Air dan Haiwan

Lama rasanya tidak mencoret di sini. Entri kali ini, saya masih nak berkongsi input yang saya dapat dalam usrah saya. Subhanallah, biarlah orang nak kata usrah mereka best, tapi saya tetap nak kata usrah saya lagi best. Sebab saya yang rasa 'usrah' tu dan setiap orang mempunyai persepsi yang tersendiri tentang usrah maisng-masing.

Usrah-usrah saya yang lepas pun sangat best. Usrah Wardatul Syauqoh dan usrah Mujahadah Group di Malaysia. Usrah MP 4, usrah BEN 10, dan usrah Mursyid di bumi Mu'tah.



Banyak benda dan perkara baru yang saya peroleh dalam usrah, waima atas stand saya sebagai ahli usrah atau stand sebagai naqibah. Apa yang paling nikmat ialah semasa sesi perkongsian. Kita boleh kongsi apa sahaja, boleh luah apa sahaja, ibarat melepaskan diri dari ikatan sang penjahat dan umpama menjatuhkan bebanan berat daripada bahu kita. Fuhhh, lega!

Lega bukan sebarang lega, tapi disertai syukur kerana dapat berkongsi dan mencari jalan penyelesaian. Usrah bukanlah semata-mata medan ilmiah, medan perkongsian, medan makan-makan free, tapi lebih daripada itu. Usrah wadah untuk membina dan membaja hati-hati insan agar satu masa nanti, ia akan dituai untuk Islam.

Cewah!! Ayat bunga tuh. Apa-apa aje pendapat anda tentang usrah, semuanya betul. Apa yang paling penting, beramal dengan apa yang diperoleh dalam usrah, so nak share la sedikit apa yang saya dapat dalam salah satu usrah saya.

Satu hari, kami berusrah, tetiba seorang ahli usrah saya bertanya kepada semua, "Malaikat dibuat daripada apa?" Semua menjawab : Cahaya. "Syaitan dicipta daripada apa?" Sekali lagi semua menjawab : Api. "Manusia pula?" Kali ini semua tekaan betul lagi [applause]  Jawapannya : Tanah. Dia bertanya lagi," Haiwan pula daripada apa?"

???

????

?????

Kali ini tekaan rambang kami salah, semua tidak tahu sumber asal ciptaan haiwan. Lantas dia pun mengajak kami membuka lembaran kalamullah , surah Annur, ayat 45 yang bermaksud :

"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu daripada air maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan  sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Kami terpana seketika. Subhanallah...Dalam hati saya, 'Aku tak tahu pun selama ini. Nampak sangat baca Al-Quran tak tilik maknanya sekali' T_T

Hari itu bersamaan 1/11/2012, sepanjang hidup saya, saya baru mengetahui akan hal ini. Ya Allah, cantiknya susunan Allah, dalam usrah, saya mengetahui apa yang saya selama ini tidak tahu. Alhamdulillah :)

Jadi, siapa yang kata usrah ialah bulatan biasa-biasa, saya minta maaf, saya tak setuju dengan anda, sebab usrah ialah bulatan yang luar biasa yang fleksibel, boleh buat dalam bentuk segi empat, segi tiga, di mana-mana, bila-bila. Dalam usrah kita dapat apa yang kita tak dapat di tempat lain kerana usrah adalah permulaan segalanya, sebagaimana kita berasal daripada keluarga kita.

Jom berusrah!! Wallahu a'lam...

 ~tengkufatimahazzahra~

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...