Jadilah Seperti Ikan


Dahulu, masa kat sekolah ana selalu bagi tazkirah ke adik2 untuk jadi seperti ikan.
Yelah, ikan walau berada di laut ke atau sungai ke, ikan tetap rasa ikan dan tak rasa masin atau tawar walaupun ikan berada di dalam air masin dan air tawar.
Jadi, manusia pun harus begitu...walau berada di mana-mana tempat sekalipun, tak kisah la kat Kutub Utara ke Kutub Selatan ke, planet lain sekalipun manusia tidak boleh terjejas dengan keadaan sekeliling.
Asalkan manusia berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, Insya Allah manusia tidak akan goyah walaupun keadaan di sekelilingnya sangat teruk dan menyesakkan iman di dada.

Baru-baru ini, ana mendapat sedikit tambahan tentang ikan yang perlu diambil iktibar oleh kita melalui bahan bacaan daripada Ust Pahrol.
Ikan apabila berada di laut atau sungai tidak akan terjejas rasanya kerana ikan itu masih hidup.
Tetapi apabila ikan menjalani proses pengawetan,ikan diletakkan garam lalu menjadi ikan masin.
Rasanya automatik terjejas dan berubah kerana ikan itu sudah mati.
Begitu juga kita sebagai manusia.
Hati yang sentiasa hidup dengan banyak mengingati Allah dan membuat amal soleh tidak akan tergugat imannya dek keasyikan dunia dan isinya.
Namun, hati yang mati iaitu hati yang lalai daripada mengingati Allah akan mudah tergoda dengan keindahan dunia yang cuma sementara.
Jadi, jadilah kita seperti ikan yang masih hidup dengan memiliki hati yang 'hidup' dan bukannya ikan yang mati yang sudah hilang kesegarannya ibarat manusia yang 'mati' hatinya daripada mengenal Sang Pencipta hati, ikan dan seluruh isi alam.

Ingatlah, dunia ialah tempat untuk menanam dan akhirat ialah tempat menuai.
Jika baik hasil tanaman, maka baiklah hasil tuaian.
Insya Allah doa kita untuk ke syurga akan dimakbulkan.
Wallahu A'lam

1 comments:

hmm,,itu yg drungsingkn..tkot ape yg kte tnam,tdak mjdi hsil tuaian yg kte mhu...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...