Cinta di PLKN


Alhamdulillah,ana selamat pulang ke rumah selepas berjuang di PLKN, Cherating.
Seronok ada, sedih pun ada, yelah walaupun seketika pertemuan ana dengan sahabat-sahabat dan jurulatih serta pihak pengurusan kem, semua itu kini menjadi kenangan terindah buat ana.
Segala pahit manis yang dilalui di sana begitu mengajar kepada ana erti kehidupan yang sebenar.
Ana pun tak tahu nak ceritakan apa kepada antum tentang keadaan di sana tetapi jujur ana katakan, ana sudah jatuh cinta dengan PLKN.
Walaupun banyak kekangan yang perlu dihadapi dalam menjalani hidup sebagai hamba Allah, seorang dai'e, seorang pelatih dan seorang sahabat, semuanya benar-benar mematangkan diri ana untuk meneruskan perjuangan yang sebenarnya baru bermula.
PLKN bagi ana pentas terbaik untuk  menjalani liku-liku hidup yang lebih mencabar pada masa akan datang.
Syukran jaziilan buat sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa menyokong ana untuk terus thabat ketika berada di sana.
Dan buat sahabat-sahabat yang bakal meyusul ke PLKN untuk sesi seterusnya, persiapkanlah fizikal dan mentalmu....serta kuatkan hubungan dan keimanan kepada Allah sebagai persiapan dan bekal ke sana nanti.
Apapun, fikirkan ungkapan yang sering meniti di bibir jurulatih multiskill ana di PLKN iaitu :
"Bagaimana untuk kita memulakan sesuatu perkara itu tidak penting tetapi apa yang penting adalah bagaimana kita mengakhirinya"
Semoga ukhuwwah yang terjalin antara sahabat dan murabbi di sana sentiasa mekar di bawah naungan-Nya.

Wallhu A'lam

5 comments:

hebat, ana tau enti mesti dpt something golden kat sane, gud3,,..mabruk, gane2pn , terubat rndu kami, sahabat2 d cni, enti dh balik, terus melatih kami yg masih lemah fizikal mentalnya. mge enti terus mnjdi pembimbing kami, tg fatimah az-zahra... our leader, ever n ever...mentarbiyah & dtarbiyah.. uhibbukifillah..

syukran hamizah ruslan...
anti buat ana nangis la...
tq bebanyak sebab bagi banyak sokongan dan semangat utk terus berjuang.
uhibbukifillah aidhon!!!

sy bakal menyusul..tapi dkat setiu la..
sedang mempersiapkan segala2nya.. mental mahupun fizikal.. mental sy asyik memikirkan bagaimana kelak sy mengharungi cabaran dan aktiviti di plkn dgn fizikal sy yang ehem2 ni... yelah fizikal yang sedia ada ehem2 ni pun makin membesar sbb tggl di rumah... xtvti pun kurang.. so, x byk sgt bergerak n dgn mudahnya fizikal membesar..haha.. asyik terfikir je mcmane kat plkn kelak.. dah lame x b'lari n b'peluh.. soal persiapan hubungan keimnan dgn Allah pun sy bimbang gak..moga Allah menetapkan hati sy n terus melindungi iman sy...Amin.. thankz fatimah.. perkongsian n tips yg menarik ttg plkn..
syukran..uhibbukifillah..
ukhwahfillah abadan abada..
p/s- yg ni je sy tau.huhu.. lame x praktik bahasa arab..

This comment has been removed by the author.

Bintang suka cendol:
smg najah kat sne nanti...
Insya Allah Allah akan bantu kalau niat kite ikhlas kerana-Nya
Uhibbukifillah aidhon

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...