Tips Menjadi Penceramah Yang Hebat (1)

Sesungguhnya Allah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini dan kita juga ditugaskan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.
Dalam berdakwah, pelbagai kaedah boleh dilakukan seperti ceramah.
Jadi antara langkah yang boleh antum praktikkan dalam usaha kita menjadi penceramah yang hebat ialah :
  • Mempunyai ilmu tentang uslub dakwah itu sendiri
  • Menggunakan cara penyampaian berbeza mengikut keadaan mad'u
  • Mempunyai penampilan yang kemas
  • Mempunyai kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa
  • Mempunyai ilmu tentang perbandingan agama Islam dengan agama-agama lain
  • Pandai menarik minat orang lain dengan pelbagai gaya tersendiri
  • Mempunyai pengetahuan tentang sirah dan sejarah para sholihin
  • Mengetahui isu-isu semasa
  • Boleh mengeluarkan dalil-dalil a'kli dan nakli dengan baik
  • Boleh mengeluarkan fakta yang jelas tentang sesuatu ilmu
  • Gunakan teknik penceritaan *
  • Cuba bermesra dahulu dengan si pendengar *
Insya Allah, langkah-langkah ini akan dihurai dengan terperinci pada masa akan datang.
Sebarang penambahan dan perkongsian daripada antum amatlah dialu-alukan.
Wallahu A'lam...


p/s : Syukran kepada Hamizah atas penambahan yang diberikan*

"GIATKAN DAKWAH MANTAPKAN TARBIYAH "

2 comments:

alhamdulillah, ISLAM menunggu khalifah yg blh berdakwah melalui lisan juga. bukan suatu yg mudh tu, semestinya.

--gunakan teknik penceritaan. sama ada sirah ke, pengalaman sendiri ialah yg paling baik. sebb ia melibatkan kehidupan seharian. mgkin berlaku kpd yg mndengar.

--cuba bermesra dahulu dgn pendengar, ini blh tarik perhatian. biar perspektif mereka pd kita lebih tertumpu, macm blh wat kawan. tp, kne berpada2 jugak la. kang pijak kepala, susah!

wallahua'lam.
syukran for the tips. --sedg berjinak2 dlm bidg ini, insyaAllah!

Tq Hamizah atas tambahan.
Btol7x
Ana setuju...
Moga terus istiqamah dalam perjuangan ini

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...