Erti Belajar pada Berkongsi

Sekadar perkongsian pendek dan ringkas untuk anda daripada saya yang sudah lama tidak mencoret ini.

Erti belajar pada berkongsi. Belajar belajar dan belajar. Adakah itu sahaja?? Bosannya hidup andai begitu sahaja.

Belajar proses input dan berkongsi proses output. Sistemnya akan cantik jika begitu. Masuk tidak dibiarkan penuh begitu sahaja tetapi akan ada proses keluarnya.

Analogi mudah untuk difikirkan bersama. Makanan yang sentiasa diisi ke perut merupakan proses input dan proses penyahtinjaan merupakan output. Bayangkan andai makan, makan, minum, minum....tetapi tidak dibuang dan dibiarkan penuh??

Indahnya susunan proses sebegini. Input dilengkapkan dengan output. Proses penerimaan ilmu dilengkapi dengan memberi orang lain faham dengan cara berkongsi ilmu itu.

Apalah yang menjadi 'erti'nya sangat dengan berkongsi ilmu yang dipelajari??

Erti.....

Bererti ke??

Adakah ada nilai dalam kita memberi sesuatu selepas menerima sesuatu seperti ilmu??

Erti hidup pada memberi. Kita menerima untuk memberi. Tetapi kita tidak memberi untuk menerima.

Begitulah juga pada erti belajar pada berkongsi.

Sejauh mana berkongsi menjadi ERTI selepas anda belajar, itu sama-samalah anda fikirkan.

Malas berfikir akan ERTI itu, jangan buang masa, terus CUBA untuk BERKONGSI selepas anda BELAJAR...Anda pasti akan merasai erti itu.

Wallahu a'lam...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...