Bedah buku : Anakku Brain Tumour


Alhamdulillah, semalam Allah izin saya dapat menghabiskan bacaan sebuah buku yang menceritakan kisah benar yang berlaku ke atas anak Che Amran penasyid Raihan dan isteri beliau Isyah Radhiah Idris. Anak mereka kyang ketiga, Ahmad Mahir Baihaqi yang didapati ditimpa  penyakit brain tumour. Bagaimana buku ini menceritakan saat dan detik mereka membuat keputusan demi nyawa anak mereka.

Berita yang sukar diterima mana-mana ibu bapa apabila dikhabarkan doktor bahawa anak mereka sudah tidak dapat hidup lama, namun mereka tidak betah untuk terus berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Apatah lagi, mereka memutuskan untuk tidak membuat pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu kerana risiko yang terpaksa dihadapi pada masa akan datang.

Memilih kaedah alternatif sebagai rawatan seperti mandi hidroterapi, nutriblend, minum air zamzam, berbekam dan berpantang amat menguji kesabaran dan agak mencabar, namun dengan tawakkal yang tinggi dan keyakinan bahawa hidup dan mati dalam kuasa Allah, Alhamdulilah, anak mereka yang lebih mesra dengan panggilan Aqi masih dapat meneruskan kehidupan.

Banyak info dan semangat baru yang diperoleh tatkala menellah buku ini. Jadi, saya menyeru kepada sesiapa yang berpeluang membacanya, hayatilah himah lima sebelum lima yang difokuskan dalam buku ini iaitu sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

Sekadar petikan daripada komentar pembaca :
" Kita tidak akan tahu sejauh mana kuatnya kita dalam menghadapi ujian hidup sehinggalah satu-satunya pilihan yang ada pada kita hanyalah untuk redha dan sabar dalam menerima qadha dan qadar Allah.
Buku ini besar nilai tarbiyahnya kerana ia memaparkan bagaimana pasangan suami isteri ini mengurus ujian hidup dengan jiwa tauhid"
-Zabidi bin Mohamed (penulis skrip drama)-

Semoga apa yang kita baca mampu menjadikan kita lebih dekat pada Allah. Salah satu bahan bacaannya adalah buku 'Anakku Brain Tumour : Hikmah lima sebelum lima'...Moga Allah redha akan penulis buku ini, Isyah Radhiah Idris dan anaknya, Aqi *comel sangat* dan keluarga mereka. Moga buku ini terus menjadi bahan tarbiyah buat insan-insan lain sekali gus modal saham akhirat ilmu yang bermanfaat.

Selamat membaca dan selamat ditarbiyah....Giatkan dakwah, mantapkan tarbiyah....Wallahu a'lam.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...