1. Jika melihat anakmu menangis,
jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas
langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat
menangis, adalah menunduk.
2. Jika ingin anak-anakmu berhenti
bermain, jangan berkata, "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan
kepada mereka, "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali, "Dua
minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakana, "Dah, waktu main sudah
habis". Mereka akan berhenti bermain.
3. Jika anak-anak sedang
bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin
mengalih perhatian mereka, maka katakanlah, "Siapa yang mau mendengar
cerita ibu? angkat tangan.." Salah seorang akan mengangkat tangan,
kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4. Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu
tidur, "Tidur sayang. Besok pagi kan kita solat subuh", maka
perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata, "Jom tidur, besok
kan sekolah", akhirnya mereka tidak solat subuh kerana perhatiannya adalah
dunia.
5. Nikmati masa kecil anak-anakmu,
kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka
tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka,
tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6. Tinggalkan HP seketika, dan
matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan, "Maaf,
saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu,
atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan
segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak. Selain itu, jangan lupa berdoa
dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka
tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
~copy and paste
# kids world
# mereka anak syurga