Roda Kehidupan

Entah kenapa hari ini semangat sangat nak menulis...
Bukan apa...cuma ingin meluahkan perasaan yang terbuku di jiwa...

Kekadang kurasa hidup ini bererti,
Kekadang kurasa sungguh menyesakkan hati,
Namun itu semua ujian daripada Ilahi,
Satu yang aku selalu ingatkan pada diri sendiri,
Hidup ibarat roda yang berputar ke sana ke mari,
Bila di atas aku suka hati,
Rasa macam bermimpi di siang hari,
Nikmat mencurah tak henti-henti,
Bila di bawah rasa perit sekali,
Bak ditusuk duri,
Dugaan melanda sukar ditempuhi,
Namun itu hakikat kehidupan ini,
Tak lari dari ujian dari hari ke hari,
Lantas kusedar ku perlu berhati-hati,
Rezeki yang datang adakah setakat untuk dinikmati,
Yang aku inginkan adalah berkatnya rezeki,
Bukan sekadar nikmat tetapi tidak disyukuri,
Kerana kuakui,
Pabila aku sentiasa dekat pada Yang Mencipta langit dan bumi,
Itu tandanya hidupku diberkati,
Sungguh, tiada yang lebih indah dalam hidup ini,
Melainkan berkat dan rahmat Rabbul Izzati...



Duhai Sahabat


       Ramai yang mengatakan sahabat itu penting, namun berapa ramai yang benar-benar menghargai sahabat. Berapa ramai yang bersama sahabat di kala suka dan duka. Berapa ramai yang mengikut jejak langkah sahabat yang soleh. Ah, sedikit sekali barangkali.

       Jujur ana katakan, ana pernah rasa bahawa sahabat itu penting. Tatkala itu ana rasa lemah dalam perjuangan. Masa itu sahabat tiada di sisi. Benar kata orang, kita akan rasa kehilangan seseorang bila dia tiada di sisi. Ana menangis kerana tiada penyokong jiwa yang sedang lara. Hanya Allah sahaja tempat ana bergantung.

       Apabila ana bertemu sahabat lain yang turut sama-sama berjuang di jalan-Nya, hati ana kembali ceria. Sama-sama berjuang, sama-sama gembira, sama-sama sedih....Oh, bahagianya pabila bersamanya. Namun, ana akui ana punya ramai kawan dan bagi ana tidak salah berkawan dengan mereka asalkan perjuangan bersama sahabat tidak dilupakan.

       Tetapi, hari itu, ana leka. Ana lalai daripada-Nya. Ana jauh daripada-Nya. Puncanya ana tertinggal sahabat ana di belakang. Ana abaikannya sehingga terikut-ikut kawan kawan lain. Yang menyedihkan bukan sehari, bahkan kelalaian itu sehingga berhari-hari. Sehinggalah ana kembali dekat pada-Nya. Baru ana sedar betapa ana berdosa kerana terlalu melebihkan kawan berbanding sahabat seperjuangan.

        Mujur Tuhan tidak tarik sahabat ana daripada diri ini. Ana bersyukur sangat. Sungguh, kelalaian itu telah mengingatkan ana bahawa sahabat itu sangat penting. Benarlah apa yang orang cakap sahabat itu cerminan kepada diri sendiri. Tidak salah berkawan dengan semua orang asalkan kita tidak terpengaruh dengan perangai buruk kawan kita itu. Apa yang penting kita mempengaruhi kawan kita ke arah kebaikan agar mereka turut menjadi sahabat seperjuangan di jalan-Nya.


Duhai sahabat, 
Betapa kau penting dalam hidupku,
Menyedarkanku di kala terleka,
Membawaku bersamamu menggapai redha-Nya,
Ketahuilah aku amat menyayangimu,
Janganlah kau jauhkan dirimu dariku,
Kerna aku juga punya kelemahan,
Moga hadirnya dikau,
Membawa warna-warna pelangi, 
Melengkapkan diriku yang kerdil ini.


p/s: rindunye sahabat2...moga2 apa yang ana alami sendiri ini menambahkan rasa kasih pada sahabat sekalian

Tips Menjadi Penceramah Yang Hebat (1)

Sesungguhnya Allah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini dan kita juga ditugaskan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.
Dalam berdakwah, pelbagai kaedah boleh dilakukan seperti ceramah.
Jadi antara langkah yang boleh antum praktikkan dalam usaha kita menjadi penceramah yang hebat ialah :
  • Mempunyai ilmu tentang uslub dakwah itu sendiri
  • Menggunakan cara penyampaian berbeza mengikut keadaan mad'u
  • Mempunyai penampilan yang kemas
  • Mempunyai kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa
  • Mempunyai ilmu tentang perbandingan agama Islam dengan agama-agama lain
  • Pandai menarik minat orang lain dengan pelbagai gaya tersendiri
  • Mempunyai pengetahuan tentang sirah dan sejarah para sholihin
  • Mengetahui isu-isu semasa
  • Boleh mengeluarkan dalil-dalil a'kli dan nakli dengan baik
  • Boleh mengeluarkan fakta yang jelas tentang sesuatu ilmu
  • Gunakan teknik penceritaan *
  • Cuba bermesra dahulu dengan si pendengar *
Insya Allah, langkah-langkah ini akan dihurai dengan terperinci pada masa akan datang.
Sebarang penambahan dan perkongsian daripada antum amatlah dialu-alukan.
Wallahu A'lam...


p/s : Syukran kepada Hamizah atas penambahan yang diberikan*

"GIATKAN DAKWAH MANTAPKAN TARBIYAH "

Dunia Tempat Mencari Akhirat

     Suatu hari, di sebuah rumah yang besar,kelihatan seorang ayah sedang ulang alik ke hulu ke hilir di dalam rumahnya.Sekejap-sekejap dia masuk ke dalam bilik ni, sekejap-sekejap dia masuk ke bilik lain.Dia seakan-akan mencari sesuatu tapi tidak diketahui apakah barang tersebut.Si anak yang sudah dari tadi memerhatikan ayahnya yang berkelakuan aneh seraya bertanya.


     "Ayah, dari tadi Along tengok ayah ulang-alik kat dalam rumah ni. Pening kepala Along. Mata pun macam dah nak juling tengok ayah tak duduk diam macam ni. Ayah cari apa sebenarnya?" tanya si anak kehairanan.

     Si ayah yang kelihatan sudah penat dan kecewa namun masih meneruskan operasi pencariannya segera menjawab," Ayah sedang cari rumah ni, tapi tak jumpa-jumpa,"

     " Ha...Ha...Ha...Apalah ayah ni! Pandai ayah buat lawak kan. Kita kan  dah duduk dalam rumah, buat apalah ayah nak cari rumah, carilah benda lain ayah hoi! Ayah..Ayah...."kata si anak membalas kata-kata ayahnya yang tidak logik itu.

Apa yang ana nak sentuh daripada cerpen dia atas ialah sikap ayahnya yang pelik.
Mana tidaknya, dah duduk dalam rumah tapi masih nak cari rumah...pelik kan.
Tapi, yang pelik inilah yang menjadi tabiat dalam kalangan umat Islam pada hari ini.
Cuba antum fikir...kita dah pun berada di dunia, tapi masih ramai dalam kalangan kita yang masih mahu mencari dunia...
Kita memang tak rasa pelik, tapi analogi cerpen 'duduk dalam rumah tapi mencari rumah' sebenarnya sangat pelik kan.
Begitulah keadaanya umat kita pada hari ini, 'duduk dalam dunia tapi mencari dunia'
Sepatutnya kita apabila berada di dunia perlulah mencari akhirat kerana itulah kehidupan yang kekal abadi.
Sebagaimana yang ana pernah beritahu sebelum ini, dunia ialah ladang akhirat.
Kalau kita masih lagi mencari dunia di dunia ini, kita memang tak kan dapat mengejarnya habis-habisan kerana kita memang sudah berada di dalamnya.
Sekalipun kita tak cari dunia, 'dia' tetap hadir kerana kita memang sudah berada di dunia...
Oleh itu marilah sama-sama mengambil iktibar daripada cerpen di atas kerana analoginya cukup simple dan kita tak perlu fikir panjang untuk memahaminya.
Ayuhlah kita mencari akhirat kerana jika kita kejar akhirat, Insya Allah akhirat akan kita peroleh dan dunia pun akan kita  nikmati.
Ingatlah, dunia tempat mencari akhirat bukan dunia tempat mencari dunia....Dan sesungguhnya dunia itu banyak fitnahnya jika kita lupakan Tuhan, lupakan mati dan lupakan akhirat.

Wallahu A'lam...

Cara Allah Makbulkan Doa

  1. Doa Itu dikabulkan serta merta
  2. Dikabulkan pada waktu lain
  3. Dihindarkan daripada bahaya
  4. Allah berikan sesuatu yang lebih baik di akhirat
  5. Pengampunan kepada dosa-dosa
 Jadi, walaupun apa yang kita minta tu Allah tak kabulkan, ingat!! Allah akan kabulkan dengan cara yang lain.
Apapun, ingatlah Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang dan Dia takkan hampakan hamba yang sentiasa berdoa kepada-Nya....
Katakanlah apa yang kita minta Allah lambat makbul, mungkin Dia nak suruh kita lebih banyak dekat pada-Nya.
So, segala-galanya ada hikmahnya....Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui...
Jadi, ana ingatkan diri ana dan antum semua jangan sekali-kali berputus asa daripada rahmat Allah dan ALWAYS PUT TRUST ON ALLAH!


"Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku kabulkan"


wallahu a'lam...

Puasa Sunat Isnin dan Khamis

Mengapa hari Isnin dan Khamis kita disunatkan berpuasa dan tidak pada hari-hari lain??

Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai hal ini lantas Baginda menjawab,
" Hari Isnin itu ialah hari aku dilahirkan, manakala hari Khamis pula ialah hari aku dibangkitkan atau permulaan diturunkan wahyu kepadaku,"
(Riwayat Muslim)

Baginda juga pernah bersabda dalam hadis lain riwayat Tirmizi,
" Dibentangkan amalan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku sukacita jika dibentangkan amalanku dalam keadaan aku berpuasa,"

Dalam hadis riwayat Tirmizi yang lain pula aisyah r.ha menegaskan bahawa Rasulullah SAW berusaha untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.

  • Konklusinya daripada hadis hadis ini, puasa Isnin-Khamis sangat digalakkan kerana itu ialah sunah junjungan besar Nabi Muhammad SAW...
  • Jom  pakat pose Isnin-Khamis ramai2!!
Wallahu A'lam....sekadar perkongsian yang dipetik daripada Majalah Asuh

Jadilah Seperti Ikan


Dahulu, masa kat sekolah ana selalu bagi tazkirah ke adik2 untuk jadi seperti ikan.
Yelah, ikan walau berada di laut ke atau sungai ke, ikan tetap rasa ikan dan tak rasa masin atau tawar walaupun ikan berada di dalam air masin dan air tawar.
Jadi, manusia pun harus begitu...walau berada di mana-mana tempat sekalipun, tak kisah la kat Kutub Utara ke Kutub Selatan ke, planet lain sekalipun manusia tidak boleh terjejas dengan keadaan sekeliling.
Asalkan manusia berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, Insya Allah manusia tidak akan goyah walaupun keadaan di sekelilingnya sangat teruk dan menyesakkan iman di dada.

Baru-baru ini, ana mendapat sedikit tambahan tentang ikan yang perlu diambil iktibar oleh kita melalui bahan bacaan daripada Ust Pahrol.
Ikan apabila berada di laut atau sungai tidak akan terjejas rasanya kerana ikan itu masih hidup.
Tetapi apabila ikan menjalani proses pengawetan,ikan diletakkan garam lalu menjadi ikan masin.
Rasanya automatik terjejas dan berubah kerana ikan itu sudah mati.
Begitu juga kita sebagai manusia.
Hati yang sentiasa hidup dengan banyak mengingati Allah dan membuat amal soleh tidak akan tergugat imannya dek keasyikan dunia dan isinya.
Namun, hati yang mati iaitu hati yang lalai daripada mengingati Allah akan mudah tergoda dengan keindahan dunia yang cuma sementara.
Jadi, jadilah kita seperti ikan yang masih hidup dengan memiliki hati yang 'hidup' dan bukannya ikan yang mati yang sudah hilang kesegarannya ibarat manusia yang 'mati' hatinya daripada mengenal Sang Pencipta hati, ikan dan seluruh isi alam.

Ingatlah, dunia ialah tempat untuk menanam dan akhirat ialah tempat menuai.
Jika baik hasil tanaman, maka baiklah hasil tuaian.
Insya Allah doa kita untuk ke syurga akan dimakbulkan.
Wallahu A'lam

Semoga Hidayah Miliknya Jua

Di sini ana nak cerita satu kisah benar yang ana alami sendiri masa di PLKN.
Mungkin cerita ini bagi sesetengah orang biasa je tapi bagi ana  ia satu perkara yang penting.
Semasa sedang dijalankan upacara tamat latihan baru-baru ini, seorang ustaz dipanggil untuk membaca doa penutup.
Ketika doa dibaca, ana melihat seorang kawan non muslim lelaki turut menadah tangan dan mengamimkan doa.
Dalam hati ana sangat teruja dengan tindakannya.
Mungkin selama ini pun dia  dah selalu mengamimkan bacaan doa, wallahu a'lam.
Tetapi ana teringat semasa kem membuat tayangan video siaran langsung majlis sambutan maulidur rasul, dia turut berada di situ kerana ianya terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menonton siaran langsung itu.
Dalam hati ana, dia mungkin berminat untuk mendalami Islam dan menurut seorang sahabat ana dia memang berniat untuk mendalami Islam dan Insya Allah jika hidayah-Nya sudah sampai dia akan memeluk Islam.
Apa yang ana harapkan antum dapat sama-sama doakan rakan ana ini agar dipermudahkannya untuk menjadi seorang muslim yang benar-benar beriman.
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Allah berhak memberikannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Jadi kita yang sudah beragama Islam, sama-samalah kita berdoa agar kita dapat hidup dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah jua dan tidak lupa untuk memohon agar Allah tetap memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita dan seluruh umat Islam.
Semoga kisah yang ana bawakan kepada antum dapat menjadi pengajaran buat kita dan menyuntik semangat kita untuk terus mendalami Islam dan mengamalkan ajarannya, Insya Allah.

Wallahu A'lam

Cinta di PLKN


Alhamdulillah,ana selamat pulang ke rumah selepas berjuang di PLKN, Cherating.
Seronok ada, sedih pun ada, yelah walaupun seketika pertemuan ana dengan sahabat-sahabat dan jurulatih serta pihak pengurusan kem, semua itu kini menjadi kenangan terindah buat ana.
Segala pahit manis yang dilalui di sana begitu mengajar kepada ana erti kehidupan yang sebenar.
Ana pun tak tahu nak ceritakan apa kepada antum tentang keadaan di sana tetapi jujur ana katakan, ana sudah jatuh cinta dengan PLKN.
Walaupun banyak kekangan yang perlu dihadapi dalam menjalani hidup sebagai hamba Allah, seorang dai'e, seorang pelatih dan seorang sahabat, semuanya benar-benar mematangkan diri ana untuk meneruskan perjuangan yang sebenarnya baru bermula.
PLKN bagi ana pentas terbaik untuk  menjalani liku-liku hidup yang lebih mencabar pada masa akan datang.
Syukran jaziilan buat sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa menyokong ana untuk terus thabat ketika berada di sana.
Dan buat sahabat-sahabat yang bakal meyusul ke PLKN untuk sesi seterusnya, persiapkanlah fizikal dan mentalmu....serta kuatkan hubungan dan keimanan kepada Allah sebagai persiapan dan bekal ke sana nanti.
Apapun, fikirkan ungkapan yang sering meniti di bibir jurulatih multiskill ana di PLKN iaitu :
"Bagaimana untuk kita memulakan sesuatu perkara itu tidak penting tetapi apa yang penting adalah bagaimana kita mengakhirinya"
Semoga ukhuwwah yang terjalin antara sahabat dan murabbi di sana sentiasa mekar di bawah naungan-Nya.

Wallhu A'lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...