Juara Utama Ukhuwah Bersama

Dalam keghairahan engkau mengejar kemenangan, jangan sesekali engkau abaikan si  lawan.
Apa guna bergelar juara tetapi mengutuk si kalah.
Apa guna menang andai akhlakmu punah.
Apa guna rasai manisnya menang tetapi pahitnya ukhuwah sesama muslim.
Indahnya menang bila tersimpul ukhuwah.
Indahnya juara bila lawan dihormati.
Indahnya bergelar juara bila Islam terus dijulang.
Allahu Akbar!!!


Penangan Karnival Sukan (KARISMA) kali ke-5 bertempat di Mutah yang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam dengan tema "juara utama ukhuwah bersama". Menampilkan semua keempat-empat mantiqah di seluruh Jordan, syukur kerana semuanya berjalan lancar. Syukur kerana Mutah merangkul juara keseluruhan pada tahun ini.

Apapun, bagi saya apa yang paling penting, dapat mengeratkan ukhuwah sesama sahabat di universiti yang berlainan. Sama-sama berkongsi bilik dan rumah, sama-sama makan, sama-sama bertanding. Walaupun target masing-masing ialah juara mestilah nombor SATU, tetapi ukhuwah sesama peserta bukanlah nombor DUA.

Alhamdulillah 3x. Syukur dipanjatkan, namun masih tidak cukup ungkapan hamdalah. Apa yang perlu disemat dalam diri ialah bermain untuk sihat, bersukan sebagai ibadah, dan bertanding mengeratkan ukhuwah. Moga sukan juga mampu menjadi aset dakwah yang menonjolkan bahawa menutup aurat tidak menghalang kepada kejayaan tetapi itulah yang membawa kepada kejayaan yang hakiki.

Sesiapa yang bantu agama Allah, Allah pasti akan bantu kita....Allahu akbar!!!....Moga terus tekadkan semangat untuk istiqamah dalam bidang sukan demi Islam. Sukan gemilang Islam terbilang. Wallahu a'lam.

2 comments:

kagum ngn awk..^^

bila da'ie itu ada turun naiknya~

hebat sekali.... jadilah juara di dunia n akhirat..:)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...