Celikkah kita Isu Murtad??

Alhamdulillah wasyukurillah, masih diberi ruang dan peluang untuk mencoret sedikit walaupun tidak banyak. Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah ditaklifkan untuk mengkaji satu isu berkenaan murtad, punca dan resolusinya. Sebelum ini, bagi saya isu ini sudah lama dan agak lapuk untuk dibincangkan, tetapi hakikatnya angka murtad di Malaysia sahaja sudah meningkat.

Saya pun masih belum mampu untuk menghuraikan hal ini dek pengetahuan yang masih perlu banyak ditambah. Cumanya, saya menulis post ini kali ini adalah untuk mengajak anda supaya celik akan isu murtad ini. Adakah salah mereka yang murtad andai minat mereka terhadap Islam berkurang kerana keruntuhan akhlak umat Islam itu sendiri?? Adakah salah mereka yang muallaf tetapi kembali semula ke agama asal mereka kerana mereka diabaikan dan disisihkan tanpa didikan?? Salahkah anak muda yang murtad kerana keluarga yang kurang menekankan perihal agama??

Salah siapakah isu murtad ini berleluasa??Hakikatnhya, tidak usahlah kita saling menuding jari mencari siapa benar siapa salah tetapi koreksi dan muhasabahlah diri kita. Adakah kita sudah melakukan tanggungjawab kita sebagai muslim dalam membantu mereka? Adakah kita sudah menunjukkan cara hidup Islam yang sebenar kepada masyarakat?? Apakah yang telah kita lakukan dalam membendung isu ini??

Ya! Kita marah apabila timbulnya satu cadangan penubuhan suruhanjaya antara agama akan menggugat kepentingan umat Islam di Malaysia ini. Kita juga geram apabila gerakan kristianisasi dikatakan merebak di negara kita Namun tanpa kita sedar, sejauh manakah kita mengetahui angka orang yang murtad dan kenapakah mereka beria-ia hendak murtad??

Oleh yang demikian, ayuh kita bangun dari tidur yang lena dan mimpi yang indah. Isu murtad bukanlah satu perkara yang main-main. Sama-sama kita buka minda dan fikiran kita dengan mengkaji tentang isu ini. Walaupun kita mungkin tidak mampu untuk berjuang habis-habisan untuk membendung isu ini, cukuplah andai kita berdoa moga Allah terus memberi taufik dan hidayah kepada kita dan mereka yang murtad untuk terus berada dalam iman. Doakan juga moga kita mampu menjadi muslim yang benar-benar melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Moga-moga kita bukanlah orang yang menjadi punca isu murtad ini berlaku. nau'dzubillah... Ayuh sebarkan kebenaran walaupun ianya pahit, dan berhati-hatilah dalam menerima kebatilan kerana ia sebenarnya tidak manis. Sama-sama lihat, fikir dan amal. Wallahu a'lam.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...