Hamdan lillah.
Kusyukuri nikmat persahabatan ini.
Berwasilahkan si dia, kutemui barang yang hilang.
Ajakannya ke usrah buat hatiku berbunga riang.
Terima kasih si gerangan yang membawaku ke taman syurga.
Ahh, tak sabarnya.
Saat itu tiba.
Walau cuma dua tiga kerat merapat lutut berkongsi bicara.
Usrah kami tetap segar dan mekar.
Isinya mungkin biasa-biasa.
Tapi ibrahnya luar biasa.
Biarpun cuma beberapa kali menatap mata.
Rinduku tetap setia pada mereka.
Usrah mates aku.
Berbeza semuanya.
Semuanya mengajarku sesuatu.
Kubelajar menerima seadanya.
Zahirnya mungkin mereka bukanlah siapa-siapa.
Hakikatnya mereka mencoretkan berjuta hikmah pada akal dan jiwa.
Naqibah usrah aku.
Tutur katanya penuh kelembutan.
Senyuman yang terhias menawan sukma.
Pesannya menyentap hati yang leka.
"Walau hadirnya kita ke sini atas pilihan kita.
Namun, izin Allah jua yang memudahkan semuanya.
Jika kita di sini hanya untuk ilmu.
Di luar sana pelbagai medannya.
Jika kita di sini sekadar bersahabat.
Bila-bila masa bisa bersua mesra.
Hakikat kita di sini meraih segalanya".
Ilmu, ukhuwah, tarbiyah, muhasabah, cinta.
Bahkan kita yang mencorakkannya.
Di sinilah jalannya.
Meraih ilmu dan hikmah.
Melunakkan jiwa bergelar hamba.
Menyentuh keinsafan atma dan sukma.
Mengukuh ikatan saudara seagama.
Untuk beramal dan bekerja.
Sebagai bekal ke akhirat sana.
Aku sudah jatuh cinta.
Aku kini makin sayang.
Pada mereka yang membawaku pada Dia.
Walau bakal penat di dunia.
Masam, masin, pahit turut dirasa.
Tapi yakinlah satu perkara.
Ia akan bergula-gula manis jua di hujung sana.
Usrah ini.
Jalan mendekati Tuhan.
Ikatannya teruslah digenggam.
Jangan sekali-kali kaulepaskan.
Untuk kita sama-sama menuju Tuhan.
TFA
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Menyumbang Melalui Penulisan
Manusia pada hari ini sudah ramai yang mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan, apatah lagi makin hari makin banyak medium yang muncul ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Lihat sahajalah lambakan blog, wordpress, laman web ditambah dengan medium mudah akses seperti facebook, twitter dan lain-lain menggairahkan lagi manusia menyampaikan sesuatu melalui penulisan. Sebenarnya dunia penulisan ini sudah lama, sejak zaman dahulu kala lagi. Penulisan dijadikan satu alat penyebaran dan penyimpanan ilmu, sekaligus dirujuk sehingga ke hari ini.
Manusia bebas menulis apa sahaja seperti mana manusia bebas berfikir. Berfikir pula walaupun bebas, tapi masih perlu diikat tali kebebasan itu pada Al-Quran dan As-Sunnah. Agar fikirnya membawa zikir kepada Tuhan. Begitu juga penulisan, sebebas-bebasnya mengkritik, berhujah dan menyampaikan pandangan, idea dan komentar, namun perlu juga disertakan adab-adabnya, cantik lagi besertakan dalil dan bukti yang kukuh supaya sampai kepada tujuan penulisannya.
Apabila menyebut soal tujuan penulisan, manusia juga berbeza tentang perihal ini. Ada yang menulis sebagai bentuk luahan hatinya, sekadar mengisi masa lapang, sebagai jawab balas isu, sebagai perkongsian ilmiah, sebagai satu artikel untuk diterbit dan dibukukan, sebagai rujukan masa mendatang dan pelbagai lagi tujuan dan hadaf yang berbeza. Begitu juga isinya, ada yang minat menulis coretan peribadi, masalah fiqh, isu semasa, politik, ekonomi, kesihatan, artikel berat, artikel ringan dan lain-lain.

Kita lihat tujuan, cara dan gaya penulisan, isi penulisan, subjek dan objek penulisan semuanya berbeza. Itulah kepelbagaian dalam penulisan. Walaupun seseorang itu bidang pelajarannya sama dengan yang lain, latar belakang hidup hampir sama, tetapi tetap berbeza hasil sesebuah penulisan itu. Sudah pasti ada perbezaan, mustahil ianya akan sama kerana berbeza cara berfikir, berbeza sudut pandang sesuatu perkara, dan berbeza juga bahan bacaan yang dibaca.
Disebabkan terlalu banyak perbezaan dalam ruang lingkup penulisan, apatah lagi skop yang lebih luas seperti pemikiran, bahan bacaan dan sebagainya, saya merasakan manusia perlu mempunyai satu nilai yang sama iaitu menerima dan menghormati kepelbagaian itu. Nilai hormat-menghormati. Walaupun sesuatu bahan penulisan itu dilihat tidak kena dengan cara pandang kita, kita perlu hormat dan andai perlu dibaiki atau ditambah baik, tegurlah dan berbincanglah dengan cara yang baik agar masing-masing dapat memperbetul mana-mana yang kurang sempurna, dan melangkah menjadi penulis dan pembaca yang baik.
Biarlah kita berbeza, tetapi kita masih mempunyai persamaan, iaitu kita berkongsi minat dan satu wasilah yang sama, iaitu penulisan kerana saya yakin dan percaya, semua yang terjun ke dunia ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk berkongsi apa yang dia fikirkan dan menyemai sesuatu yang boleh diambil manfaat oleh pembaca. Perbezaan ini perlu supaya manusia lebih bercambah genre bahan bacaan, luas skop pemikirannya, tidak tertumpu kepada perkara yang dimininati sahaja dan menjadi satu cetusan untuk berfikir dan mengkaji sudut perbezaan tersebut.
Bagi saya, penulisan ini mampu menjadi satu bentuk sumbangan yang baik kepada manusia lain jika kena cara dan gayanya. Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat untuk manusia yang lain. Oleh sebab itu, artikel saya kali ini juga harapnya menjadi satu bentuk sumbangan buat para pembaca dan mencetuskan semangat dan rasa untuk menulis dan menyumbang. Walau siapa pun kita, di mana pun bidang kita, teruskanlah memberi kebaikan dan manfaat kepada orang lain. Bagi yang mampu memberi idea, teruskanlah, bagi yang suka menulis, teruskanlah, bagi yang bekerja, teruskanlah. Terus, terus dan terus istiqamah. Moga Allah redha akan semua nilai dan kerja buat kita.

Sebuah buku yang ditulis oleh pensyarah saya semasa kursus bahasa ke Jordan, Ustazah Siti Fatimah Salleh yang diterbitkan oleh Darul Nafais di Jordan. "Keuzuran Khusus bagi Wanita dan Hukumnya dalam Ibadat". Beliau merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Master Fiqh Universiti Mu'tah. Satu bentuk sumbangan penulisan yang hebat saya kira, bahkan salah satu dakwah akademik yang mengagumi dan menginspirasikan saya. Masya Allah alaik ustazah.
Wallahu a'lam, moga Allah redha kita semua :)
Filem Realiti Kehidupan
Hari itu saya duduk santai-santai di rumah dan sambil-sambil berehat sempat melayan filem Melayu yang bertajuk 'Lapan Jam'. Filem yang berkisarkan kehidupan seorang anak lorong bernama Alang yang dibesarkan dalam suasana yang kurang kondusif menyebabkan dia kurang menjadi seorang 'manusia'. Dia kemudian ditakdirkan menjadi anak yatim piatu dan selalu diburu oleh orang jahat. Akibat mengalami penyakit mental, dia telah membunuh kekasihnya sendiri dan akhirnya dihukum gantung sampai mati.
Dahulu, saya pernah menonton satu dokumentari yang diterbitkan oleh Al-Jazeera. Dokumentari yang mengisahkan pengakuan benar seorang gadis remaja tentang kehidupannya di lorong hitam Kuala Lumpur, Chow Kit. Gadis yang bernama Ida ini hidup dalam keadaan yang susah dari kecil hingga besar ditambah pula dengan tekanan keluarga yang miskin menyebabkan dia pernah terlibat dengan dadah dan kehidupan sosial yang teruk.
link video
link video
Kedua-dua video filem dan dokumentari yang saya tonton ini merupakan antara realiti kehidupan masyarakat di Malaysia. Kedua-dua watak utama dalam video tersebut sedar akan kehidupan mereka dan memang mempunyai niat dan hasrat serta harapan yang tinggi untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Walaupun tak banyak nilai baik dalam video ini yang boleh kita contohi, namun bagi saya nilai 'mahal' yang ditonjolkan itu ialah nilai kehidupan yang sebenar.
Jika anda menonton kedua-dua filem ini, suka untuk saya mengajak kalian merenung sejenak kenapakah dalam filem ini kita menyaksikan harapan manusia hanya tinggal kenangan? Cita-cita untuk berubah itu pula hanya terkubur begitu sahaja? Bagaimana pula apabila kita yang perlu menghadapi dan mendepani mereka secara langsung yang mana kita merupakan salah satu watak yang melengkapi drama kehidupan mereka? Apa yang bakal kita lakukan?
Walaupun anggapan itu tidak akan terjadi dan kita takkan pernah berjumpa dengan realiti kehidupan seperti itu, tetapi siapakah yang akan membantu golongan seperti ini? Siapa??

Hayati! Simpati! Empati! Dakwah!
Itulah yang tiada pada mereka. Mereka tidak dibawa ke arah itu. Tiada yang sudi menyelongkar hati mereka yang meronta-ronta ingin dibelai dengan belas dan rahmat. Tiada sesiapa yang membantu golongan seperti ini jauh sekali ingin mendekati dan membawa mereka kepada hidup bertuhan. Hidup yang bersandarkan matlamat kepada akhirat yang menjanjikan ketenangan yang abadi. Tiada!!
Saya terfikir seketika. Andai situasi ini benar-benar terjadi kepada saya, mampukah saya menjadi wasilah kepada hidayah Allah buat mereka? Bolehkah saya membantu mereka berubah? Dapatkah saya salurkan kebaikan dan ketenangan yang diingini mereka selama ini?
~Itu juga yang saya ingin kalian tanyakan pada diri dan iman kalian~

" Takkan kau nak masuk syurga sorang-sorang dan takkan nak biar je orang lain masuk ke dalam neraka?"
Jom persiapkan diri. Siapa lagi yang akan mendepani masyarakat seperti ini kalau bukan kita. Bersatulah, berjemaahlah, supaya kita kuat dan teguh, agar kefahaman dan fikrah kita terpandu, untuk kita menuju jalan dakwah ini membawa kepada Tuhan Yang Satu.
Wallahu a'lam.
Wallahu a'lam.
Setahun lagi...
Lama tak mencoret santai-santai di sini :) Tahun ini masih lagi di Mu'tah, Jordan. Berpuasa, beraya di Jordan. Kawan-kawan ramai yang pulang, yang buat walimah pun tak kurang ramainya. Fuhhh, penuh jemputan. Tapi, tak apalah, apa-apa pun buat sahabat-sahabat yang bakal mendirikan rumah tangga, moga dimudahkan urusan, buat yang berlibur bersama keluarga, moga happy sokmo.
Alhamdulillah, ala kulli hal, tahun ni ada adik menemani di sini meneruskan perjuangan yang masih banyak perlu diaulakan dan diselesaikan. Kalau diikutkan rasa, memang nak je fly terus ke Dungun tu, tapi mak abah pun dah redha stay dulu setahun lagi, in sha Allah, ada rezeki, balik tahun hadapan.
Bakal menjadi third year Shariah student di sini, seriously, masih banyak perkara yang perlu dipelajari, ilmu fiqh, bahasa Arab mahupun English, kemahiran rumah tangga, softskill, pengurusan kerja, organisasi, dan banyak lagi perlu diperbaiki dan dipertingkat. Tambahan, dah tak lama nak menjengah ke real world di Malaysia nanti, lagilah banyak persediaan mental dan fizikal yang kena dibuat.
Sejujurnya tak sabar nak tengok masyarakat, tengok perubahan di Malaysia, khususnya Dungun Terengganu. Seronok tengok sahabat-sahabat seperjuangan istiqamah dengan gerak kerja Islam ni. Tak sabar nak berjuang pula dengan sahabat-sahabat di sana apatah lagi Parlimen Dungun menang PRU lepas, pasti masih banyak kelangsungan gerak kerja yang perlu diteruskan. Dun Sura...I'm coming soon!!
Mohon sahabat-sahabat mendoakan kesihatan saya dan dikekalkan semangat nak berjuang tu selalu. Mohon juga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur pulang ke Malaysia tahun depan berjumpa dengan ummah!
Moga Allah redha kalian. Salam Ramadhan dan selamat beramal menuju ketaqwaan ^__^

Mengisi Sebuah Kekalahan
Menang atau kalah?
Pasca PRU 13 menyaksikan konflik dan perebutan kuasa kerajaan Malaysia yang cukup sengit, ditambah dengan kemenangan yang dianggap kotor dan tidak bermaruah oleh pihak kerajaan menjadikan pilihanraya kali ini pilihanraya yang tercemar identiti Suruhanjaya Pilihanraya itu sendiri. Menangnya kerajaan Barisan Nasional tidak dianggap menang oleh rakyat apabila undi popularnya dimiliki oleh pembangkang dengan kedudukan DAP sebagai peraih undi terbanyak dituruti PKR dan PAS. Bagi rakyat, pembangkang juara di hati mereka, namun menang atau kalah bagi saya sudah ditentukan namun, satu muhasabah atau post mortem perlu dibuat oleh kedua-dua pihak pasca PRU ini.
Apabila dilihat analisis pemerhati politik atau analisis parti itu sendiri, isu pertindihan kuasa, isu sosial calon, isu kredibiliti calon, isu tranformasi calon muda, isu black list calon, isu pesempadanan kawasan calon dan pelbagai isu menjadikan PRU kali ini cukup hangat. Lebih menghangatkan apabila masalah dalaman parti dengan perpecahan undi dalam kalangan ahli parti sendiri dikaitkan dengan kemenangan dan kekalahan kedua-dua parti.
Masih Tidak Berubah
Saya bukanlah pemerhati politik mahupun penganalisis politik yang mahir dan masih belajar untuk mengaitkan isu seputar dengan pertimbangan akal untuk menilai yang mana baik dan yang mana perlu diperbetulkan. Cuma sekadar pandangan peribadi terhadap beberapa perkara dan terasa untuk berkongsi atas dasar tanggungjawab rakyat Malaysia yang semestinya menginginkan perubahan daripada pimpinan, baik kerajaan mahupun pembangkang.
Tidak sampai sebulan PRU 13 melabuh tirainya, di saat kepimpinan kerajaan Malaysia yang baharu bagi sesi lima tahun ini secara rasminya diumumkan, pelbagai isu baru pula yang melanda. Isu sokongan kepada petisyen piihanraya, isu beberapa orang yang ditangkap di bawah Akta Hasutan, isu rakyat Malaysia perlu mencari negara baru yang lain, isu YB yang dihalang masuk ke daerah tertentu, isu berat sebelah parti terhadap rakyat negerinya dan pelbagai lagi isu-isu yang hangat diperkatakan.
Ternyata, politik ini bukanlah sesuatu yang diambil remeh oleh rakyat walaupun hakikatnya tidak semua yang faham akan konsep dan perjalanannya. Dan ternyata, politik tidak lepas daripada isu yang mungkin sekadar hanya digembar-gemburkan atau sekadar polemik semata-mata atau memang isu sebenar yang berlaku. Kalau hanya tahu mengkritik pun, tetapi kurang solusinya ATAU apabila dikritik, kurang lapang dadanya dan tindakan untuk berubah pun, tiada gunanya apabila dari hari ke hari masih tiada reformasi yang seimbang antara kedua-dua belah pihak.
Semak Imbang untuk Malaysia
Kita tahu untuk menang itu bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi untuk mengisi kemenangan. Sebagaimana kerajaan Barisan Nasional merasakan saat kemenangan mereka teramat tipis (susah) lantas mungkin digunanya taktik lain yang dirasakan boleh mengekalkan kejuaraannya dalam tampuk kepimpinan Malaysia. Begitu juga pihak pembangkang yang kita lihat PRU kali ini, pelbagai usaha dan idea baru dilaksanakan ditambah kerahan tenaga anak muda yang dahsyat, melihatkan kepada kita betapa susahnya meraih sebuah kemenangan.
Walaupun Barisan Nasional dapat melakukan apa sahaja untuk kerajaan Malaysia dengan kelebihan pada statusnya sekarang, kita tidak menafikan dalam BN mengisi kemenangan ini, teramatlah susah dan tidak mudah dalam menawan kembali hati majoriti rakyat Malaysia dengan capaian rekod buruk sepanjang lima tahun yang lepas. Begitu juga pihak pembangkang, dalam mengisi kekalahan ini, usaha yang semaksimum mungkin perlu dibuat bersama muhasabah dalam melihat kebersamaan ketiga-tiga parti dan mencari solusi atau tindakan baru dalam menilai dan menangani kesilapan-kesilapan pihak pembangkang ke arah matlamat mengejar Malaysia baharu.
Hakikatnya, pihak kerajaan dan pembangkang perlu mempunyai good connection dalam sesi kali ini melihatkan kepada beberapa masalah dan isu yang timbul yang mana agak menjejaskan keharmonian parti dan kesejahteraan Malaysia secara amnya. Masing-masing ada betul dan silapnya, masing-masing ada lebih dan kurangnya. Oleh sebab itu, kerajaan perlu berubah untuk melaksanakan segala janji manisnya atau lebih tepatnya AMANAH yang terpikul untuk kebaikan rakyat dan negara itu sendiri tanpa mengira kroni atau isu perkauman atau apa-apa isu yang boleh menjejaskan reputasi dan imej kerajaan.
Pihak pembangkang pula tugasnya adalah menilai dan membetulkan kesilapan serta kelompangan pihak kerajaan dengan tindakan untuk terus menyokong gagasan pihak kerajaan atas pertimbangan yang baik sebagai satu negara dan rakyat Malaysia. Dalam pada masa yang sama, pihak pembangkang perlu sentiasa menilai dan menganalisis kekuatan parti beserta reformasi yang lebih terbuka dan terkehadapan sesuai dengan rentak semasa Malaysia dan rakyatnya. Inilah yang dikatakan semak imbang kerajaan dan pembangkang dalam menuju ke arah Malaysia yang gemilang dan diberkahi kepimpinannya.
Jadilah kerajaan yang baik untuk rakyat dan negara, dan jadilah pembangkang yang baik untuk melengkapi kerajaannya.
Semoga Allah meredhai hamba-Nya sebagai rakyat Malaysia dan merahmati semua pimpinannya.
Wallahu a'lam.
p/s : Mohon maaf atas segala kekurangan. Saya masih baru belajar. Dialu-alukan sebarang komentar dan cadangan untuk kebaikan bersama.

Air dan Haiwan
Lama rasanya tidak mencoret di sini. Entri kali ini, saya masih nak berkongsi input yang saya dapat dalam usrah saya. Subhanallah, biarlah orang nak kata usrah mereka best, tapi saya tetap nak kata usrah saya lagi best. Sebab saya yang rasa 'usrah' tu dan setiap orang mempunyai persepsi yang tersendiri tentang usrah maisng-masing.
Usrah-usrah saya yang lepas pun sangat best. Usrah Wardatul Syauqoh dan usrah Mujahadah Group di Malaysia. Usrah MP 4, usrah BEN 10, dan usrah Mursyid di bumi Mu'tah.
Banyak benda dan perkara baru yang saya peroleh dalam usrah, waima atas stand saya sebagai ahli usrah atau stand sebagai naqibah. Apa yang paling nikmat ialah semasa sesi perkongsian. Kita boleh kongsi apa sahaja, boleh luah apa sahaja, ibarat melepaskan diri dari ikatan sang penjahat dan umpama menjatuhkan bebanan berat daripada bahu kita. Fuhhh, lega!
Lega bukan sebarang lega, tapi disertai syukur kerana dapat berkongsi dan mencari jalan penyelesaian. Usrah bukanlah semata-mata medan ilmiah, medan perkongsian, medan makan-makan free, tapi lebih daripada itu. Usrah wadah untuk membina dan membaja hati-hati insan agar satu masa nanti, ia akan dituai untuk Islam.
Cewah!! Ayat bunga tuh. Apa-apa aje pendapat anda tentang usrah, semuanya betul. Apa yang paling penting, beramal dengan apa yang diperoleh dalam usrah, so nak share la sedikit apa yang saya dapat dalam salah satu usrah saya.
Satu hari, kami berusrah, tetiba seorang ahli usrah saya bertanya kepada semua, "Malaikat dibuat daripada apa?" Semua menjawab : Cahaya. "Syaitan dicipta daripada apa?" Sekali lagi semua menjawab : Api. "Manusia pula?" Kali ini semua tekaan betul lagi [applause] Jawapannya : Tanah. Dia bertanya lagi," Haiwan pula daripada apa?"
???
????
?????
Kali ini tekaan rambang kami salah, semua tidak tahu sumber asal ciptaan haiwan. Lantas dia pun mengajak kami membuka lembaran kalamullah , surah Annur, ayat 45 yang bermaksud :
"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu daripada air maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Kami terpana seketika. Subhanallah...Dalam hati saya, 'Aku tak tahu pun selama ini. Nampak sangat baca Al-Quran tak tilik maknanya sekali' T_T
Hari itu bersamaan 1/11/2012, sepanjang hidup saya, saya baru mengetahui akan hal ini. Ya Allah, cantiknya susunan Allah, dalam usrah, saya mengetahui apa yang saya selama ini tidak tahu. Alhamdulillah :)
Jadi, siapa yang kata usrah ialah bulatan biasa-biasa, saya minta maaf, saya tak setuju dengan anda, sebab usrah ialah bulatan yang luar biasa yang fleksibel, boleh buat dalam bentuk segi empat, segi tiga, di mana-mana, bila-bila. Dalam usrah kita dapat apa yang kita tak dapat di tempat lain kerana usrah adalah permulaan segalanya, sebagaimana kita berasal daripada keluarga kita.
Jom berusrah!! Wallahu a'lam...
~tengkufatimahazzahra~

Ben 10 - Cakna tak kita pada Palestin?
Hari itu, bulatan kecil Ben 10 a.k.a Bond of Extraordinary Ten, (nama usrah saya) duduk santai-santai. Asalnya nak buat diskusi, tapi masa tak mengizinkan, hanya sekadar sembang-sembang. Sangka saya, peluang hari itu hanya duduk, bertadarus Al-Quran, kongsi-kongsi, makan-makan, sembang masalah, namun akhirnya ada isi maudhu' dalam duduk-duduk kami itu.
Salah seorang ahli Ben 10, Fazureen tetiba berkata, "Cakna tak kita isu Palestin?" Owh, Alhamdulillah, pemula dan pembuka isu yang penting untuk dibincangkan. Kami pun mula berbincang, berkongsi dan meluahkan rasa terhadap isu itu. Tidak lupa membincangkan peranan yang perlu dimainkan dalam isu ini.
Ternyata, pengetahuan saya masih kurang terhadap isu yang bermula awal Muharam baru-baru ini menjadi gempar walaupun hakikatnya isu Palestin ini sudah terlalu lama. Tanah yang disebut dalam Al-Quran itu sudah lama berdarah pasir dan dedebunya. Allahul Musta'an.
Bahasa yang memang terkena atas batang hidung saya, 'saya memang kurang cakna isu itu'. Pada mulanya, [monolog hati saya] :
"Tak apalah, tak perlu kot nak kongsi gambar atau info tentang isu ni, mesti dah ramai yang buat camtu. Dah penuh wall kawan-kawan aku dengan post pasal Palestin dan boikot".
Tapi saya silap, Allah tak tanya hasil, tapi USAHA. Saat menonton video kedaan sebenar yang berlaku di Gaza semalam, hati saya terdetik, "Apa yang aku mampu buat untuk tolong mereka???".
Walaupun sekadar share, post, boikot, semua itu usaha! Apa yang terpenting juga ialah tembakan doa buat mereka. Allah! kekalkanlah rasa insaf dan prihatin aku terhadap isu ini. Syukur kerana Dia menitipkan 'rasa' untuk berbuat sesuatu bagi membantu mereka, bukan sekadar like dan seen sahaja.
Ya! Isu Palestin bukan isu negara, tetapi isu umat. Tanah yang perlu pembebasan bukan oleh warga mereka sahaja, tetapi kita...UMAT ISLAM.
Kesedaran itu hadir berwasilahkan usrah Ben 10, jazakumullah khairan buat kalian! Kali pertama usrah saya sependek dan sekejap itu. 45 minit lebih kurang. Bagi saya, pendek itu terbaik andai berisi dan mampu diterjemahkan kepada amal selepas daripada usrah.
Bak kata murobbi, usrah yang sebenar bermula selepas kafaratul majlis dan berakhir selepas bacaan Al-Fatihah. In shaa Allah, pertemuan kami akan datang akan diadakan forum.
# Heh! tak sabar nak cungkil bakat-bakat ahli Ben 10 yang diharapkan akan menjadi sejuta kali lebih hebat daripada sekarang.
Ayuh semua, jangan jemu tembak doa buat umat Islam di Gaza khususnya dan umumnya pada semua umat Islam di dunia. Teruskan buat sesuatu selagi mana mampu dan dalam ruang lingkup kudrat kita yang lemah ini. Allah sentiasa ada membantu. Itu janji-Nya!!

Jangan malu menjadi pemula
"Jangan malu menjadi pemula". Satu kata-kata yang menyentap urat saraf saya. Tercabar sangat. Itulah kata-kata yang diungkap oleh murabbi yang saya kagumi. Apabila saya mendengar kata-kata itu, saya terfikir. Ya! Kenapa malu untuk menjadi pemula sesuatu perkara kalau perkara itu perkara yang benar. Sejak itu saya letak target. Aku takkan malu untuk bertanya! Tapi AWAS, bertanya yang berlebih-lebihan dan melampau tidak digalakkan.
Saya cemburu sangat-sangat dengan golongan mahasiswa arab. Arab Jordanians kalau di tempat saya belajar. Mereka langsung tak malu untuk bertanya kepada pensyarah apa yang tak difahami dan memberi pendapat yang kekadang berbeza dengan pensyarah. Apabila diberi peluang untuk mengulas jawapan, merekalah yang paling banyak berebut mengangkat tangan untuk musyarakah dalam kelas.
Namun, sedkit hambar suasananya dalam kalangan pelajar Malaysia. Tidak ramai yang ingin bertanya atau memberi pendapat ketika di dalam kelas. Saya tidak pasti sebab utamanya apa?? Adakah malu kerana kurang keyakinan diri atau segan dengan jantina yang berbeza atau sukar berkomunikasi dengan pensyarah?? Jawapan itu ada pada diri masing-masing.
Bukanlah saya menulis ini untuk saya katakan saya ini berani bertanya, hebat dalam berkata-kata, disukai pensyarah kerana suka bertanya. Tidak sama sekali. Oleh sebab itu, saya berbaik sangka andai kata pelajar Melayu kurang bertanya mungkin kerana mereka sudah faham. Mereka belum mula bertanya di dalam kelas kerana mereka akan bertanya pada pensyarah di luar kelas. Andai ada yang tidak difahami, mereka akan bertanya pada pelajar Melayu yang faham atau mana-mana rakan arab yang faham.
Jadi di situ saya lihat budaya bertanya tetap ada dari suatu sudut yang mengatakan 'malu bertanya sesat jalan'. Yang mana pada hakikatnya mereka takkan sesat kerana masih ada ruang dan peluang untuk bertanya. Ya! Saya setuju itu dan saya takkan bantah itu. Pelajar Melayu tetap bertanya!!
Tapi bagaimana pula golongan yang langsung tidak mahu bertanya baik kepada pensyarah, mahupun melalui wasilah-wasilah lain. Sekadar membiarkan ketidakfahaman itu bermaharajalela di ruang fikiran sehingga apa yang diulang kaji dan dihafal hanya sekadar hafalan. Ya!! Saya berbaik sangka lagi. Mereka mungkin ada buku rujukan lain atau wasilah-wasilah lain yang boleh memahamkan mereka atau mereka sebenarnya memang sudah faham.
Namun, dari sudut logik akal saya, andainya pelajar arab pun ada yang tidak difahaminya tatkala pensyarah mengajar sedangkan pelajaran itu melalui bahasa ibunda mereka sendiri, bagaimana mungkin pelajar Melayu yang berbangsa Melayu, bercakap arab memang boleh tetapi tidak 100% difahami, bolehkah dikatakan faham sepenuhnya apa yang diajar?? Andai diterangkan dalam bahasa ibunda pun kurang difahami jua.
Saya merasakan tulisan saya kali ini agak sinis dan mengejek bangsa sendiri apatah lagi sahabat-sahabat di tempat saya belajar. Maafkan saya andai anda merasakan begitu. Tapi saya tidak suka hipokrit dan bagi saya ini bukanlah aib yang perlu dijaga. Bagi saya benda yang sepatutnya diubah untuk kemaslahatan ummah tidak perlu takut untuk diperkatakan dengan niat ada usaha untuk berubah dan mengajak orang lain berubah.
Saya yakin kata-kata saya akan diuji. Dan saya takut andai saya menulis dan berkata-kata tetapi tidak melaksanakan. Kemurkaan Allah yang sangat besar bagi orang yang bercakap tapi tidak melakukan apa yang diperkatakan. Nau'uzubillah. Oleh sebab itu, saya bertekad dalam hati dan insya Allah akan cuba melaksanakan sedaya mungkin untuk tidak malu menjadi pemula.
Tidak malu untuk memulakan bertanya di dalam kelas sebagai seorang pelajar Melayu dalam kalangan pelajar arab yang lain. Tidak malu bertanya dalam kelompok pelajar Melayu sendiri, Tidak malu mengaku bahawa kita tidak tahu itu dan ini lantas bertanya dan mengkaji. Tidak malu mengatakan yang hak dan batil.
Saya ingin jadi pemula bukan untuk menunjuk-nunjuk saya ini hebat, saya ini berani dan saya ini bijak kerana pada hakikatnya keberanian saya tidaklah setinggi itu. Tetapi saya hendak sangat-sangat mencuba untuk menjadi seorang pemula kerana bagi saya, mungkin rakan-rakan saya yang lain perlukan seorang pemula untuk mereka memulakan sesuatu perkara. Sebagaimana saya yang inginkan seorang pemula untuk saya juga memulakannya. Namun, apabila 'sang pemula' itu tidak jua muncul-muncul , mengapa tidak saya yang menjadi pemula itu??
Eh, nanti apa kata orang lain??
Nanti dia kata kita ini nak tunjuk hebat. Kita ini junior sahaja.
Malulah, orang fikir apa pula. Tak pernah-pernah orang buat begitu.
Ya Allah, takutnya nak tanya. Malaslah nak tanya.
Itulah hasutan-hasutan yang bermain di minda dan hati saya tatkala terbit rasa ingin bertanya akan sesuatu yang saya memang nak tahu dan perkara yang tak faham sangat mengganggu ketenangan saya. Lama-lama jika dibiarkan, saya takkan tahu sampai bila-bila. Macam mana kalau tanya orang lain, orang itu juga tak tahu??
Namun begitu, andainya Rasulullah saw mengambil endah dan mengira serta menjadikan risau segala kata-kata tohmahan, ejekan, buruk sangka, dan penghinaan orang kafir Quraisy yang mengatakan bahawa baginda saw adalah seorang yang gila, tukang sihir, membawa ajaran songsang dan sebagainya, cuba kita sama-sama fikir adakah Islam akan sampai kepada kita? Adakah kita mampu menikmati nikmat iman dan Islam pada hari ini??
Tak nak lah aku sampaikan lagi ajaran ini. Mereka dah kata bukan-bukan pada aku. Masakan aku nak ajarkan lagi kalimah-Nya. Aku lebih rela berdiam diri daripada terus dihina dan dimaki.
[Andainya Rasulullah saw seolah-olah berkata sedemikian] Tapi TIDAK!!! Rasulullah tidak pernah berfikir untuk mengatakan sedemikian. Rasulullah tidak pernah berputus asa menyampaikan kalam Ilahi, kerana apa?? Kerana itu semua adalah BENAR.
Jadi, mengapa kita perlu berburuk sangka pada orang lain. Entah-entah sebenarnya tidak ada pun pada fikiran orang lain untuk mengatakan sedemikian pada kita tapi kita sahaja yang terlampau memikirkan pandangan orang lain pada kita. Tapi berbeza dengan Rasulullah saw yang mana terang-terangan kafir Quraisy menentang tapi baginda tetap utuh ke hadapan.
Buangkan buruk sangka itu. Jangan disebabkan itu sahaja, melemahkan kita untuk maju ke hadapan dalam menggapai ilmu dan mencapai amal yang sebenar. Andainya masih ada persepsi dan anggapan buruk itu dalam kalangan orang lain, kenapa kita perlu takut dan malu lagi? Adakah apa yang kita lakukan itu salah?? TIDAK bukan. Lantas itu, selagi mana perkara yang kita lakukan itu benar dan tidak bercanggah dengan ajaran Allah dan Nabi-Nya, usah gentar kerana Allah bersamamu dalam kebenaran.
Sama-sama muhasabah diri. Saya yang menulis ini juga masih belum ada semangat dan keberanian untuk menjadi seorang pemula dalam pelbagai hal kebaikan. Dan kerana itulah saya menulis tentang ini, moga dengannya menjadi penaik semangat buat diri saya dan anda semua. Allah jualah yang Maha mengetahui kelemahan hamba-Nya yang hina ini. Namun, Allah tidak menjadi hamba ini sia-sia.
Saya, anda dan kita perlu hebat untuk ISLAM...
Bangkit menjadi daie dan insan yang kuat dan mantap untuk ummah.
Ya Allah bantulah kami dan peliharalah kami.

Critical thinking
Ramai orang agak takut apabila disebut tentang kritis, pemikiran luar biasa, critical thinking.
Bedasarkan pengalaman saya ramai yang teruja dan ingin mengambil manfaat dengan orang-orang yang sebegini tapi tak ramai yang bercita-cita untuk menjadi seorang yang kritis dalam berfikir. Seorang yang mampu berfikir 360 darjah dari pelbagai dimensi dan sudut.
Tetapi, apa yang kita inginkan daripada insan sebegini ialah yang mana mampu mengimplementasikan apa yang difikir, bukan hanya dengan kata-kata yang bernas, idea yang mencambah, tapi tiada apa yang mampu diubah. Insan sebegini yang kita ingin lahirkan. Sepertimana heboh dan hangat diperkatakan ramai orang zaman sekarang ialah generasi ulul albab. Yang mana akidahnya mantap, ibadah dan akhlaknya seiiring ajaran al-Quran dan Sunnah, bahkan fikirannya yang cuba membawa perubahan besar dan berkualiti buat ummah.
Saya juga bercita-cita ke arah itu. Dalam penulisan dan post-post di muka buku, sedaya mungkin saya cuba membawa persepsi yang berlainan daripada kebiasaan saya selama ini. Saya hendak cuba membuka minda saya dan anda semua supaya sesuatu yang dibaca bukan sekadar luahan perasaan dan suka-suka tetapi ada makna disebaliknya.
Saya pernah menulis berkenaan cinta, hati dan perasaan dalam penulisan saya dalam keadaan sengaja untuk meneliti sendiri sejauh mana tarikan orang lain terhadap penulisan tersebut. Saya cuba pula menulis dan berkongsi tentang sesuatu yang bersifat agak berat untuk dibaca dan ditelaah. Sesuatu yang 'membosankan' pada hakikatnya. Kemudian, saya bandingkan kedua-dua jenis penulisan itu.
Saya bukan sahaja memerhati dari pihak saya sahaja, bahkan dari pihak lain juga. Saya dapati kebanyakan orang meminati penulisan yang berbentuk santai, ringan dan tidak membabitkan aspek pemikiran. Tetapi ramai juga yang sangat suka penulisan yang berbentuk politik, isu semasa, dan sesuatu yang 'kritis'. Namun, dari sudut halaman saya sendiri, ramai yang lebih gemar meng'like' sesuatu berkenaan perasaan berbanding isi-isi pebincangan dan keagamaan.
Dari segi fitrahnya pasti kita semua menyukai sesuatu yang tidak membebankan dan happy go lucky. Tetapi pada era ini, pelbagai isu yang timbul melibatkan ummah kita. Pada zaman ini terlalu banyak hujah dan penulisan-penulisan yang syubhah dari sudut kesahihannya tidak kira dari aspek agama, politik, mahupun hal ehwal semasa yang sangat memerlukan golongan yang berfikiran ke hadapan untuk menagkis segala kepalsuan pada era 'kemuncak' ini.
Jadinya, bukanlah saya menulis tentang ini untuk mengatakan saya ini seorang yang berfikiran kritis. Tidak! Cumanya saya ingin mengajak diri saya dan kalian untuk sama-sama membawa diri kita ke 'dunia' yang berbeza daripada kebiasaan. Memang payah bagi diri saya sendiri untuk menjadi seorang yang sebegitu, tapi mengapa tidak kita mula dari sekarang. Mula membaca bahan-bahan yang berat jauh dari unsur perasaan yang mendayu-dayu. Mula menulis sesautu yang berfikrah tetapi dalam bentuk yang santai.
Ingat, hujah perlu dilawan hujah. Janganlah kita apabila golongan intelektual Barat atau sekufu dengan mereka menghentam Islam, kita menentang dengan memaki hamun tanpa usul dan hujah kukuh tapi kita ingin menyatakan kebenaran itu kepada semua manusia di dunia ini. Namun, mereka amat mudah mematah hujah kita kembali hanya kerana mereka mampu berfikir secara luar biasa sekaligus menarik minat orang lain terhadap mereka.
Fikiran yang kritis yang disertai idea yang mantap berdalilkan al-quran dan sunnah sangat diimpikan dunia hari ini. Muslim ideal atau protaz atau ulul albab atau apa-apa sahaja gelaran sanagt diidamkan ummah hari ini. Cuma, tinggal lagi usaha kita ke arah itu.
Berani, rain mengkaji, yakin diri dan ketaqwaan serta tawakkal pada Allah antara sikap yang perlu ditonjolkan. Allah tidak menjadikan hamba-Nya sia-sia. Otak manusia yang mempunyai berjuta-juta trillion sel yang mampu menterjemah buah fikiran yang bernas perlu dinikmati denagn keimanan. Semoga Allah merahmati kita semua dengan segala nikmat-Nya pada kita.
Road to Ramadhan! Road to a critical thinking person!!

Sifir Perubahan : Tidak drastik tapi berterusan
Dalam kita asyik sebut perubahan, nak berubah, perlu berubah dan bla..bla..bla, kita terlupa satu benda yang penting dalam misi ke arah perubahan ini. Mungkin banyak lagi sifir perubahan yang ada mengikut sudut pandang masing-masing. Tapi, bagi saya, sifir perubahan ini perlu ditekankan kerana ianya bukan suatu benda yang mudah atau senang cakap : SUSAH.
Kata orang, elaklah menyebut perkataan negatif seperti SUSAH, nanti negatif juga tindakannya. Bagi saya, saya bangkang statement ini dengan berpendapat bahawa kadang-kadang, kita perlu menyebut perkataan negatif itu supaya lebih termotivasi dan boleh memberi peringatan buat kita yang selalu lupa ini.
Kenapa sifir perubahan yang saya ingin tekankan ini iaitu "tidak drastik tapi berterusan" saya katakan susah?? Ianya lebih bersifat ke arah istiqamah. Sebelum ini saya pernah menukilkan perihal istiqamah ini. Cuba kita fikirkan kenapa Rasulullah s.a.w berkata bahawa "amalan yang paling baik ialah amalan yang sedikit tetapi istiqamah" bukannya "amalan yang paling baik ialah amalan yang banyak tetapi sehari atau sekali gus sahaja"??
Semua orang saya yakin mampu melakukan amalan baik yang banyak dalam sekali gus. Berpuasa, bersedekah, solat sunat dalam masa sehari, tetapi mampukah semua orang melakukan solat sunat hari ini, keesokan harinya, dan berterusan sampai bila-bila tanpa meninggalkannya walaupun sehari?? Saya rasa tidak semua yang mampu istiqamah walaupun hanya solat sunat rawatib mungkin...!!
Lantas itu, harus saya tekankan pada diri saya dan anda semua, dalam kita ingin melakukan perubahan dalam diri kita, janganlah terlalu drastik atau sekali gus, kemudian berhenti dan tidak lagi berusaha untuk berubah kerana putus asa dan lambat memperoleh hasilnya. Tetapi berubahlah sedikit demi sedikit dengan berterusan sehingga anda berjaya BERUBAH!! Walaupun hasilnya mungkin lambat, tetapi yakinlah Allah menilai usaha anda ke arah perubahan itu.
Perbaharui niat sentiasa untuk apa anda bersusah payah ingin berubah?? Perlu istiqamah dan mujahadah?? Tidak lain tidak bukan adalah kerana ALLAH dan untuk ISLAM. Insya Allah, Allah menilai dan redha Allah akan mengiringi sepanjang perjalanan perubahan anda itu.
Suka saya ingin kongsikan satu analogi mudah untuk kita lebih jelas berkenaan sifir perubahan ini. Perubahan ini ibarat air yang mengalir melalui batu. Batu ini sangat keras dan kalau fikir logik, mampukah batu itu terhakis hanya dengan aliran air. Namun, batu ini berjaya tehakis. Kerana apa?? Kerana aliran air itu tidak pernah berhenti mengalir. Ia terus mengalir, mengalir dan mengalir lantas dengan izin Allah batu itu terhakis.
Begitulah juga manusia yang sangat mudah terkesan untuk berubah. Sifirnya mudah sahaja : Tidak drastik tapi berterusan. Namun, pelaksanaannya agak sukar. Tapi ingatlah, hijrah menuju keredhaan Allah tidak pernah dihampari permaidani merah yang indah tetapi penuh onak duri dan liku-liku. Andai dirimu terus yakin dengan Allah dan tidak berputus asa dengan rahmat-Nya, insya Allah SYURGA pasti milikmu....
Terus tekadkan hati dalam berubah.
Innalaha maakum.

Misi Perubahan : Poster Peluang dakwah
Lambakan poster ini sering menghiasi laman muka buku a.k.a facebook kita hari demi hari. Kemunculan poster ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Cepat sahaja merebaknya dan ramai yang minat untuk menghasilkannya. Bagi saya ianya bukan sekadar lambakan biasa-biasa seperti mana lambakan baju-baju dan kasut-kasut bundle di kedai-kedai, namun ia satu lambakan penuh bermakna.
Saya menklasifikasikan 'demam poster' seumpama ini sebagai peluang dakwah yang cukup besar dan merupakan salah satu uslub dan kaedah dakwah yang terbaik era ini. Mungkin ada sesetengah orang yang kurang meminati ceramah agama, wacana minda, forum, dan sebagainya, tetapi bagi mereka, andainya poster-poster sebegini mampu menjentik hatinya untuk mengingati Allah dan lebih dekat pada-Nya, silakan....moga Allah redha dengan anda.
Lantas itu, untuk meneruskan hijrah pemuda ke arah mendaulatkan Islam dan melahirkan umat Islam yang mampu memberi sumbangan kepada Islam dan ummah, pemuda perlu lebih proaktif dalam mempergiat penghasilan poster-poster dakwah ini. Subhanallah, mudahnya nak berdakwah kan!
Tetapi, saya yakin, tidak ramai yang pakar akan hal edit mengedit gambar ni, nak kena cari latar, nak kena fikir warna, dan hiasan yang sesuai untuk menghasilkan poster yang menarik dan mampu menarik minat orang lain, namun, yakinlah Allah tidak menjadikan manusia itu sia-sia dan Allah mencipta manusia itu dengan kelebihan yang pelbagai.
Jadi, fokus misi perubahan kali ini : Hargai kelebihan yang anda ada lebih-lebih lagi mereka yang mahir dalam bab-bab mencipta poster dakwah yang berkualiti. Bagi yang kurang mahir, seperti saya, jangan duduk goyang kaki sahaja, teruskan misi perubahan pemuda ini untuk belajar kemahiran membuat poster kerana ianya peluang dakwah yang sangat besar dalam mendekati dan mengajak masyarakat ke arah Islam.
Antara poster yang mencuit hati saya, simple, namun penuh makna tersirat...
Ayuh para pemuda! Teruskan menjana dakwah, hangatkan tarbiyah...Teruskan menjana poster berkualiti, hangatkan iman pada Allah.
Umat Islam boleh...bergerak utuh seiiring kehebatan teknologi dan media....
Wallahu a'lam dan Allah itu Maha mengetahui....
-insan kerdil ke arah mardhotillah-
The Principle of Brotherhood
Assalamualaikum to all the viewers of this lihat,fikir, amal blog. May Allah bless us all in every moment we are still in this world. Today I would like to write about the principle of brotherhood or what we usually call that, is ukhuwah. On the other hand, what is the basic in ukhuwah. Every people always talk about ukhuwah, ukhuwah and ukhuwah but do you know what ukhuwah is it?
My murobbi said to me and my friends in a liqo' last week. She told me that there are three important things in the principle or concept of ukhuwah. Firstly, سلامة الصدر (salaamatun sodri) or be positive to our friends' wrong doing and their manners. Also we try to consider and accept difference thinking and views by our friends and us.
Secondly, another principle of ukhuwah is توازن (tawazun) or we call balance and fairness to our friends. It happens in order to balance our priority to this friend and other friends without any difference and hurt each another though one of our friend is poor, not smart, or ugly. But we try to befriend with them fairly no matter who and how are them.
Last but not least is إثار (ithar) or the easiest meaning of this principle is put the priority of our friends more than ours. We are willing to sacrify anything such as our money, time, and maybe our life for our friends. But This principle is the most important and it is the fisrt class of ukhuwah.
These three principles of ukhuwah seem easier to practice, right? You are wrong if you say like that. They are seem very easy, but in fact there are a lot of difficults to do that things. But, they will be very easy if you appriciate and know the value of ukhuwah in a muslim's life with strong faith in ourselves.
What has Allah SWT says in Al-Quran about ukhuwah? Allah says: "The Believers are but a single Brotherhood" [Surah Al-Hujurat verse 10]
Allah's Mesengger (may the peace and blessings of Allah upon him) also said about ukhuwah: "A muslim is the brother of another muslim, so he could not opress him, forsake him, or despise him".
So, for the conclusion, lets together appreciate our friends and befriends with them kindly and love them through the bottom of our heart. Why we should to do like that? It's because we are muslims. Love ukhuwah and brotherhood in life of a muslim is the best proof that you love Allah SWT and the Prophet Muhammad SAW.
May Allah bless us and give us His rahmah and berkah in our life with du'a and hope that may Allah always give us opportunity to continue our ukhuwah with all muslims lovely and happily till Jannah, insya Allah....Wallahu a'lam.
p/s: Sorry for the really broken grammar...
Gopoh untuk Berubah dan Berjaya
Insya Allah, saya akan menyambung kembali edisi hijrah pemuda. Pada hari ini kita menyaksikan revolusi pemuda semakin membahang sehangat api yang merebak. Baru-baru ini satu lagi bukti kebangkitan pemuda yang inginkan perubahan terhadap negara Malaysia, iaitulah BERSIH 3.0. Walaupun saya tidak menyertainya, namun, melihat gambar dan berita tentang evolusi pemuda ini, hati membuak-buak untuk terus mendokong perubahan para pemuda.
Apabila ada orang mempersoalkan tentang keberhasilan dan keberjayaan BERSIH baru-baru ini, bagi saya Allah tidak menilai hasil dan kejayaan, namun saya yakin, Allah PASTI akan menilai usaha dalam kita menegakkan kebenaran. Itu pasti. Teringat saya akan kisah ketika mana Nabi Ibrahim a.s dibakar api, kemudian, seekor burung kecil berulang alik mengambil air untuk dijirus pada api itu. Apabila dikecam bahawa ia tidak akan mampu memadamkan api itu, ia memberitahu bahawa ia takut Allah akan bertanya di akhirat kelak apakah usaha yang telah dilakukannya bagi memadamkan api itu meskipun usahanya tipis untuk berjaya.
Namun, dalam asyik membuat perubahan, kekadang pemuda hari ini terlalu gopoh untuk berubah dan berjaya. AWAS! Maksud saya di sini bukanlah pemuda tidak boleh gopoh dan cepat-cepat untuk berubah, tapi itulah yang diinginkan, terus berubah andai telah yakinakan peruabhan yang ingin dibawa. Tetapi, apa yang saya maksudkan ialah pemuda hari ini terlalu gopoh dalam mengharapkan perubahan dan kejayaan itu berhasil.
Ramai pemuda yang menyokong gerakan pemuda dan kebangkitan pemuda pada hari ini dengan harapan untuk melihat perubahan Malaysia khususnya dalam semua aspek terutamanya politik. Namun, berapa ramaikah yang sanggup menjadi PENDOKONG dan bersama dalam gerakan itu dalam bersama-sama menuju ke arah perubahan itu? Berapa ramaikah yang sanggup BERSABAR dalam perjuangan ini? Berapa ramaikah yang terus SETIA dengan perjuangan ini?
Namun, ramai juga yang cepat PUTUS ASA. Terus MENGALAH apabila perjunagan itu diuji. Tidak betah dan tidak sanggup BERTAHAN lagi dengan perjuangan yang dirasakan sangat LAMA. Semua yang diinginkan adalah perubahan yang CEPAT. Malas menunggu dan berusaha kerana lambat sangat hendak dicapai ke arah perubahan itu.
Bukanlah niat saya menulis ini adalah untuk mengkritik, tetapi tanpa disedari, itulah kelemahan yang perlu dikikis dan dijauhkan dalam sikap pemuda yang inginkan perubahan ini. Masakan sesuatu perubahan itu mampu dilakukan secara mendadak dan drastik tanpa penyusunan starategi dan usaha yang jitu daripada semua. Bahkan Rasulullah saw sendiri mengambil masa selama 23 tahun bagi memastikan DAULAH ISLAMIAH berjaya dibentuk.
Bercakap mengenai perjalanan sirah baginda Nabi saw, jika kita fikirkan, dengan kuasa Allah yang Maha Besar lagi Maha Agung, Allah sangat-sangat boleh memberikan kejayaan yang cepat, bahkan dalam masa sehari kepada baginda Nabi saw untuk terus menegakkan Islam di bumi Mekah dan Madinah, namun, ingatlah bahawa setiap yang berlaku ada aturan hikmah yang sangat cantik daripada Allah SWT.
Oleh sebab itu, Allah sedang mendidik para pemuda hari ini untuk tidak putus asa, dan tidak mengeluh akan 'kelambatan' perubahan ini. Bukan bermakna usaha sesuatu gerakan perubahan itu lembap dan tidak efisien, tetapi yakinlah inilah ujian buat para pemuda yang inginkan perubahan dan Allah sedang menilai sejauh mana kesabaran dan ke'thiqah'an dan wala' mereka pada pemimpin gerakan dan sejauh mana pemuda terus berusaha dan percaya bahawa kemenangan Islam itu pasti.
Suka untuk saya memetik bait-bait puisi yang diungkapkan salah seorang pemimpin gerakan Islam dalam memacu perubahan negara kita :
Yang menyelamatkan manusia hari ini bukan lagi bahtera Nabi Nuh,,
Tapi bahtera Al-Quran,
Kita mengajak manusia bersama dengan bahtera Al-Quran ini,
Saya minta supaya ahli-ahli kita terus bersama bahtera ini,
Bahtera perjuangan kita,
Jangan bocorkan bahtera ini,
Jangan tebuk bahtera ini,
Walaupun tidak puas dengan makanannya,
Tak puas hati dengan masanya,
Pelayaran lama sangat, nak terjun cepat....Ada yang terjun,
Pelayaran lama sangat...Lari kepada bahtera lain,
Mereka yang lari ke bahtera lain...TAK SELAMAT,
Alhamdulillah, walaupun kita mengalami gelombang yang sangat dahsyat,
Ribut taufan yang sangat kuat,
Sehingga hari ini, Allah menjadikan bahtera kita selamat.
Nota untuk pemuda : Jangan gopoh dalam menginginkan perubahan ini berjaya, tetapi wajib anda yakin bahawa setiap usaha anda dalam perubahan ini pasti akan dinilai. Yakin juga bahawa Allah bersama orang yang benar dan kemenangan Islam sesuatu yang pasti.
Teruskan berjuang dan berubah wahai pemudaku. Perubahan ini memerlukan semangat dan usahamu. Berubah untuk diubah. Wallahu a'lam....
p/s: Insya Allah, akan ada lagi artikel menarik yang akan memanaskan rentak pemuda dalm perubahan. Nantikan!!!
PEMUDA dan PERUBAHAN
Tersentap juga apabila membaca berkenaan peranan pemuda dalam
perubahan umat Islam pada dunia akhir zaman ini. Pemuda asset yang bernilai.
Sangat-sangat bernilai untuk disia-siakan. Banyak tokoh syabab pada zaman
Rasulullah yang terus menyahut seruan kepada membawa panji Islam di Tanah Arab
pada masa itu. Ayuh kita selami peranan pemuda dalam mendaulatkan Islam.
Kata-kata
Rubi'e bin 'Amir kepada Rustam, ketua angkatan bersenjata Parsi, apabila
ditanya sebab kemaraan orang-orang Islam:
Subhanallah, hebatnya penangan perubahan yang ingin dilakukan ini. Kita bagaimana??
Masyarakat adalah bukan dalam
kalangan kita dan kita dalah dalam kalangan masyarakat. Nak tak nak, kita perlu
berusaha untuk ‘masuk’ ke dalam masyarakat kerana tidak semua dalam kalangan
masyarakat faham apa yang kita faham dan tidak semua boleh menerima kaedah
penyampaian kita dalam sesuatu perkara. Kata orang tak kenal maka tak cinta,
tak cinta bagaimana mahu memupuk rasa hendak memeberi tahu supaya mencetuskan
mahu dalam kalangan masyarakat?? Ini adalah sesuatu yang pemuda perlu fikirkan
dalam menarik masyarakat kepada Islam.
Nabi saw ada bersabda tentang lima
perkara sebelum lima perkara. Antaranya ialah muda sebelum tua. Yang pastinya,
setiap masa muda para pemuda ikhwah dan akhawat akan ditanya. Apakah yang perlu
dilakukan oleh pemuda pada hari ini.
Adakah sekadar menjadi pemuda yang
biasa-biasa.
Adakah hanya berdakwah di muka buku,
menge’post’ info-info tentang dakwah. Cukupkah?
Ataupun menjadi pelajar yang
cemerlang untuk terus mendaulatkan Islam?
Atau hanya sekadar melakukan amar
makruf nahi mungkar tanpa putus asa? Dan banyak lagi…
Semua itu kita inginkan dari pemuda
pada hari ini, tetapi sudah jelaskah matlamat dakwah seorang pemuda melalui
wasilah-wasilah dakwah yang disebutkan itu. Apakah yang kita ingin bawa kepada
masyarakat nanti. Sekadar menjelaskan ini baik ini buruk? Ini haram ini halal? Begitukah??
Semua itu pun betul. Itulah yang
sepatutnya pemuda pada hari ini lakukan. Tetapi sebenarnya masih ada lagi
tanggungjawab yang lebih besar dalam kalangan pemuda hari ini. Saya sendiri
sebagai orang yang masih muda masih mengejar ke arah matlamat yang besar itu.
Dengan itu, pemuda akan lebih berperanan sebagai pembawa Islam kepada
masyarakat iaitulah matlamat DAULAH ISLAMIAH...Inilah perubahan yang sebenarnya pemuda perlu cakna.
Namun, untuk mencapai ke arah itu,
mahu tidak mahu, nak tak nak, pemuda sudah perlu bergerak dari sekarang. Jangan
menunggu daulah islamiah tertegak, baru ingin berperanan. Kerana kuasa pemuda
mampu membawa perubahan itu dengan didikan murabbi- murabbi senior. Namun,
pemuda perlu berubah terlebih dahulu untuk mengubah negara. Langkah awal perlu dirancang dan dilaksanakan.
Berubah untuk diubah…
Pemuda perlu berubah agar negara
dapat diubah.
Semuanya bermula dengan fikrah yang
luas, matlamat yang jelas…
p/s : Masih perlu membaiki diri ke
arah perubahan. Saya yakin dengan kuasa pemuda ini. Ingin menjadi pemuda yang
mengubah….Langkah pertama perubahan pemuda ini : SOLAT...
Nota lihat fikir amal : Bakal menyusul lagi maudhu' pemuda dan perubahan, insya Allah
Nantikan : "Gopoh untuk Berubah dan Berjaya"
Short post : Muqaddimah of English section.
I think that's a long time I've not written something in English, as such as speaking in English. I tried to speak in English myself a few days ago, but it's quite weird and there's a lot of mixing between English and Arabic. But I wonder something, that is Malay is my national language, by the way Arabic is Addeen Islam language and English is universal language which is using through all the world.
So, I take this opportunity from Allah The Most Gracious and The Most Merciful through this blogspot to improve my language skill which is left by me since I've graduated from my secondary school. Though it's quite difficult, I will try all my best for the sake of Islam and dakwah.
Nowadays, mesengger of dakwah or we call daie are no more effective in bringing islam to the people. Why this could happen? I think that's because the lack of softskill by them. That's right if we say each people have their softskill and ways by themselves in introducing Islam to the people, but for me, in the 'darkness' of the world today, by hook or by crook, daie have to try to conquer this universal language instead of Malay and Arabic languages.
I think that's all for my post this time...Though it's just a short post with simple words and I wonder that's a lot of grammatical error, but I hope all of you can understand me and I truly hope this muqaddimah could be continuous soon for the coming days, Insya Allah...Lets my friends...improve our language...Don't leave it alone without learning and practicing...because...Islam need it..We as daie need it...for the sake of Islam....Takbir!! Allahu Akbar....wallahu a'lam.
Bukan salah Sufiah??
Namun, adakah semua yang terjadi itu salahnya semata? Saya pernah mendengar bahawa Sufiah ini dahulu pada masa kecil pernah dikurung oleh ayahnya di dalam bilik semata-mata untuk belajar dan beliau menganggapkan hidupnya yang dikawal oleh ayahnya itu sebagai hidup di 'neraka'.
Ini hanya pendapat peribadi saya, atas kalian yang menilai sesuatu perkara. Bagi saya, kita tidak boleh menyalahkannya seratus peratus atas tindakannya yang rela 'menjual' tubuh badan demi mencari wang yang sepatutnya boleh dicari melalui cara yang lain. Namun, tanpa kita sedar, 'pemberontakannya' itu berlaku akibat didikan ayahnya yang agak menekan jiwa dan emosinya menyebabkannya berubah.
Saya pun kurang pasti bagaimanakah hidupnya sekarang? Apapun, sama-samalah kita doakan moga Sufiah diberi hidayah oleh Allah. Insan yang bijak seperti Sufiah merupakan aset yang terlalu penting dalam memperhebat dakwah Islam di atas muka bumi ini.
Oleh itu, sangat penting buat ibu bapa khususnya dan setiap insan umumnya untuk mengambil berat akan perihal didikan ini. Tidak salah kita bertegas terhadap anak-anak atau murid-murid atau sasaran dakwah kita, tetapi perlu kena cara pada keadaan inidividu tersebut. Jangan hanya cita-cita kita untuk melihat insan tersebut berjaya, kita menekannya dengan keras dan mengakibatkan hidupnya terus jauh daripada jalan yang benar.
Bahkan Allah mengingatkan kita untuk berdakwah dengan penuh berhikmah, tidak kira dakwah terhadap anak-anak, ahli keluarga, rakan-rakan atau sesipaa sahaja. Kita perlu ingat, kegagalan dakwah tidak semestinya salah sasaran dakwah itu sendiri, bahkan mungkin salah kita sendiri.
Moga sama-sama kita muhasabah diri. Jangan terus meletakkan kesalahan terhadap seseorang tanpa mengetahui punca kelakuan orang tersebut. Ayuh semua! Giatkan dakwah, mantapkan tarbiyah denagn doa dan harapan pada-Nya, kita akan berjaya, insya Allah.
Short post : Taujihat buat dai'e ilallah
ENAM PEGANGAN.....daripada Hassan Al-Banna :
1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.
2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan.
4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.
5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.
6. Belajarlah menfanakan diri untuk kepentingan cita dan agama.
p/s : Moga sama-sama terus berjuang di jalan Allah semata-mata kerana-Nya, insya Allah....misi baru muncul bagi menghadapi fatrah baru, semester dua di Universiti Mutah...mohon doa daripada semua....
Sajak Permisi Mimpi
Permisi Mimpi
Nukilan : Nurul Atikah Hj Radzi
Mahasiswi Universiti Mutah
Sahabat,
Aku tahu...
Beku salju tidakkan bisa membeku hatimu,
Gerimis sukma tidak pula menuntunmu ke lembah duka,
Putih salju...biarkan ia menormalkan hitam pekat lampaumu,
Alir gerimis mengalir menyuci dosa dan noda dahulu.
Sahabat,
Aku tahu...
Bukan mudah dikau menongkah arusmu,
Amat payah menahan yang satu tatkala dunia merebut yang seribu,
Tapi ingatlah sahabatku...janji tuhan dan rasulmu,
Tetaplah....thabatlah di jalan juangmu,
Kerna Rabbmu Maha Tahu!
Sahabat,
Ayuh berpijak di paksi realiti,
Lirihlah bahterayang umat kini nakhodai,
Sedikit sahaja yang menujah layar ke jalan Ilahi,
Selebihnya hanyut berlandas kompas duniawi,
Hancur!! Ia kian tersebati.
Sahabat,
Alam tidak pernah berdosa,
Tapi terpaksa dan dipaksa menjadi mangsa,
Menjadi saksi kebobrokan haloba manusia,
Yang mengejar dunia dan isinya yang fana.
Dunia kian parah,
Muda mudi ramai yang rebah,
Hidangan hiburan ditambah dan ditambah,
Akhirnya menjerat menanti musnah,
Terketar maya menanti murka Rabbah.
Sahabat,
Hari ini...
Kemodenan berubah menjadi fitnah,
Kepimpinan manusia berpaksi rasuah,
Barat pula menjadi penunjuk arah,
Bersekongkolkan zionis laknatullah,
Akhirnya Gaza terus terusan berdarah.
Menilik ke pentas pemudamu pula,
Ralit...mereka alpa diselubung debu noda,
Para pemerintah...pembesarmu...bangga,
Rakyat pula terhimpit bagai hidup di neraka dunia,
Akhirnya...Islam terfitnah juga.
Mengapa sahabat?
Salahkah kemodenan yang kita kecapi ini?
Fitnahkah ketamadunan yang engkau raih ini?
Mundurkah ia jika engkau adunkan bersama,
Al-Quran dan As-Sunnah baginda yang mulia?
Tepuk dada tanya imanmu!
Atas pentas dunia apa watakmu?
Adakah hanya antagonis dan protagonis palsu?
Atau engkaukah ulul albab yang diseru!!
Dikaukah??
Engkaukah ulul albab itu??
Hahahahaha.....
TIDAK!!!
Kau bukan jaylul Quran didikan baginda,
Engkau bukan generasi Salahuddin Al-ayyubi penebus Baitul Maqdis,
Bukan juga ummah teri'izzah pasca tarbiyah Muhammad Al-Fateh.
Engkau hanya ummat akhir zaman,
Jauh sekali ummat yang baginda idamkan,
Ummat yang bisa merantai perjuangan,
Hanya masih tega melompangkan saf-safmu,
Tatkala azan fajar menunggu disahutkan,
Sedang jundi al-Fatehmu dahulu,
Tengah hari Jumaat tidak terbandingkan.
Tiba sahaja kelahiran baginda,
Dikau bangga meraikannya...riuh rendah dengan pujangga cinta,
Nyah kau!! Buangkan sahaja...ia dusta semata.
Cinta baginda...engkau benar-benar turuti ajarannya,
Cinta baginda...engkau berjuang bermatian persisnya,
Cinta baginda...dunia padamu hanyalah boneka,
Kerna akhiratlah yang kekal selamanya.
Memang...Memang musuh durjana selamanya akan ketawa,
Kita pula?? Masih bangga meralit ilusi dunia,
Mengayam fantasi maya.
Ini alam,
Ini kisah,
Ini ceritera,
Ini pula dongengan,
Tetapkan tiada nilai,
Selamanya...
Sahabat,
bangunkan jiwa yang lena,
Ini bukan masa harapan,
Ini bukan masa angan-angan,
Ini kenyataan...
Kembalikan daku...Kemabalikan daku ulul albab dahulu,
Yang definisinya penggali ilmu,
Tafakkur dan tasyakkur digabung menjadi satu,
Teori dan praktikal berarena padu.
Sahabat,
Ingatkah kita di suatu ketika...
Tatkala merenung sahabat...baginda lantas bersabda,
Akhir zaman menyaksikan mereka,
Pencinta agama kan menggenggam bara,
Menggenggam menyakitkan,
Melepas menghancurkan.
Ayuh rijal dan serikandi agama,
Ayuh ulul albab semua!
Bangkit!!....Bangkit! Bangkitlah!!
Kita tinggalkan permaidani dahulu,
Ucapkan permisi pada mimpi-mimpi palsu.
Ayuh kita tambah,
Dan tambah,
Biar sejarah menjadi ibrah,
Ilmu dan amal diiring hujjah,
Hidup malammu meniti maghfirah,
Kerna nilaian di sisi Allah,
Hanyalah taqwa dan izzah imaniyyah.
Travelog : Imbauan kenangan usrahku...
Hari itu, kami berbincang. Pantai merupakan destinasi terbaru. Tempat harus berubah-ubah. Bukan ingin melancong semata-mata, tetapi membuka minda jangan terlalu jumud. Islam bukan setakat di masjid atau tempat-tempat rasmi, bahkan setiap pelusuk kehidupan dari semua aspek adalah dalam lingkungan Islam.
Justeru, halaqah usrah bersama sahabat-sahabat juga perlu diperluaskan. Bersama sahabat nuqaba' akhowat kami sepakat. Halaqah usrah akan datang kita adakan di tepi pantai. Sambil makan-makan dan mengambil udara segar melihat kebesaran Allah, kita juga dapat berilmiah berkongsi ilmu dan masalah demi kepentingan mad'uu dan Islam khasnya.
Perjalanan kami mulakan. Hari Sabtu, waktu outing pelajar-pelajar asrama. Peluang diambil sebaik mungkin agar tidak melencong ke tempat lain. Tempat yang dituju hanya satu. Pantai Teluk Lipat, Dungun. Matlamat pun hanya satu, keredhaan Allah. Walaupun dalam kesibukan menelaah pelajaran, usrah tetap dijalankan. Akademik nombor satu, namun dakwah bukan nombor dua.
Perjalanan diteruskan. Kami menunggu bas tiba, kemudian setibanya bas, kami terpaksa berhimpit-himpit. Ada dalam kalangan kami yang baru pertama kali menaiki bas untuk outing ke bandar. Tidak mengapa susah sedikit, sekejap sahaja. Jaga ikhtilat dalam bas ye! Jangan sampai berlaga sesama bukan mahram. Akhirnya setelah perjalanan selama 15 minit, kami tiba.
Oh, pantai...indahnya kamu. Subhanallah! Halaqah bermula. Majlis dibuka dan pelbagai ilmu dikongsi. Sempat kami membeli keropok, cucur, pisang goreng, air dan sebagainya di gerai tepi jalan. Bukan sekadar ilmu, pengalaman dan masalah dikongsi, namun rezeki kurniaan Ilahi berupa makanan dan minuman turut dikongsi bersama. Walaupun tidak sampai sehari halaqah kami kali itu, namun, didoakan moga ianya diberkati dan tali ukhuwwah antara kami terus bersimpul teguh.
Ah! Indahnya saat itu. Ya, aku rindukan pantai, aku rindukan kenangan itu. Bersama sahabat-sahabat seperjuangan tika di alam persekolahan. Kurindukan mereka semua. Bersama teman-teman nuqaba', sehabis daya kami cuba melatih diri membimbing adik-adik mengenal manisnya iman dan islam. Mengajar mereka indahnya ukhuwwah. Mendidik mereka erti pengorbanan, jihad dan istiqamah. Semuanya dalam satu....USRAH.
Alhamdulillah, terbangnya aku di bumi kinanah, Jordan ini, kumasih berpeluang merasai nikmat itu. Bersama ahli rumah, halaqah tazkirah tiap-tiap minggu dilaksanakan. Bersama ahli usrah baru yang dikenali sebagai Tour de Ilmi atau ringkasnya TDI aku masih merasai nikmat itu. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Walaupun halaqah di zaman muda-muda dahulu ketika masih bersekolah *perasan masih muda* sudah tiada, tetapi aku yakin, ada penerus generasi kami. Generasi yang terus dilahirkan hasil didikan para nuqaba' untuk memastikan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah terus dilaksanakan. Aku dan sahabat-sahabatku juga hasil nuqaba' yang lepas-lepas. Semoga begitulah seterusnya.
Sememangnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a yang memulakan misi dakwah sudah tiada, tetapi mereka juga penerus dakwah para anbiya terdahulu. Ulama pewaris Nabi juga ramai yang sudah tiada, tetapi akan ada penerusnya. Siapa?? Kita!!! Kita adalah para pendakwah penerus rantai-rantai perjuangan para anbiya, para sahabat, dan para ulama yang akan terus berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi ini.
Biarlah banyak mehnah yang harus ditempuh, namun, kita tetap teguh melangkah menuju satu matlamat, keredhaan Allah melalui wasilah dakwahnya, bermula daripada halaqah usrah menuju kepada kejayaan yang lebih besar, insya Allah. Allah tidak bertanya akan kejayaan dakwah, namun, tanyalah diri kita apakah usaha yang telah kita lakukan dalam menegakkan kalimah tauhid-Nya?
Hidup menang....atau....mati syahid.....Takbir!!! ALLAHU AKBAR.
Wallahu a'lam....

Tahun Baru 2012???
Salam ukhuwah buat semua yang sudi bertandang ke blog lihat, fikir, amal. Semoga dipayungi naungan rahmat-Nya selalu.
Hari ini dah masuk tahun baru 2012. Tetapi, apa yang buat saya sedih sangat, tatkala sedang mengintai facebook pagi tadi, terkejut saya apabila digemparkan dengan berita keganasan polis dan FRU di Malaysia ke atas mahasiswa yang ingin menyuarakan hak kebebasan mereka pada malam tahun baru sehingga membawa kepada kecederaan yang kritikal.
Astaghfirullah, kenapalah mahasiswa diperlakukan sebegitu rupa? Walaupun saya berada di Jordan, tetapi, melihat gambar-gambar dan membaca berita yang insya Allah benar, hati saya dipagut rasa sedih. Geram pun ada. Kecewa pun ya juga. Tapi, semangat jihad pun rasa semakin berkobar-kobar.
Inilah semangat pemuda yang inginkan kebenaran kembali dijulang dan kebatilan dihapuskan. Pemudalah aset yang bernilai dalam menjulang Islam di atas muka bumi ini. Saya sokong semangat perjuangan ini kerana inilah masanya untuk kita membawa perubahan kepada Malaysia.
Saya tidak mahu mengulas panjang akan isu ini. Apa yang saya harapkan, sama-sama kita kaji dan fikir kembali akan segala isu yang berlaku di negara kita. Adakah kita sebagai mahasiswa hanya tahu dan lihat sahaja? Kitalah yang diharapkan dapat membawa perubahan kepada negara dan mengajak masyarakat kepada jalan yang diredhai Allah.
Ayuh! Bangkitlah wahai mahasiswa. Mulakan tahun baru 2012 dengan semangat dan azam yang jitu untuk sama-sama berjihad ke jalan Allah. Perjuangan kita hanya untuk Islam. Demi Allah dan Rasul-Nya.
Takbir....Allahu Akbar3x....
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)