dicinta,
    Kerana cinta-Nya, kita kenal Islam,
    Kerana cinta-Nya, kita ikut Rasulullah,
    Kerana cinta-Nya, kita rasai ukhuwwah,
    Kerana cinta-Nya,kita tempuh jalan dakwah.



    Carilah cinta Allah,
    Cintailah Dia melebihi segalanya,
    Taatilah perintah-Nya,
    Jauhilah larangan-Nya,
    Hayatilah ayat-ayat cinta-Nya,
    Nescaya Dia juga mencintai kita.

    Cinta kepada manusia takkan selamanya,
    Cinta kepada dunia mealpakan jiwa,
    Cinta kepada harta diri terleka,
    Cinta kepada agama membawa ke syurga...

    Ya Allah Yang Maha Penyayang,
    Aku ingin jatuh cinta kepada-Mu,
    Hadirlah cinta-Mu dalam diriku,
    Hadirlah rindu-Mu dalam setiap detik hidupku,
    Hanya Engkau yang layak dicinta,
    Kerana Engkaulah penciptaku,


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Semoga hidup kita diisi dengan cinta Ilahi.
Cinta yang kekal membawa kita ke syurga firdausi.  
والله اعلم...انشاء الله    
   
   


 

Hidup vs Mati

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.
      Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.
Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
      Kita jangan takut mati.
Jangan mencari mati.
     Jangan lupakan mati.
Tapi rindukan mati.
     Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup.
     Tapi mati adalah awal cerita sebenarnya.
Maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Ayuhlah mengingati mati dan bersedia untuk mati.
Orang yang selalu ingat mati ialah orang yang paling bijak.
Renungilah firman Allah dalam Surah Al-Ankabut, 57 :
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan"



... والله اعلم

Rindu Azan Maghrib

Seseorang yang berpuasa sedang berehat di waktu tengah hari dengan mengikuti siaran radio yang dikendalikan oleh seorang deejay. Tema program ialah "Apa yang ingin didengari oleh pendengar". Ketika panggilannya disambut oleh deejay bertugas, dia ditanya apa yang ingin didengarnya.
     "Azan Maghrib," jawabnya ringkas.

Iktibar : Bersabarlah dalam mengerjakan ibadah puasa...Sesungguhnya dalam kesabaran ada kenikmatan dan ganjaran.

والله اعلم

Don't Laugh Too Much

Orang yang beriman sentiasa taat perintah Allah.
Dia sentiasa mengingati mati dan sedaya upaya melakukan kebaikan kerana Allah.
Dia juga sentiasa menangis di hadapan Allah, memohon ampun atas dosa-dosa yang dilakukannya.
Hatinya sentiasa merintih kepiluan mengenang nasibnya di akhirat kelak...

Itulah antara pengisian jiwa orang-orang yang soleh.
Namun, amat berbeza sekali dengan diri kita pada hari ini.
Ramai yang terleka, lagho, alpa dengan keasyikan dunia.
Hari-hari mereka sentiasa diisi dengan gelak ketawa dan riang ria di hati.
Mereka tidak pernah mengingati mati bahkan cuba mengelak untuk bercakap tentang hal itu.
Ah, mati lambat lagi...aku belum tua lagi...masih muda!

Ayuhlah hamba-hamba Allah sekalian...
Jomlah ingat mati dan banyakkanlah menangis kerananya.
Bukan menangis kerana putus cinta, menonton filem Hindustan, membaca novel jiwang dan sebagainya yang langsung tidak membawa antum kepada Tuhan Semesta Alam..

Di sini suka untuk ana kongsikan beberapa ayat, hadis, dan kisah-kisah para Nabi dan para sholihin untuk kita jadikan renungan dan iktibar...

"Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan"
( Surah At-Taubah : 82 )

"Dan mereka tersungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuknya"
( Surah Al-Isra' : 109 )

Abdullah bin Mas'ud berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah orang beriman yang dari matanya keluar air mata sebesar kepala lalat kerana takut kepada Allah, kemudian dia mengenai kulit mukanya, melainkan Allah mengharamkan atasnya api neraka".

Rasulullah s.a.w bersabda, "Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka : mata yang menangis kerana takut kepada Allah  dan mata yang malam hari berjaga ( kerana peperangan ) di jalan Allah.

Ibnu Abbas r.a ditanya tentang orang-orang yang takut ( kepada Allah ). Jawabnya, "Hati mereka gembira dengan rasa takut, mata mereka sentiasa menangis. Mereka mengatakan , "Bagaimana mungkin kami gembira, sedangkan kematian berada di belakang kami, kubur berada di hadapan kami, kiamat telah dijanjikan buat kami, di atas neraka jahannam jalan kami, dan di hadapan Allah kami berdiri teguh".

Pada suatu ketika Hasan Basri berjalan melalui seorang pemuda yang hanyut dalam gelak ketawa, padahal dia sedang duduk bersama orang ramai di suatu majlis. Lalu dia ditegur oleh Hasan, "Wahai pemuda, apakah engkau telah melalui Shirath ( titian yang terletak di atas neraka jahannam )?" Jawabnya, "Belum."
Hasan berkata, "Maka mengapa engkau tertawa terbahak-bahak?" Maka, setelah itu, pemuda itu tidak lagi dilihat tertawa terbahak- bahak.

Berdasarkan kisah-kisah di atas, ayuhlah kita kembali kepada Allah dengan menginsafi diri dan bertaubat kepadaNya.
Tidak salah jika ketawa, namun berpada-padalah, jangan sampai lalai daripada mengingati Allah S.W.T.
Don't laugh too much but crying a lot for Allah!
...والله اعلم

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...