Gubahan Jiwa 2


Aku tiada hak untuk mengatakan perbuatan itu salah, wallahu a'lam. Tetapi, bagiku tindakannya merisik melalui mesej di FB agak kurang menyenangkan. Semua itu akan mengundang kepada kelalaian semata-mata tanpa pengawasan sesiapa melainkan CCTV Allah sahaja. Kalau ***** benar-benar serius igin menjadikanku atau sesiapa sahaja mangsa mesejnya, jumpalah wali untuk menyatakan hasrat. Bukankah itu lebih baik?

Aku rasa tidak wajar untuk membalas mesej ***** walaupun niatku hanya untuk menasihati tindakannya itu. Dikhuatiri pula  aku yang 'terbabas' akibat rasa syok bermesej dengan lelaki yang bukan mahramku walaupun atas tujuan yang baik. Takut pula nanti pahala berulam dosa. Lagipun, masih ramai kaum adam yang arif dan soleh untuk menasihatinya.

Biarlah orang mengatakan tindakannya tidak salah, tetapi aku tidak berkenan. Tengoklah, semasa mula-mula mendapat mesej itu, hati aku berdetik dengan risikan itu walaupun hanya dengan kata-kata...yang bagiku, mengusik jiwa sesiapa yang membacanya. Biarkanlah ia.

Lebih baik aku menyepi daripada memberi respon walaupun respon yang mungkin diterima ***** seratus peratus negatif. Aku tidak perlu menghiraukannya. Masih banyak tanggungjawab yang perlu aku laksanakan. Bak kata seorang ulama,"tanggungjawab yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada".

Aku tak nak hatiku terusik lagi dek igauan impian seorang lelaki yang kempunan beristeri. Semoga ***** berjaya menemui pilihan hatinya untuk menjadi suri dalam hidupnya yang mana dapat menyelamatkannya daripada fitnah dunia yang cukup besar iaitu wanita. Mungkin ada lagi wanita yang lebih solehah daripadaku. Cukuplah! Aku tak nak jiwaku terganggu. Biarlah gubahan jiwa ini berhenti di sini dahulu. Andai tiba masanya, pasti akan bersatu jua.


9 comments:

This comment has been removed by the author.

kak timoh....

best cite ni.. truskan tau.. saya tggu...=)

kak kimah pah curious tu...

k.timah..sy pwn ase cam 'shock' jew ble bce post nie..

salam buat Umairah...dah habis dah setakat ni cite tu...law ade idea k.tmoh tambah pulak...

Buat Murni...knp nk shock?k.tmoh pelik la...xpe lah ape2 pn

Wsalam buat Hakimah sayang...klau kisah ni x terjadi kat ana, pasti ade lagi akhowat yg 'terkena'

Wallahu a'lam

hmmm~~~ ujian juga tatkala di'lamar' ...
hush3... menjadi orang yang istimewa memang payah..biarlah hanya istimewa di sisi Allah.
:-) saat anda teruji, ingatlah pada Dia, sama ada Dia redha atau tidak pada kita.
jangan sampai Allah 'cemburu' pada kita, kerana melebihkan makhlukNya daripada DIA.
wallahua'lam.

btul2 mizah. biarlah kita ni istimewa pd pandangan Allah.
Moga Allah sayang kita!!!

amiin....moga allah love very much kat kte...syukran shbt2ku

salam'alaik.. kak timoh....

kak timoh... insyaallah ada idea... hehehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...