Short post : Senyum meleret cakap soal kahwin


Apabila berbicara soal kahwin, pasti hati berbunga-bunga. Barangkali dah ada yang mengisi hati. Pelbagai ragam para remaja apabila isu ini dibangkitkan.

" Aku tak boleh kahwin lagi la, mak ayah tak bagi, kalau mereka bagi lampu hijau, pasti dah kahwin aku ni"
"Alah, malas la nak pikir kahwin-kahwin ni, muka takde rupa, tak de orang hendak punyer"
:Aku nak kahwin, tapi terikat dengan perjanjian tak boleh kahwin"
"Kome ni, kalau cakap pasal kahwin, laju aje ye!"

Bla..bla..bla..macam-macam.

Tak kisah la apa pandangan tentang kahwin, tapi tidak dapat dinafikan topik ini agak digemari ramai orang, baik dari kecil sampai ke dewasa, bahkan apabila "kahwin semasa belajar : pro atau kontra" dijadikan tajuk perdebatan, kecoh dewan perdebatan dibuatnya.

Apapun, ada orang yang asyik berangan hendak berkahwin tapi persediaannya sifar. Pelajar luar negara pula tidak kurang ketinggalan membincangkan isu ini. Biarlah, kalau bagi seseorang itu kahwin semasa belajar itu baik ataupun sebaliknya, itu haknya...namun, persediaan dari semua sudut perlu dilaksanakan dengan jayanya.

Perkahwinan tujuannya kerana Allah, melaluinya keluarga sakinah bakal tercipta, melaluinya bakal mujahid dan mujahidah dilahirkan, melaluinya cinta pada-Nya diperhebat untuk menegakkan syariat Islam. Usah diperlekeh akannya. Nampak mudah namun kesannya panjang.

Namun, janganlah disia-siakan masa mudamu dengan perkara yang dilarang. Couple atau mengayam cinta yang tidak halal harus dilupakan. Persediaan ke arahnya bukanlah dengan sibuk mencari siapa yang bakal menjadi pendamping hidup tapi yakinlah janji Allah, insan yang baik pasti dijodohkan dengan insan yang baik juga.

Oleh itu, saya menyeru bagi yang masih belum ke arah rumah tangga, rebutlah cinta Allah, semaikanlah cintamu kepada keluargamu dan sahabt-sahabatmu. Jangan bimbang soal itu, andai ada jodoh tidak akan ke mana. Jadilah soleh dan solehah, pasti yang soleh dan solehah akan Allah hadirkan buatmu, insya Allah.

P/S : saya terpanggil untuk menulis hal ini tidak bermakna 'masaku' sudah tiba, tapi memandangkan ramai yang asyik berbicara hal ini membuatkan saya turut membicarakannya. Pointnya di sini, jangan asyik cakap hal kahwin, tapi belajar entah ke mana, ibadah entah ke mana. Usaha mencari jodoh perlu, tapi biarlah usaha kita itu adalah dengan mempersiapkan diri menjadi hamba yang soleh dari semua sudut yang bakal membina keluarga yang diredhai-Nya suatu masa nanti.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...