Jangan Putus Asa Dalam Berdakwah

Salam Syaban buat semua...Moga terus warm up diri untuk menuju Ramadhan nanti, Insya Allah.
Tadi, Alhamdulillah Allah mengizinkanku untuk menonton rancangan Tanyalah Ustaz.
Dan tadi ada disentuh pasal jangan putus asa dalam berdakwah.
Memang memberi kesan dalam hati aku ni sebenarnya.

Kalau kita kaji sifat syaitan, iblis dan kaum yang sewaktu dengannya, mereka ni tak pernah putus asa dalam menyesatkan manusia.
Selepas satu kaedah tidak menjadi, digunanya teknik yang lain.
So, di sini kadang-kadang sifat syaitan yang satu ini perlu kita ikuti.
Tapi dalam konteks yang lain....-tidak putus asa menyeru dalam kebaikan-...

Bahkan Allah pun berfirman yang bermaksud :
"Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat-Nya"
Jadi, jom kita tekadkan semangat untuk terus berjuang.
Jangan putus asa dan terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.
Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita.

Wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...