Penawar kesakitan milik Allah


Ya Allah, kekadang perit apabila hendak cuba meletakkan pergantungan hanya pada Allah walaupun hati berusaha untuk mengatakan itu hanya milik Allah, datang dan kembali jua pada-Nya. Sakit...sembuhnya datang dari Allah. Dan ubat itu tanda kita sebagai hamba-Nya berusaha di samping berdoa dan betawakkal pada-Nya selalu. Ya Allah, sukar rasanya apabila bisikan-bisikan bertamu mengatakan itu bukanlah dari-Nya tetapi daripada ubat yang digunakan.

Hari itu, aku menggunakan satu ubat atas kesakitan yang dialami. Tetapi tidak berhasil. Saya tukar ubat yang lain pula. Alhamdulillah, berhasil. Tetapi tanpa sedar, terdetik di hati mengatakan, "Alhamdulillah, ubat ini mujarab sungguh". Walaupun pujian telah terungkap pada Ya Syafi, Ya Maha Memberi Kesembuhan, tetapi hati tetap menyokong hebatnya ubat itu.

Ya Allah, sukar sekali. Hati ini memang selalu sahaja hendak meletakkan Allah sebagai pemberi kesakitan dan kesembuhan. Ubat dan doa hanya wasilah usaha. Andai duduk goyang kaki tanpa usaha, masakan Allah hendak memberi kerana Allah sukakan orang yang berusaha dan Allah Maha Adil, memberi pada yang berusaha dan meminta.

Tetapi aku yakin, bahawa yang memberi kesembuhan itu hanya Allah. Bukan ubat yang dimakan, bukan kerana doaku, tetapi kerana RAHMAT-NYA. Sebab Dia sayangkan hamba-Nya. Teringat aku akan kisah Nabi Ayyub a.s yang diuji teruk dengan kudis dan nanah pada seluruh badannya. Sehinggakan semua di sekelilingnya takut berdekatan dengannya. Namun, dengan kuasa dan kasih sayang Allah pada Nabi-Nya yang tidak pernah putrus asa dan tidak betah berzikir pada Allah, Allah mengembalikan tubuh badan yang sihat pada Nabi Ayyub a.s.

Di situ keyakinanku makin teguh. Nabi Ayyub pun pada masa itu tidak mampu untuk mencari mana-mana penawar. Beliau hanya mampu berdoa dan berzikir atas ujian yang menimpa kerana baginya, ujian itu adalah untuk mengukuhkan iman beliau pada-Nya. Tetapi siapa lagi yang dapat menyembuhkan sakit yang teruk itu kalau tidak Allah s.w.t.

Ada sahaja pembedahan yang ditouch-up dengan teknologi moden tetapi tidak berhasil, tetapi ada juga yang berhasil. Bahkan ada sakit yang hanya menggunakan ubat tradisional, tetap sembuh, tetapi ada juga yang tidak sembuh. Kerana apa?? Sembuh dan sakit itu hanya dari Allah. Namun, kita sebagai hamba, tidak cukup hanya berserah dan bertawakkal tanpa disertakan usaha dan doa, insya Allah di situ pasti ada rahmat dari-Nya.

Kini, aku makin yakin. Tiadalah yang menyembuhkan sakitku melainkan Allah. Sekalipun aku menggunakan ubat yang mujarab dan mahal, andai Allah tidak izinkan kesembuhan itu, aku tidak akan sembuh. Ya Allah kuatkanlah yakinku pada-Mu. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Andai aku masih belum sembuh, aku yakin keampunan-Mu menggunung tinggi. Astaghfirullah....

"Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang orang itu mampu"

Wallahu a'lam....sekadar muhasabah diri....moga Allah redha....


Short post : Muqaddimah of English section.


I think that's a long time I've not written something in English, as such as speaking  in English. I tried to speak in English myself a few days ago, but it's quite weird and there's a lot of mixing between English and Arabic. But I wonder something, that is Malay is my national language, by the way Arabic is Addeen Islam language and English is universal language which is using through all the world.

So, I take this opportunity from Allah The Most Gracious and The Most Merciful through this blogspot to improve my language skill which is left by me since I've graduated from my secondary school. Though it's quite difficult, I will try all my best for the sake of Islam and dakwah.

Nowadays, mesengger of dakwah or we call  daie are no more effective in bringing islam to the people. Why this could happen? I think that's because the lack of softskill by them. That's right if we say each people have their softskill and ways by themselves in introducing Islam to the people, but for me, in the 'darkness' of the world today, by hook or by crook, daie have to try to conquer this universal language instead of Malay and Arabic languages.

I think that's all for my post this time...Though it's just a short post with simple words and I wonder that's a lot of grammatical error, but I hope all of you can understand me and I truly hope this muqaddimah could be continuous soon for the coming days, Insya Allah...Lets my friends...improve our language...Don't leave it alone without learning and practicing...because...Islam need it..We as daie need it...for the sake of Islam....Takbir!! Allahu Akbar....wallahu a'lam.

Amalan mendoakan orang bersin

Sedang pensyarah ralit mengajar di hadapan kelas, tetiba kedengaran bunyi....Aaachiiim....Ada orang bersin rupanya. Pensyarah yang tadi sangat petah berbicara dan asyik melantunkan butir-butir ilmu seraya berhenti dan menyebut يرحمك الله (yarhamukallah). Semoga Allah merahmati kamu. Kemudian, beliau menyambung kembali pengajaran.

Subhanallah. Seronoknya apabila didoakan hanya kerana bersin. Apatah lagi, insan yang mulia yang mendoakan kita moga dirahmati Allah. Itulah sebenarnya antara fenomena yang berlaku di Universiti Mutah. Ini adalah amalan yang saya perhatikan selalu diamalkan oleh pensyarah-pensyarah di sini.

Tahukan anda amalan ini adalah antara sunnah Rasulullah s.a.w yang jarang-jarang sekali diamalkan oleh umat Islam pada hari ini. Jikalau ada sekalipun, hanya segelintir cuma. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila dia meninggal dunia iringilah  (jenazahnya).” (Hadis Riwayat Muslim)


Bersin adalah nikmat Allah kerana angin yang terperangkap pada bahagian badan dipermudahkan oleh Allah untuk keluar sehingga insan berasa lega. Oleh sebab itu disyariatkan kepadanya agar bersyukur kepada Allah dengan mengucapkan tahmid اَلْحَمْدُ للَّه (segala puji milik Allah). 

Dan disyariatkan pula kepada saudara seagamanya yang mendengar tahmid itu untuk mentasymitkan/mendoakannya.

 يَرْحَمُكَ الله (semoga Allah mencucuri rahmat). Dan selanjutnya Muslim yang bersin tadi disuruh oleh agama agar menjawab tasymit itu dengan doa يَهْدِيكُمُ الله ويُصْلِحُ بَالَكُمْ (semoga Allah memberimu petunjuk dan memperbaiki hatimu). 


Namun hak ini tidak perlu pula dipenuhi sekiranya seseorang muslim itu bersin tetapi ia tidak bertahmid kepada Allah. Hal ini pernah terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. 
Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad. Dia melaporkan suatu peristiwa yang dia pernah saksikan. Menurutnya, pernah berlaku pada suatu masa ada dua orang lelaki bersin dekat dengan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad berdoa untuk salah seorang daripada mereka berdua dengan ucapan, "Yaharmukallah." Yang seorang lagi yang tidak didoakan oleh Nabi Muhammad. Lelaki itu tidak puas hati lalu berkata, "Mengapakah apabila si polan bersin, tuan mendoakan dia, tetapi apabila saya bersin, tuan tidak mendoakan saya?" Nabi Muhammad menjawab, "Selepas dia bersin, dia membaca Alhamdulillah, sedangkan saudara tidak membaca Alhamdulillah."


Subhanallah, hebatnya Islam. Indahnya syariat. Walaupun hanya bersin, doa dihadiahkan buat kita. Namun, syaratnya kita mestilah melafazkan tahmid usai bersin. Setiap yang Rasulullah s.a.w lakukan pasti ada hikmahnya. Tidak lain tidak bukan ianya memberi kita satu kepuasan dengan bersin, apatah lagi menyihatkan tubuh badan. Alhamdulillah, Subhanallah.

Jadi, apa tunggu lagi. Sama-samalah kita menghidupkan sunnah ini. Walaupun kelihatan ringkas dan terlalu simple, tapi, jika kita berusaha untuk mengamalkannya demi mengikut jejak langkah Baginda s.a.w dan mendapat rahmat Allah, insya Allah rahmat-Nya pasti milik kita. Jangan berfikir panjang untuk mengamalkannya. 

Liha, fikir, dan amal...Sebar-sebarkan juga pada saudara se-Islam yang lain. Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat Allah di sepanjang hidup kita, insya Allah....Wallahu a'lam.

Bukan salah Sufiah??





Pernahkah anda mendengar kisah seorang pelajar genius yang bernama Sufiah yang menjadi pelacur ketika belajar di Universiti Oxford, London. Bayangkan seorang pelajar yang hebat dengan ketaatan agama dan bijak dalam pelajaran berubah menjadi pelacur. Manusia boleh berubah kan? Kalau difikirkan orang yang sebegini mampu menjadi insan yang lebih baik dengan kurniaan yang dimilikinya.

Namun, adakah semua yang terjadi itu salahnya semata? Saya pernah mendengar bahawa Sufiah ini dahulu pada masa kecil pernah dikurung oleh ayahnya di dalam bilik semata-mata untuk belajar dan beliau menganggapkan hidupnya yang dikawal oleh ayahnya itu sebagai hidup di 'neraka'.

Ini hanya pendapat peribadi saya, atas kalian yang menilai sesuatu perkara. Bagi saya, kita tidak boleh menyalahkannya seratus peratus atas tindakannya yang rela 'menjual' tubuh badan demi mencari wang yang sepatutnya boleh dicari melalui cara yang lain. Namun, tanpa kita sedar, 'pemberontakannya' itu berlaku akibat didikan ayahnya yang agak menekan jiwa dan emosinya menyebabkannya berubah.

Saya pun kurang pasti bagaimanakah hidupnya sekarang? Apapun, sama-samalah kita doakan moga Sufiah diberi hidayah oleh Allah. Insan yang bijak seperti Sufiah merupakan aset yang terlalu penting dalam memperhebat dakwah Islam di atas muka bumi ini.

Oleh itu, sangat penting buat ibu bapa khususnya dan setiap insan umumnya untuk mengambil berat akan perihal didikan ini. Tidak salah kita bertegas terhadap anak-anak atau murid-murid atau sasaran dakwah kita, tetapi perlu kena cara pada keadaan inidividu tersebut. Jangan hanya cita-cita kita untuk melihat insan tersebut berjaya, kita menekannya dengan keras dan mengakibatkan hidupnya terus jauh daripada jalan yang benar.

Bahkan Allah mengingatkan kita untuk berdakwah dengan penuh berhikmah, tidak kira dakwah terhadap anak-anak, ahli keluarga, rakan-rakan atau sesipaa sahaja. Kita perlu ingat, kegagalan dakwah tidak semestinya salah sasaran dakwah itu sendiri, bahkan mungkin salah kita sendiri.

Moga sama-sama kita muhasabah diri. Jangan terus meletakkan kesalahan terhadap seseorang tanpa mengetahui punca kelakuan orang tersebut. Ayuh semua! Giatkan dakwah, mantapkan tarbiyah denagn doa dan harapan pada-Nya, kita akan berjaya, insya Allah.

3 Mac dalam sejarah

Salam buat semua...Moga dalam inayah-Nya selalu.. Bersalah rasanya kerana sudah jarang-jarang meng'update' laman lihat, fikir, amal ni. Tidak adil rasanya memberi alasan kesibukan kerana sememangnya tanggungjawab manusia lebih banyak daripada masa yang kita ada, tetapi Allah tidak memberikan masa untuk kita sia-siakan, jadi atas kita untuk mengurus masa dengan bijaksana.

By the way...Tahukah anda apa yang berlaku semalam...3 Mac?? Nak tahu....    ....   ....

Terimalah sedikit perkongsian daripada saya untuk post kali ini. Tetapi kemaafan dipohon kerana artikel ini saya hanya copy and paste daripada insan lain. Apapun, moga menjadi saham atas tiket ilmu yang bermanfaat di akhirat nanti, insya Allah.

Sama-samalah hayati dan renung-renungkan.....


RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?


Moga bermanfaat buat semua...Fikir-fikirkanlah...Sampai bilakah kita ingin terus hidup dalam jerat Barat? Sehingga Islam sebagai ad-din terpaksa diabaikan. Sama-samalah kita berusaha disamping terus berdoa moga khilafah islamiyah berjaya dibentuk kembali... Di tangan siapakah itu?? Tangan siapa lagi kalau bukan tangan anda semua!!! Takbir.....
Wallahu a'lam.

Meng'angkasa'kan bahasa arab

Salam buat semua, semoga dalam inayah-Nya selalu. Petikan ini saya peroleh daripada seorang senior Universiti Mutah yang telah graduate...sangat terkesan...sejujurnya.

Perkongsian dari malaysia...

Pelbagai institusi kerajaan dan swasta mempunyai kekosongan yang banyak bagi calon-calon yang mahir berbahasa arab, menulis, mambaca dan bercakap... kebanyakan calon syariah lepasan ijzah dalam dan luar negara tidak berani untuk mengambilnya......

Maka manfaatkan sepenuhnya peluang di negara arab memantapkan penguasaan bahasa arab... kehidupan realiti sekarang amat mencabar dan memerlukan suatu kelebihan untuk survive...

Alhamdulillah, sekarang ini pun saya dan sahabat-sahabat menyertai markaz lughah dan latihan praktikal bahasa arab yang dianjurkan persatuan di sini. Kekadang, perasaan malas untuk join program itu memang ada, tetapi memikirkan ada 'misi' penting yang perlu dilaksanakan selepas pulang ke Malaysia dan minat serta kecintaan saya pada bahasa arab yang sangat mendalam, apatah lagi memikirkan kepentingan seperti yang diberitahu senior saya, dalam hati saya tekad...AKU MESTI KUASAI BAHASA ARAB...


Bukan untuk kepentingan diri semata-mata, tetapi demi ummah dan Islam, insya Allah...aku boleh!! 
Ayuh!! Sama-sama memperkasakan bahasa arab...kerana Allah...demi martabat Islam... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...