Wordless Wednesday #1


Biar gambar banyak berbicara...

Dunia hari ini diserang perang yang sangat dahsyat selain perang fizikal, iatulah ghazwatul fikr atau serangan pemikiran.

Lantas, semangat seperti ini perlu ada dalam diri wanita khususnya demi maruah agama dan diri.

Bangkit!! Wahai muslimahku!! Jom kita berubah....

~roadtobemuslimahpower~

Nak Tarbiyah Kena Susah!

Ramai orang selalu sebut tarbiyah, tarbiyah, dan tarbiyah. Tarbiyah hebat, dakwah gempak. Giatkan dakwah, mantapkan tarbiyah. Bla...Bla...Bla....Namun, sejauh mana kita rasa tarbiyah dalam hidup kita? Setinggi mana kayu ukur tarbiyah kita??

Kekadang, kita tak sedar,tarbiyah itu datang dari sekeliling kita sahaja. Bahkan, tarbiyah yang paling besar datang daripada Allah. Boleh jadi perkara yang kita tak suka lebih baik untuk kita dan boleh jadi perkara yang kita suka buruk bagi kita.

Allah! Cantiknya susunan Allah. Tapi, bukan senang nak ditarbiyah dan mentarbiyah. jalan tarbiyah seiiring dengan jalan dakwah, penuh onak duri dan liku-liku kehidupan. Tak semua orang pada hari ini teguh dengan tarbiyah. Dalam saat dunia kian canggih, semua pakat-pakat nak maju. Tapi apalah makna sebuah tamadun yang hebat tanpa tarbiyah dalam diri.

Saya bukanlah layak hendak mengulas panjang tentang tarbiyah. Diri ini juga masih kangan dengan untaian-untian tarbiyah daripada insan lain kerana saat kita menerima tarbiyah daripada manusia dan secara langsung daripada Allah, kita perlu memberi tarbiyah kepada orang lain juga. Mereka seperti kita. Ingin dihangatkan hati-hati lesu dengan tarbiyah.

Nak tarbiyah kena susah. Mujahadah nafsu. Nak buat benda yang tak berfaedah, kena fikir berkali-kali. Berbelanja wang ringgit, adakah keperluan atau kehendak? Ibadah, sudah sempurnakah? Habluminannaas,amanah ynag dipikul. Allah terasa banyaknya taklifat kita pada Allah dan sekelian makhluk-Nya. Penat, lemah, malas. Itu semua perlu dinyahkan dari hidup.

Nabi s.a.w menjadi anak yatim dalam usia yang cukup muda. Dalam rentetan kehidupan baginda lebih-lebih lagi dalam fatrah baginda untuk memulakan gerakan dakwah mnyebarkan kalimah syahadah, seorang demi seorang insan penting dalam hidup baginda diambil Allah. Kenapa?? Supaya baginda s.a.w bergantung sepenuh-penuhnya kepada Allah s.w.t. Direct tarbiyah from Allah.

Allah...Allah. Kita bagaimana? Baru sedikit diuji, sudah melatah, baru sedikit diduga, beremosi tak tentu pasal. Kalaulah baginda Nabi s.a.w mengeluh, letih, putus asa, rehat memanjang, tidak sabar...adakah cahaya Islam dan nikmat iman itu akan sampai ke pelusuk alam sebagai rahmatan lil 'alamin??? Tidak!!!

Rasailah bahawa tarbiyah itu hadir daripada Allah. Sama ada secara langusng atau berwasilahkan makhluk-Nya. Allah...nak tarbiyah untuk mendidik jiwa, rohani, dan fizikal bukan mudah. Nggak gampang sih! Perlu istiqamah, mujahadah, sokongan insan lain dengan usrah dan segala lapangan yang menyuntik iman. Bukan mudah...sungguh!! Tapi tak mustahil untuk menggarapnya.

Moga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa rindukan tarbiyah, golongan yang berada di atas jalan tarbiyah dan golongan yang terpilin mendapat tarbiyah Allah.

Wallahu a'lam.

Mampukah aku berjasa?

Bila ingatkan mak ayah, rasa sayu je tiba-tiba.
Takut bila dah berjaya, aku lupa mereka.
Bimbang andai tak mampu berjasa.
Pada insan yang jasanya tak mampu kubalas.

Cukuplah kisah al-Qomah menjadi pengajaran.
Walaupun kita sibuk dengan urusan dakwah.
Aktif dengan persatuan.
Juhud belajar dan bekerja.
Mak ayah jangan sesekali dilupa.

Allahu Allah.
Sungguh aku rindu mereka.
Layakkah aku menjadi kebanggaan mereka?
Dapatkahku berjasa pada mereka kelak?
Apa guna belajar jauh-jauh.
Ilmu tinggi-tinggi.
Tapi....

(na'uzubillahi min zaalik)

Doa anak soleh!!!

Itu antara wasilah amalan berterusan.
Walau nyawa sudah terputus dari badan.
Allah Maha Mengetahui.
Maha Penyayang...ALLAH...

Ya!!

Aku nak jadi anak soleh.
Ya Allah jadikanlah aku anak yang soleh buat ibu bapaku.
Walaupun tak sesoleh seperti anak-anak ibu bapa yang lain.
Aku hanya ingin jadi yang terbaik buat ibu bapaku.
Dan beri yang terbaik sedaya mampuku buat mereka

Ya Allah, sampaikanlah rinduku pada MOK ABOH ~








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...