Ben 10 - Cakna tak kita pada Palestin?

Hari itu, bulatan kecil Ben 10 a.k.a Bond of Extraordinary Ten, (nama usrah saya) duduk santai-santai. Asalnya nak buat diskusi, tapi masa tak mengizinkan, hanya sekadar sembang-sembang. Sangka saya, peluang hari itu hanya duduk, bertadarus Al-Quran, kongsi-kongsi, makan-makan, sembang masalah, namun akhirnya ada isi maudhu' dalam duduk-duduk kami itu.

Salah seorang ahli Ben 10, Fazureen tetiba berkata, "Cakna tak kita isu Palestin?" Owh, Alhamdulillah, pemula dan pembuka isu yang penting untuk dibincangkan. Kami pun mula berbincang, berkongsi dan meluahkan rasa terhadap isu itu. Tidak lupa membincangkan peranan yang perlu dimainkan dalam isu ini.


Ternyata, pengetahuan saya masih kurang terhadap isu yang bermula awal Muharam baru-baru ini menjadi gempar walaupun hakikatnya isu Palestin ini sudah terlalu lama. Tanah yang disebut dalam Al-Quran itu sudah lama berdarah pasir dan dedebunya. Allahul Musta'an.

Bahasa yang memang terkena atas batang hidung saya, 'saya memang kurang cakna isu itu'. Pada mulanya, [monolog hati saya] :
"Tak apalah, tak perlu kot nak kongsi gambar atau info tentang isu ni, mesti dah ramai yang buat camtu. Dah penuh wall kawan-kawan aku dengan post pasal Palestin dan boikot".

Tapi saya silap, Allah tak tanya hasil, tapi USAHA. Saat menonton video kedaan sebenar yang berlaku di Gaza semalam, hati saya terdetik, "Apa yang aku mampu buat untuk tolong mereka???".

Walaupun sekadar share, post, boikot, semua itu usaha! Apa yang terpenting juga ialah tembakan doa buat mereka. Allah! kekalkanlah rasa insaf dan prihatin aku terhadap isu ini. Syukur kerana Dia menitipkan 'rasa' untuk berbuat sesuatu bagi membantu mereka, bukan sekadar like dan seen sahaja.

Ya! Isu Palestin bukan isu negara, tetapi isu umat. Tanah yang perlu pembebasan bukan oleh warga mereka sahaja, tetapi kita...UMAT ISLAM.

Kesedaran itu hadir berwasilahkan  usrah Ben 10, jazakumullah khairan buat kalian! Kali pertama usrah saya sependek dan sekejap itu. 45 minit lebih kurang. Bagi saya, pendek itu terbaik andai berisi dan mampu diterjemahkan kepada amal selepas daripada usrah.


Bak kata murobbi, usrah yang sebenar bermula selepas kafaratul majlis dan berakhir selepas bacaan Al-Fatihah. In shaa Allah, pertemuan kami akan datang akan diadakan forum.

# Heh! tak sabar nak cungkil bakat-bakat ahli Ben 10 yang diharapkan akan menjadi sejuta kali lebih hebat daripada sekarang.

Ayuh semua, jangan jemu tembak doa buat umat Islam di Gaza khususnya dan umumnya pada semua umat Islam di dunia. Teruskan buat sesuatu selagi mana mampu dan dalam ruang lingkup kudrat kita yang lemah ini. Allah sentiasa ada membantu. Itu janji-Nya!!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...