Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Teruskan langkah, jangan lemah!

Kadang-kadang, aku merasakan aku ni lambat daripada kawan-kawan yang lain. Orang lain dah baca buku sekian-sekian, kita baru nak bertatih nak baca. Kadang-kadang orang lain dah kupas cabang ilmu ini, ilmu itu, kita baru sahaja nak memulakan kajian. Kadang-kadang orang lain dah hadam subjek ni, kita pula baru sahaja nak mula faham.
Cemburu...Sedih pun ada. Lambat! Lembap!
Alahai manusia! Ada yang jenis aktif kehadapan, ada pula yang agak lambat. Tapi yang agak 'lambat' ini istimewa kerana dia sentiasa bercita-cita untuk menjadi persis rakannya yang pantas. Dia cuba untuk ikut jejak itu, dia hendak maju!
Jadi, hakikatnya, janganlah pernah rasa terlambat. Kata orang, lebih baik lambat daripada kita langsung tidak punya kesedaran untuk membaca buku, mengkaji perkara baru, dan membincangkan sesuatu ilmu.
Sekurang-kurangnya, terdetiknya hasrat untuk cuba mengubah prestasi diri terhadap ilmu merupakan suatu petanda positif. Percayalah! Kita boleh melangkah ke arah yang lebih baik lagi.
Jangan pernah merendah diri merasakan sudah terlambat kerana tidak semestinya kita tidak boleh mempercepat langkah. Ingatlah! Kuncinya hanya satu. Terus melangkah untuk  belajar. Barangkali suatu masa, perasaan lemah semangat dan putus asa itu tetap hadir, tetapi itu smua adalah fitrah manusia.
Sesungguhnya manusia itu diciptakan lemah!
Tetapi Allah menyebut :
لا تقنطوا من رحمة الله
"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah"
Oleh sebab itu, teruskan langkah, lawan rasa lemah itu, kerana di sebaliknya tercipta sebuah kekuatan dan kesungguhan untuk terus maju jaya!
فتستقم كما أمرت!!!

Membaca dan Berfikir


Sambil-sambil "window shopping" dinding facebook, tengok-tengok "jualan percuma" ilmu dan perkongsian bacaan rakan-rakan, saya terbaca status beberapa sahabat berkenaan membaca dan berfikir. Baca punya baca, memang terkesan dan terkena batang hidung sendiri.

Tahap membaca mahasiswa sekarang di peringkat yang mana?
Kualiti bacaan mahasiswa macam mana?
Masa lapang diiisi tak dengan membaca?

Banyak lagi persoalan-persoalan dan jentikan tulus ini memuhasabahkan diri saya. Saya sejujurnya pun belum mencapai tahap membaca yang baik. Buku penuh di rak dan atas meja, tapi bacanya kurang. Bahan bacaan ilmiah di laman-laman web dan isu-isu semasa di laman berita pun kurang dijenguk. Alahai!!

Semua orang tahu kepentingan membaca. Tidak dinafikan. Tetapi tahukah membaca sangat berkait rapat dengan budaya berfikir. Fikir, fikir, fikir. Banyak cetusan sang pemikir akan pemikiran dan ideanya. Digarap dan diolah daripada proses membaca menghasilkan satu pandangan dan kefahaman yang jelas.

Teringat kata-kata seorang ustaz, orang yang TAHU ini hanya menyalin dan memuntahkan kembali apa yang dibaca, dilihat dan didengarinya. Tetapi orang yang FAHAM ini, daripada pembacaannya, dia boleh mengolah kembali isi dan kandungannya atas apa yang dia rasa, yang dia fikir, bukan semata-mata berdasarkan pandangan penulis sebenar.

Kalam Allah banyak menyebut tentang berfikir. "Afala tatafakkaruun". Dalam fikir ini banyak lebihnya namun perlu ada batasnya. Allah mengurniakan akal untuk berfikir tetapi jangan sampai berfikir itu melebihi sunnatullah. Berfikirlah atas kuasa iman dan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah sehebat pemikir salafussoleh dahulu kala.

Saya yang masih terlalu sedikit membaca dan berfikir tergerak untuk menulis cebisan tulisan ini sebagai dorongan untuk diri saya di samping mengajak teman-teman untuk sama-sama membudayakan amalan membaca dan berfikir. Susah!!! Ya...memang susah pada permulaannya tetapi andai dibiasakan menjadi amalan, in sha Allah akan dimudahkan Tuhan, ameen.

Jom sama-sama ke arah generasi ulul albab, membaca dan berfikir.
Moga Allah redha :)

Pengulangan menguatkan ingatan


Alhamdulillah, tetiba keseronokan dan kebahagiaan hadir dalam jiwa ini. Semasa kelas subjek Usul Fiqh 1 semalam, saya tersedar bahawa pensyarah saya yang comel tetapi sangat hebat iaitu Dr.Faris Mar'i telah mengulang subtopik mahkum fih dan mahkum alaihi buat kali yang ketiga. Walaupun masih tidak faham dan ingat secara keseluruhan, tetapi gambaran tajuk itu sangat jelas. Mana tidaknya, tiga kali Dr.Faris mengajar saya tajuk itu, tiga kali saya mencatat perkara yang sama, tiga kali mendengar perkara yang sama. Hasilnya, kefahaman dan ingatan lebih mantap.

Pernah atau tidak anda mendengar sesuatu lagu? Saya pasti semua dari kalangan kita pernah kan?Dan apabila kita meminati sesuatu lagu, kita akan terus dengar dan dengar dan dengar lagu itu. Tanpa sedar, kita tidak perlu bersusah payah menghafal liriknya, bahkan secara automatik, fasih sahaja lidah kita mengalunkan lirik lagu itu dengan sebutan yang tepat. Kerana apa? Pengulangan mendengar dan menyanyi lagu itu.

Itu hanya teori yang tiba-tiba datang ilhamnya dari Allah untuk saya nukilkan di sini. Alhamdulillah. Sejak itu, saya berpegang kepada sesuatu pengulangan mampu menjana hafalan yang kuat walaupun sebelum ini kita sudah maklum ramai pakar motivasi mengatakan tentang hal ini.

Jadi tidakkah teori ini boleh dipraktikkan dalam menghafal Al-Quran atau subjek pelajaran kita? Kenapa tidak seeskali kita mengamalkan memasang audio bacaan Al-Quran di bilik kita atau di mana-mana sahaja seperti mana kita selalu mendengar lagu sehingga terhasilnya memori yang kuat pada ayat-ayat kalamullah sebagaimana ingatan kita pada lirik lagu tadi?

Bahkan, Dr.Faris pun selalu berpesan kepada kami pelajarnya untuk membaca dahulu sesuatu subtopik sebelum waktu kuliah dan selepasnya iaitu ulangkaji kembali subtopik yang telah diajar dalam hari itu juga. Itulah antara rahsia kejayaan Dr.Faris yang merupakan seorang pelajar yang sangat cemerlang semasa zaman pelajarnya.

Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dalam menguatkan hafalan dan saya yakin segala ingatan dan kefahaman itu tidak datang melainkan daripada Allah SWT. Oleh sebab itu jangan jemu berdoa pada-Nya moga terus dikurniakan kefahaman yang tinggi dan ingatan yang kuat dalam mempelajari sesuatu ilmu yang bermanfaat dan moga jua difasihkn lidah dan ditajamkan ingatan dalam membaca, mentadabbur, dan menghafal kalam suci Allah, Al-Quran al-Kareem.

Alhamdulillah atas segala nikmat ini. Lantas langkah usaha ke arah ini adalah dengan memupuk dan mencipta kerajinan dalam diri untuk sentiasa melazimi bacaan Al-Quran, mengulangkaji pelajaran, dan mengulang balik kalimah-kalimah toyyibah supaya ingatan lebih kuat. Percayalah! Pengulangan menguatkan ingatan. 

Ayuh! Lihat, fikir, amal.....Wallahu a'lam.

Saya kagum dengan "Thailandian"

Salam mahabbah buat semua. Saya doakan anda semua dalam rahmat Ilahi sentiasa.

Hari itu, semasa kuliah Ulum al-Quran, pensyarah sedang syok mengajar, tiba-tiba datang tiga orang pelajar lelaki dari Thailand yang terlewat masuk ke kelas, bukan 10 minit terlewat tetapi lebih 15 minit mereka terlewat masuk ke kuliah.

Tetapi, Alhamdulillah, pensyarah yang mengajar Ulum al-Quran saya itu orangnya agak baik dan susah hendak marah. Subhanallah. Malah beliau turut meraikan pelajar bukan arab, jadi beliau membenarkan mereka menghadiri kuliah walaupun sudah terlalu lewat. Kemudian, ketiga-tiga pelajar Thailand masuk juga ke kelas pada hari itu dengan kedengaran hilaian ketawa daripada rakan-rakan yang lain.

Apa yang membuatkan saya kagum ialah walaupun pelajar Thailand itu sangat lewat, tetapi mereka tetap menghadirkan diri ke kelas. Walaupun mereka datang dan pensyarah tetap menanda bahawa mereka tidak hadir pada buku kedatangan pelajar, mereka tetap datang semata-mata tidak mahu tertinggal ilmu yang diajar.

Cuba bayangkan, jika anda menghadapi satu situasi dimana anda sudah kelewatan untuk menghadiri kuliah, adakah anda tetap bertekad untuk ke kuliah? Cuba bayangkan apabila anda sampai ke kelas, semua mata memandang anda. Mata pensyarah pula lagi membulat kerana anda sudah tersangat lewat. Bagaimana? Anda tetap hendak pergi walaupun sudah lewat?

Jika saya berada dalam situasi itu, saya pun tidak pasti mahu ke kelas atau tidak. MALU!! Siapa tidak malu apabila diketawakan oleh pelajar lain dan menjadi perhatian ramai. Apatah lagi, kalau kena pada pensyarah yang garang dan pantang apabila pelajarnya masuk lewat ke kelas. Kalau pensyarah baik tak pe lagi!

Dahulu, seorang senior saya pernah memberi nasihat kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk membetulkan niat. Beliau berkata, cabaran niat datang ke kuliah ada dua. Pertama, datang kuliah menuntut ilmu kerana pensyarah mengambil kedatangan, jikalau lebih ketidakhadiran, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. Kedua, datang ke kuliah menuntut ilmu kerana peperiksaan.

Tetapi, beliau berkata bahawa kesemua niat itu tidak salah, kerana itu niat yang kecil. Tetapi niat yang kecil itu mestilah bercabang daripada niat yang besar, tidak lain tidak bukan niat MENUNTUT ILMU SEMATA-MATA KERANA ALLAH.

Saya juga pernah bertanya seorang penceramah dalam satu program ceramah berkenaan dengan niat belajar untuk mendapatkan wang daripada dermasiswa ataupun biasiswa. Penceramah itu turut menjelaskan bahawa niat itu tidak salah kerana semua itu adalah keperluan dan kepentingan untuk mencapai niat yang besar iaitu BELAJAR KERANA ALLAH.

Apabila kita niat belajar kerana 'takut' akan buku kedatangan pelajar, kita akan datang ke kelas kerana itu tandanya kita cinta ilmu dan ilmu itu milik ALLAH. Jika kita niat belajar untuk peperiksaan, kita akan buat yang terbaik dan apabila kita berjaya, kejayaan kita itu untuk Islam dan ummah dalam mempertahankan agama ALLAH. Jika kita niat belajar untuk biasiswa, kita akan belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan wang, semoga dengan wang itu, mudah untuk kita terus berjihad di medan ilmu kerana ALLAH.

Saya berharap agar anda mengambil apa yang baik daripada kisah yang saya bawakan ini. Sikap mencintai ilmu sangat dituntut tetapi amalan menepati masa juga ditekankan dalam Islam. Jadi, tepatilah masa anda kerana masa sangat berharga. Datang awal ke kelas lebih baik. Semoga kita menjadi pencinta ilmu yang senantiasa mengutamakan waktu, insya Allah.

Apapun, sama-samalah kita muhasabah diri. Betulkan niat dalam apa jua yang kita lakukan semata-mata kerana Allah. Ingat bahawa Allah menilai setiap apa yang kita lakukan kerana-Nya walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Semoga terus beramal. Wallahu a'lam.


Tips Study...mana tahu di situ ada berkat!!

Salam buat semua pengunjung setia dan followers blog lihat,fikir,amal. Ampun maaf diminta kerana tidak mampu istiqamah untuk terus menulis. Exam!! Sebenarnya bukanlah penghalang. Jangan ikut sikap saya ye! Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. So, kali ini saya cuma copy paste daripada orang sahaja. Idea dalam fikiran sendiri terlalu banyak dianugerahi-Nya tetapi masih belum berupaya mengolahnya. Masih mencari masa sesuai. Maaf sangat-sangat.

Apapun, bersempena examination fever bagi penuntut ilmu di bumi Jordan dan buat sesiapa sahaja, moga intipati tips study yang saya ambil daripada insan lain ini bermanfaat buat anda semua. Moga Allah merahmati insan yang mencurahkan ilmu ini kepada saya, melalui sumber asal dan 'rantai-rantai' yang menyampaikannya kepada saya. Moga Allah redha kalian.




TIPS STUDY
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ni kerana Allah. Tiap kali nak keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa stress kalau kelas start seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul 5. Tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tak la rasa tension sangat kalau kelas tu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri, tiap kali nak study, mesti baca 1 m/s Al Quran sebelum start study tu. Jadi, confirm kita tak tinggalkan Al Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu KISAH YANG SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tak hancur, walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik sebab budak tu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah 'amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tak tahu apa yang special anak saya buat, cuma saya tahu dia ni sangat menjaga Al Quran. Tiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca 1 m/s al quran, memang tak pernah tinggal. Jadi, budak kecik ni pun boleh baca 1 m/s tiap kali sebelum belajar, kita yang besar berjela ni tak kan tak mampu kot. Orang yang hebat takkan bagi alasan, tapi dia sentiasa cari jalan.

3) Bila kita rasa stress sebab berkali-kali dah baca topik tu, tapi tetap tak faham, dan akhirnya, kita rasa fed up dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ni sangat susah dan tak best. Last2, kita tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya kelam kabut waktu nak exam. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada salafus soleh terdahulu. Bila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhu' dan solat sunat 2 rakaat. Kalau macam kita ni yang malas-malas ayam, perbaharui wudhu' pun dah dikira ok. Kembalikan caj2 positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita untuk menuntut ilmu ni, tugas yang sangat mulia.

4) Part paling penting! Bila tengah syok study, tiba2 azan. Berhentilah sekejap untuk menyahut seruan Allah. Tak lama pun solat ni. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya. Jadi, tiap kali rasa berat punggung nak berhenti study untuk solat, ingat balik, kalau aku nak dijemput oleh Allah di yaumul hisab nanti, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita tahu kan, kita lagi rasa mudah bila belajar selepas selesai solat tu. Inilah namanya berkat. Bila kita utamakan Allah daripada benda lain.

5) Last but not least, jangan lupa baca doa dan ambillah wudhu' sebelum mula belajar. Doa mohon Allah bagi kekuatan dalam menuntut ilmu. Dan bila kita ada wudhu' ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah 1 ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dan lagi mudah untuk kita terus solat kalau tengah belajar, tiba2 azan. Kita tak tahu kan dengan wudhu' tu, kita belajar lebih berkat..


  Jadi, selamat beramal. Cubalah praktis tips study ni, matlamat kita bukan lah cemerlang dalam study semata, tapi kita juga nak keberkatan daripada Allah. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu)

Jadilah seperti Rasulullah dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan baca Al Quran.Buat pemburu dunia, jangan pula kita bagi alasan, mereka tak sama macam kita, iman mereka mantap kerana Rasulullah ada di sisi. Kita tak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas. 

Jgn smpai kita berada di skala ke 2 ni..

Boleh rujuk link insan ini....Wallahu a'lam

Ilmu diuji ketika peperiksaan sahaja???


Salam mujahadah buat semua. Semoga dalam inayah-Nya sentiasa. Sekarang ni sudah masuk fasa exam kedua dan tidak lama selepas itu menyusul pula final exam di universiti saya. Ya Allah, terasa sekejap sahaja masa berlalu. Sedar tak sedar sudah dua bulan lebih pengembaraaan musafir ilmu saya di bumi Jordan in.

Kita study bagai nak rak apabila exam menjelang tiba. Study betul-betul, hafal itu, hafal ini, solat sunat itu, solat sunat ini dan macam-macam lagi. Tetapi kekadang saya terfikir, adakah ilmu yang kita pelajari selama ini, khususnya ilmu di kuliah atau kelas-kelas rasmi diuji tatkala peperiksaan sahaja?

Tidak! Itu jawapan muktamad saya. Bagi saya ilmu bukan sahaja diuji di atas kertas soalan atau ujian lisan daripada pemeriksa tetapi boleh jadi ilmu itu bakal diuji pada bila-bila masa sahaja, mungkin ketika kita berada dalam masyarakat nanti setelah tamat belajar atau semasa kita masih menuntut ilmu, masyarakat mendekati kita dan bertanya tentang ilmu yang dipelajari.

Oleh kerana itulah, saya sentiasa mengingatkan diri saya yang lemah dan selalu alpa ini untuk mengulang kaji pelajaran pada setiap hari sekurang-kurangnya hatta waktu cuti dan bukan musim exam. Kenapa? Untuk memastikan ilmu yang dipelajari tidak lupa dan tatkala ada seorang daripada kita bertanya tentang sesuatu perkara, kita mampu menjawab dan merungkaikan persoalan itu dengan baik, Insya Allah.

Cuba anda bayangkan, jika anda hanya study semasa musim peperiksaan, apabila seseorang bertanya tentang ilmu yang anda pelajari, pasti anda boleh menjawabnya kerana ilmu itu masih 'fresh' dalam ingatan anda. Tetapi, andaikata anda tidak mengulang kaji apa yang anda pelajari, kemudian, seseorang bertanya, tetapi anda lupa akan ilmu itu, apakah yang perlu anda lakukan??

Adakah dengan menjawab, "Maaflah, saya tak ingat lah...nanti saya study dahulu, selepas tu, saya beritahu awak ye". Adakah ini jawapan orang yang dalam bab exam, result 'berapi', tetapi untuk menjawab dan membincangkan sesuatu ilmu apabila berhadapan dengan masyarakat, 'api' tadi seolah-olah sudah tidak marak dan hampir-hampir terpadam. Maknanya, dia tidak mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam masa-masa selain masa exam.

Jadi, saya ingin menasihati dan mengingati diri  anda dan saya khasnya bahawa ilmu itu tidak diuji dalam peperiksaan semata-mata, tetapi boleh jadi Allah ingin menguji ilmu itu bila-bila masa sahaja seperti menghadirkan seseorang yang bertanyakan ilmu tersebut atau dengan bermacam-macam cara lagi.

Buatlah persediaan untuk 'ujian' itu sepanjang masa, bukan dalam waktu exam sahaja. Ketahuilah bahawa ilmu itu milik Allah dan tugas kita sebagai penuntut ilmu adalah menyampaikan ilmu Allah itu kepada orang lain, agar kita sama-sama belajar dan mengambil manfaat daripada ilmu itu, seterusnya mengamalkannya.

Sama-sama muhasabah diri. Saya turut mengkoreksi diri saya. Moga sama-sama beramal, insya Allah.
Wallahu a'lam....

Usaha Mesti Sehabis Daya

Salam mujahadah buat semua. Semoga iman anda dalam keadaan 'sihat' selalu. Hari ini saya baru sahaja selesai imtihan awal subjek ikhtiari (subjek pilihan) iaitu Mabadi' Tarbiyah Arriyadhiyah. Subjek ini berkenaan sukan. Sukan Olimpik, sukan zaman dahulu di India, Cina, sifat-sifat atlet dan banyak lagi berkenaan sukan.

Alhamdulillah, soalan yang diberi dapat dijawab semuanya dengan baik tetapi sejauh mana kesahihan jawapan, saya berserah sepenuhnya kepada Allah. Saya hanya mampu berusaha dan menjawab yang terbaik dalam peperiksaan, tetapi, yang memberikan natijahnya, sama ada cemerlang atau kurang cemerlang tidak lain dan tidak bukan hanyalah Allah SWT.

Tetapi, tiba-tiba sahaja saya kembali berfikir, "Benarkah aku sudah buat yang terbaik dalam ujian tadi? Kenapa aku hanya membaca satu nota sahaja sedangkan soalan yang keluar tadi terdapat dalam nota yang lain?"

Terasa menyesal pula kerana saya hanya bergantung dengan satu nota sahaja, akibatnya ada soalan yang saya jawab mengikut kefahaman yang sedia ada sahaja(saya redah je jawab ikut logik). Kalaulah saya study juga nota yang satu lagi. Astaghfirullah, tak baik sebut kalau, kalau ni.

Adakah ini yang dikatakan usaha sehabis daya? Bagi saya usaha saya kali ini untuk peperiksaan hari ini masih lagi  bukan usaha yang sehabis daya kerana saya kembali berfikir, usaha yang sehabis daya ialah apabila kita tidak mampu hendak menyangkal lagi usaha kita. Maknanya, semuanya kita sudah laksanakan, tinggal lagi bertawakkal kepada Allah atas usaha yang telah dibuat.

Saya bagi contoh, saya akan menduduki satu peperiksaan, jadi saya mengulangkaji semua nota yang saya ada. Nota daripada kawan-kawan mahupun nota rujukan saya sendiri. Apabila masa peperiksaan hampir tiba, saya bertanyakan diri saya sendiri, "Apa lagi yang perlu aku ulang kaji ni? Nota semuanya sudah baca, faham dan hafal, solat hajat tak tinggal, doa selalu buat, apa yang tak faham dah tanya pada orang lain, tinggal lagi buat yang terbaik dalam exam dan tawakkal." Semuanya sudah dibuat, sehinggakan apabila checklist kembali, dah tak tahu nak buat apa lagi dah.

Tapi, benda yang dah jadi hari ini, tak usah nak dikesalkan.(saya cuba pujuk hati saya) Apa yang terjadi, baik dan buruk semuanya dalam percaturan Allah, tetapi tidak semestinya apa yang buruk itu tidak mampu menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. Selagi keputusan sesuatu usaha itu belum diperoleh, masih ada lagi usaha yang perlu terus, terus, dan terus dilaksanakan iaitu DOA dan TAWAKAL.

Hanya pada-Nya sahaja saya berserah. Semoga Allah memberikan saya dan anda semua kejayaan yang cemerlang yang diberkati dan diredhai dalam apa jua yang kita laksanakan. Semoga perkongsian saya kali ini dapat menjadi muhasabah dan pedoman buat anda semua. Saya mohon maaf atas segala kekhilafan.
Wallahu a'lam.

Baca Kitab Arab

Apabila belajar di negara arab, pasti selalu bercakap arab dan baca pun kitab arab.
Aduhai, kitab arab....
Macam susah je kan.
Tapi, mula-mula memang susah tapi lama-lama mudah la kan.

Allah ada berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan"
"Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan"




Pesan Kak Siti Fatimah Mohd : 'Mula-mula bacalah kitab yang nipis seperti buku cerita, cepat habis, tak bosan sangat. Kemudian, biasakan baca kitab tebal. Kalau tak faham, cari maksud dalam kamus.'
Alah bisa tegal biasa.
Kalau nak senang, mesti kena rasa susah dulu.
Siapa yang berusaha pasti akan berjaya.

Yehhhh...Fatimah boleh.
Macam mana boleh yakin sangat ni??
Sebab.....
Allah ada bersama.
Insya Allah boleh!!!

Jordan vs Mesir

Salam mahabbah buat semua. Semoga dinaungi rahmat dan hidayah-Nya selalu. Hmm..Jordan vs Mesir? Sering kali diperkatakan dan dipersoalkan isu belajar di Mesir dan Jordan. Mungkin kerana kebanyakan pelajar Malaysia kini ramai yang tertumpu untuk ke negara-negara ini khususnya untuk bidang pengajian Islam.

Apa bezanya belajar di Jordan dan Mesir? Saya acap kali juga diberitahu tentang hal ini. Kata mereka, belajar di Jordan lebih bagus daripada Mesir kerana sistemnya yang sistematik dan teratur. Di Jordan, kehadiran ke setiap kuliah diwajibkan manakala di Mesir kehadiran wajib ketika hendak menduduki peperiksaan. Salah satu sebab tidak diwajibkan di Mesir adalah kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai dari seluruh pelusuk dunia. Lalu, ada pelajar di Mesir tidak hadir ke kuliah melainkan hari peperiksaan sahaja.

Saya mendapat maklumat lagi bahawa jika di Jordan penyertaan di dalam kelas pula dikira sebagai markah dan bahasa yang digunakan di dalam kuliah kebiasaannya bahasa fusha(bahasa baku) berbanding di Mesir yang tidak dikira markah penyertaan dalam kuliah dan kebayakannya menggunakan bahasa ammi(bahasa pasar).

Info inilah yang saya peroleh dalam misi saya menuju permusafiran ilmu di bumi Jordan. Kelihatan seolah-olah kelebihan dari segi sistem pelajaran berpihak kepada tempat saya bakal belajar. Namun, itu cuma kata-kata orang. Kebenarannya masih belum kelihatan di hadapan mata saya.

Saya menulis hal ini bukanlah ingin menunjukkan Jordan adalah tempat terbaik untuk menyambung pelajaran dalam bidang agama khususnya, mahupun bidang-bidang lain. Mentang-mentanglah, saya bakal ke sana. Tidak sama sekali jika anda merasakan saya sedemikian rupa.

Ya! dari segi sistem pembelajaran dan pengajaran mungkin lebih kepada Jordan. Namun, saya ingin menegaskan pendapat saya bahawa belajar di mana-mana pun sama sahaja. Baik di Jordan mahupun Mesir, Malaysia, Syria, Australia, Jepun dan mana-mana pun di bumi Allah ini. Cumanya terletak kepada kita bagaimana kita ingin mencorakkan suasana pembelajaran di sana supaya kita berupaya mencapai kecemerlangan yang Allah redhai.

Setiap yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk hamba-Nya yang beriman. Itu pasti kerana Allah Maha Penyayang. Namun, Allah juga Maha Adil. Siapa yang bertaqwa, berusaha lebih, menjaga akhlak..insya Allah kejayaan miliknya biarpun di mana-mana tempat pun dia menuntut ilmu. Sekalipun saya belajar di Jordan, tapi saya tidak berusaha ke arah kejayaan, malas bergaul dengan masyarakat setempat, tidak menghormati pensyarah dan syeikh-syeikh, agak-agak anda adakah saya boleh berjaya?

Kejayaan dan kegagalan adalah datang daripada Allah. Allah dah berfirman dalam kalam-Nya, "Apabila kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah" Kejayaan bukannya ditentukan di mana tempat dia belajar tetapi Allah yang menentukan seiiring dengan doa, usaha, istiqamah, keyakinan dan tawakkal pada-Nya.

Baru-baru ini, kakak ipar saya yang mengambil jurusan pengajian Islam di Mesir, Alhamdulillah memperoleh Jayyid Jiddan (kelas kedua) dalam peperiksaannya. Hanya beliau dan seorang pelajar dari Palestin sahaja yang mendapat keputusan Jayyid Jiddan masa itu. Beliau sungguh mengagumkan saya. Bahkan ramai lagi pelajar-pelajar Malaysia yang belajar Mesir berjaya dengan cemerlang. Sejak itu, pandangan serong terhadap pelajar-pelajar yang belajar di Mesir saya buang jauh-jauh.

Abang saya sempat berseloroh dengan saya,
"Tengok kak long,(kakak ipar yang dimaksudkan) sibuk nak menguruskan rumah tangga lagi, nak belajar lagi tapi mampu mendapat keputusan cemerlang."

Semuanya dengan izin-Nya kan? Lantas abang saya turut mencabar saya yang masih bujang untuk mendapat keputusan yang lebih baik daripada kakak ipar saya. Mampukah saya?(berfikir sejenak) Tiada yang mustahil di dunia ini jika kita yakin dan bertaqwa kepada Allah. Bukan tempat yang menjanjikan kejayaan kerana pada hakikatnya kita semua masih di bumi Allah.

Cabaran itu akan saya sahut dengan azam dan tekad. Insya Allah berkat doa semua yang saya kasihi kerana-Nya, saya pasti berjaya. Kelebihan di bumi Urdun akan saya gunakan sebaik-baiknnya. Roh perjuangan para syuhada' di sana menjadi pembakar semangat. Moga saya dan sahabat seperjuangan dimudahkan urusan oleh Allah dalam kembara kami mencari bukan segunung ilmu, tapi selautan ilmu Allah yang tidak pernah terhitung banyaknya...insya Allah.
Wallahu a'lam...

Kakiku bakal menjejak ke tanah Jordan

Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati alam ciptaan Allah ini. Sedar tak sedar saya dan sahabat seperjuangan bakal ke bumi anbiya', Dataran Syam yang penuh berkah yakni di Jordan. Segala persiapan barangan sudah dibuat,namun, rasanya masih belum cukup persiapan mental dan fizikal apatah lagi hati. Moga dithabatkan hati dan dibetulkan niat untuk ke sana...insya Allah!

Untuk apa aku ke sana? Kenapa nak kena ke luar negara? Mampu ke aku hadapi kehidupan di sana nanti? Seribu macam persoalan lagi yang timbul di benak fikiranku. Namun, sermuanya bakal terjawab apabila saya benar-benar menjejakkan kaki di sana. Perasaanku? Entahlah, sedih belum terasa. Gembira pun ada hendak ke sana. Debaran semakin menjela-jela. Semuanya tidak dapat diungkap dengan mata pena mahupun kata-kata.


Buku ini sudah saya baca. Buku yang menjadi pilihan pelajar-pelajar ke Jordan khususnya Mu'tah kerana Ustaz Hasrizal juga bekas pelajar Universiti Mu'tah. Apabila mentelaah setiap kandungan buku, gambaran keadaan di sana terbayang di ruang mata. Nasihat dan segala coretannya dalam buku ini sungguh menyentap naluri saya. Hasil pembacaan tulisan-tulisan pelajar-pelajar yang telah ke Jordan juga banyak menyedarkan saya untuk terus tetapkan hati belajar dan berjuang kerana Allah.

Syukran sangat-sangat kerana saya tidak putus-putus mendapat sokongan daripada ibu ayah, keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan semua yang saya kenali. Alhamdulillah juga kerana Allah telah mengizinkan saya untuk berjumpa dengan mereka sebelum berangkat ke sana. Bermacam-macam nasihat dilontarkan kepada saya.

"Kutiplah sebanyak mungkin ilmu"
"Jangan asyik sibuk fikir nak kahwin"
"Pandai-pandai jaga diri di sana nanti" 
"Duduk di sana, jangan penting diri sendiri...pentingkan rakan-rakan, nanti keluarga tak ada, rakan-rakanlah yang susah senang bersama"
"Jaga disiplin dan pergaulan...bila di sana macam-macam boleh berlaku, harap-harap kamu tidak berubah"
"Belajar daripada pengalaman dan kitab, jangan sampai tiada beza dengan belajar di Malaysia"
"Kuasai bahasa arab, baru seronok belajar"
"Kena banyak bergaul dengan orang arab, jangan duduk dekat orang kita aje"
"Baca je kitab arab walaupun tak faham"

Banyak lagi nasihat yang diberikan kepada saya. Syukur sangat-sangat atas semuanya. Saya berharap dapat menyesuaikan diri di sana dengan baik di sana nanti. Apapun, saya perlu menerima hakikat bahawa walau di mana pun saya berada, kita tidak boleh bergantung kepada manusia melainkan Allah semata-mata. Hanya Dia yang Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Di kesempatan ini, saya berharap semua pengunjung dan follower blog 'lihat fikir amal' dapat terus menyokong dan mendoakan saya. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian. Segala yang silap dan khilaf dalam laman ini mohon diperbetulkan dan saya sedia menerima tunjuk ajar daripada kalian yang lebih berilmu dan beramal.

Saya masih lagi dalam proses mempersiapkan diri untuk ke sana. Saya tahu ini merupakan permulaan baru dalam hidup saya bagi melalui permusafiran ilmu di rantau orang. Apa pun, rasa teruja tetap ada lebih-lebih lagi rasa tidak sabar untuk menziarahi makam para sahabat yang syahid di sana seperti Zaid bin Harithah, Abdullah bin Rawahah, Jafar bin abi Talib dan ramai lagi para syuhada yang menghiasai semangat para pejuang ilmu di bumi Urdun.

Namun, bukan ziarah sahaja yang dicari dalam rehlatul ilmi ini, namun semangat perjuangan mereka yang perlu dicontohi dan dimiliki oleh setiap pejuang ilmu. Tatkala menyedari bahawa saya ke sana hasil tajaan dermasiswa zakat, sekarang terangkat di bahu saya dan rakan-rakan satu amanah dan tanggungjawab untuk membawa segulung ijazah apabila pulang nanti. Bukan ijazah jua yang diharapkan namun ilmu dan amal yang wajib dikongsi kepada masyarakat di tanah air agar sama-sama menuju mardhatillah dan jannah-Nya, insya Allah.

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga"
(At-Taubah : 122)


wallahu a'lam....

Kerdilnya Diriku

Alhamdulillah, setakat ini kursus pengukuhan bahasa arab aku dan sahabat-sahabat di Unisza masih berjalan baik.
Semua madah yang diambil di sana yakni nahu, imla', akhbar, istilah bahasa arab, hiwar, mutola'ah, dan bahasa ammi sangat menyeronokkan.
Cuma apabila berada di sana terasa kekerdilan diri kerana terlalu ramai insan yang hebat-hebat.
Harap-harap aku boleh jadi hebat seperti mereka.
Kadang-kadang rasa malu pun ada semasa nak bertanya sesuatu yang tidak difahami.
Mana tidaknya, apa yang ditanya seolah-olah sesuatu yang tidak patut ditanya, remeh sangat.
Tapi kalau tak bertanya nanti sesat jalan.
Tak apalah, nak jadi hebat kena mulakan dengan jadi biasa-biasa dulu.
Yang penting berusaha, berusaha dan terus berusaha....
-Man jadda wajada, wa man zaroa' hasoda-

Persiapan Untuk SPM

Alhamdulillah keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia aku yang lalu dah pun diumumkan dan kini tiba masa untuk adik-adik  junior meneruskan peperangan SPM.
Semasa SPM dulu, apa yang paling penting bagi aku ialah ketenangan.
Walaupun kita dah study bagai nak rak tapi semasa menjawab soalan sentiasa gelabah dan nervous pun tidak membantu.
Bagi aku, ketenangan dan kemudahan itu hanya datang daripada Allah, justeru itu sebagai hamba yang lemah perlu meminta kepada Allah.
Apa yang aku selalu amalkan sebelum menduduki ujian ialah aku akan berselawat sebanyak-banyaknya dan membaca Surah Al-Insyirah berulang-ulang kali.
Insya Allah, dengan rahmat dan izin-Nya, Allah pasti akan memberikan ketenangan dan kelancaran ketika menjawab soalan.


Namun, tanpa kita sedari, ada satu lagi SPM yang kita semua sedang hadapi iaitu "'Sijil Padang Mahsyar'.
Sebenarnya ujian untuk SPM ini dinilai ketika manusia berada di dunia dan keputusannya akan diperolehi di akhirat nanti.
Sama ada keputusan sijil padang mahsyar kita membawa kita ke syurga atau neraka, ianya ditentukan oleh kita sendiri.
Hidup di dunia ini merupakan ujian dan kita perlulah bijak menghadapi segala mehnah dunia ini.
Aku yakin, Insya Allah ujian dunia ini akan mudah dihadapi sekiranya kita mengamalkan petua dan tips-tips ketika menghadapi SPM (Sijil pelajaran Malaysia)
Tidak kiralah ketika menghadapi masalah kewangan, kesesakan jalan raya, kematian orang tersayang, kemelut rumah tangga, cabaran study atau apa-apa sahaja ujian Allah kepada hamba-Nya di dunia ini, Insya Allah dapat kita hadapi dengan banyakkan berselawat, berdoa dan memohon kemudahan, ketenangan, dan bantuan serta rahmat daripada Allah Taala.


Semoga kita sama-sama dapat membuat persiapan bagi menghadapi ujian dunia ini supaya berjaya dalam SPM di akhirat nanti.
Sesungguhnya pengorbanan amatlah diperlukan kerana bayarannya amatlah mahal di akhirat sana iaitu syurga yang kekal abadi.
Selamat berjuang sahabat-sahabatku ^__^ Moga sama-sama success di dunia dan akhirat.
Wallahu A'lam...

A Story To Share

Satu hari, ana mendengar satu kisah benar daripada seorang pegawai JPNT.
Ceritanya bermula begini....
Ada seorang budak yang akan menduduki SPM tapi dia ni malas sikit nak study.
Satu hari tu lebih kurang empat bulan lagi SPM bakal menjelang, dia tiba-tiba berfikir tentang masa depannya...
"Ya Allah dah tinggal 4 bulan lagi ni..tapi aku tak ready lagi"
Dia pun sedar dan insaf lalu bertahajud kepada Allah.
Mulai saat itu, memang dia sentiasa amalkan qiyamullail...tahajud memang tak tinggal la.
Dia pun start study sungguh-sungguh...
Bulan pertama....satu keajaiban berlaku : Apa sahaja yang dia baca mudah sangat diingati.
Bulan kedua....lagi satu keajaiban berlaku : Dia mudah menjawab semua soalan latihan.
Bulan ketiga....lagi keajaiban muncul : Dia terpanggil untuk mengulang kaji tajuk-tajuk tertentu.
Bulan keempat...Dekat-dekat nak periksa, dia terpanggil untuk ulang kaji bab-bab tertentu.
Lastly, saat tibanya hari peperiksaan, dia dapat jawab semua soalan dengan baik.



A lesson from this real story.... rajin-rajinlah mengamalkan qiyamullail especially tahajud kerana pertolongan Allah itu terdapat pada qiyamullail.
Insya Allah, kejayaan di dunia dan di akhirat bakal kita miliki.
Ingatlah segala kebaikan yang datang termasuklah kejayaan kita hanyalah milik Allah

"Dan pada sebahagian malam lakukanlah tahajud sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji"
(Al-Isra' : 79)

Wallahu A'lam...

Satu saat dapat mengubah dunia

Adakah anda percaya bahawa satu saat dapat mengubah dunia.
Saya percaya dan sangat yakin bahawa masa itu sangat berharga.
Ah, kalau nak dibahaskan tentang masa memang takkan habis.
Namun, sejauh mana kita pada hari ini menilai erti masa yang sebenar.
Pada hari ini kita lihat di sukan-sukan kejohanan dunia banyak rekod dunia yang telah berjaya dipecahkan oleh para atlit.
Buktinya, dalam sukan olahraga seperti lumba lari, rekod dunia bukannya dipecahkan dengan beza satu minit, malah hanya dengan satu saat....satu saat sahaja....satu saat.
Sebab itu ada kata-kata hukama' yang mengatakan "Kecuaian sesaat membawa penyesalan beribu tahun"

Jadi tunggu apa lagi...ayuh belajar menghargai masa.
Bahkan Allah ada menyebut bahawa ajal manusia sudah ditetapkan dan manusia tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun...walau sesaat.
Malahan, Allah turut bersumpah demi masa dalam Surah Al-Asr.
Ayuh hargai masa...
Setiap saat amat berharga.
Ingatlah, harta yang hilang boleh dicari namun masa yang pergi tidak akan kembali.
Wallahu A'lam.

p/s: Buat semua calon SPM, jangan buang masa lagi untuk study....Masa masih ada, namun AWAS! jika silap langkah, kita yang rugi.... Ayuh bangkit memburu kegemilangan.

Result gempak SPM 2009!

Senarai penuh bagi 10 pelajar terbaik SPM 2009 adalah seperti berikut :
1. Gladys Tan Yee Kim (Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road Kuching, Sarawak) << Best Student SPM 2009
2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
3. Khadijah Ahmad Jais (Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
6. Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak)

Senarai dan ranking 10 sekolah terbaik bagi SPM 2009 :

1. Sekolah Menengah Sains (SMS) Seremban, Negeri Sembilan
2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor (KISAS)
3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
4. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
5. Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah, Kuala Lumpur
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Selangor
7. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
8. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang
9. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
10. Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan (TKC)

Sumber : 
(http://beritasemasa.com/pelajar-cemerlang-sekolah-terbaik-result-spm-2009-tahniah)

                                 gambar hiasan...santai

Alhamdulillah, result SPM yang keluar hari itu amat baik untuk SMKAKA.
3 orang pelajar berjaya dapat straight A di SMKAKA, yang lain 9A, 8A, 7A dan seterusnya.
Tahniah kepada semua pelajar SPM 2010 SMKAKA!

  1. Siti Noor Izaty binti Rosli (11A)
  2. Maryam binti Mohamad Daud (11A)
  3. Natrah Adila binti Abdullah (11A)
Ana bangga dengan akak-akak senior tu...Rasa nak jadi macam diorang la pulak.
Tapi bukan senang kan, dan tidaklah mustahil.
Kena ada mujahadah yang betul-betul kuat.
Ana turut bangga dengan pelajar ketiga cemerlang SPM baru-baru ini, iaitu Khadijah Ahmad Jais daripada SMAP Labu (salah satunya pelajar sekolah agama).
Yelah, mana taknya...masa ana join satu kem ada seorang akhi ni (penceramah) yang juga satu kelas dengan ukhti Khadijah ni beritahu rahsia kejayaan dia.
Akhi ni (dapat 11 A gak) beritahu kami dalam kem tu, si Khadijah ni rajin belajar...then yang paling utama ialah beliau tak pernah tinggalkan Al-Quran...
Ha!jadi jelaslah bahawa nak berjaya bukan kena studi je, tapi hubungan dengan Allah kena kuat dan utuh serta padu juga...
Semoga sama-sama kita mengikut jejak langkah orang-orang yang telah berjaya sebelum kita termasuklah para anbiya',para sahabat, dan ulama'-ulama' hebat agar kita pun sama-sama berjaya dalam kehidupan...Amiin.
Wallahu A'lam

p/s : Buat pelajar SPM 2010, buatlah yang terbaik...biar result kita juga yang terbaik, Insya Allah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Personal ERIC

Hari sekolah dah seminggu start..
Alhamdulillah, walaupun kena urus orientasi budak2 form 1,tapi tak lah miss kelas sangat.
Ana nak cerita pasal Personal ERIC..
Apa tu???
Subject English di kelas ana diajar oleh Teacher Norulakma.
Dia seorang yang sporting, kelakar baik...
Ada satu masa tu Teacher bagi kami sekelas homework.
Homework tu ialah Personal ERIC..
Ha???Kami tercengang...
Rupa-rupanya Personal ERIC tu ialah :
Eliminate, Reduce, Improve, Create
Teacher suruh kami tulis apa yang kami nak buang, kurangkan, baiki, dan nak bina dalam diri kami untuk tahun ini..
Kira-kira macam check list muhasabah dirilah...
So, kami pun buat dan Teacher pun baca Personal ERIC semua budak dalam kelas ana...
Macam-macam benda yang nak buang, improve, create dan reduce..
Rasionalnya, Personal ERIC ni satu cara yang bagus untuk perbaiki kelemahan diri dan muhasabah kembali apa kekurangan kita..
So, ana sarankan antum cuba buat Personal ERIC sendiri dan lihat setakat mana kita dapat membaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik.
Apa pun thank you Teacher Norul atas ilmu yang diberi yang ana rasa amat berguna buat semua..
Sebelum itu, suka untuk ana kongsi satu hadis daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Sesiapa yang berubah ke arah kebaikan kerana Allah, Allah akan menggantikan dirinya sesuatu yang lebih baik"

Jadi, sekali lagi ana menyeru kepada antum agar sama-sama meninggalkan perkara mungkar yang tidak diredhai Allah ke arah kebaikan agar kita mendapat sesuatu yang lebih baik daripada Allah, Insya Allah.
Wallahu A'lam...

Hayya ilal madrosah

Selamat tahun baru 2010!
Selamat kembali lagi ke sekolah bagi semua pelajar
Semoga tahun ini kita dapat belajar dengan baik bagi mendapat kejayaan yang cemerlang
Bukan sahaja dalam akademik bahkan dalam kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah
Okay! bagi yang ambil exam tahun ini, semoga berjaya mendapat straight A
Yakinlah dengan janji Allah :

"Apabila kamu sudah bertekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal"
(Surah Al-Imran:159)

Jadi setelah berusaha bersungguh-sungguh maka berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Insya Allah dengan keazaman, keyakinan, kesungguhan, pengorbanan dan tawakkal kita kepada Allah...
Kita pasti berjaya !

Hayya ilal madrosah...
Hayya nadrusu bijiddin wa ijtihad likay nahsulu najaahan baahiran..
(Ayuh kita belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh supaya kita mendapat kejayaan yang cemerlang)
Wallahu A'lam



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ubah Sikap Kalau Nak Berjaya

Ramai orang yang nak berjaya.
Sebenarnya semua orang boleh berjaya sebab tak ada orang yang dilahirkan untuk gagal.
Namun, kadang-kadang kegagalan itu berlaku kerana tiada matlamat yang jelas dan teknik untuk berjaya.
Kebanyakan pakar motivasi berpendapat bahawa kejayaan itu ialah 80% daripada sikap kita dan 20% lagi ialah usaha kita.
Jadi, untuk berjaya kita mesti ubah sikap dan akhlak, bukan sahaja sikap terhadap ibu bapa tetapi terhadap semua orang.
Bahkan, kita juga perlu menjaga hubungan dengan Allah, Pencipta kita kerana Dialah yang memberikan segala rezeki termasuklah kejayaan...

Baiklah, sebut pasal akhlak dan sikap, ramai yang berpendapat bahawa mereka telah bersikap baik untuk berjaya.
Ada juga yang mengatakan bahawa mereka tidak mencuri, bergaduh dengan orang atau membuat perkara maksiat, namun tetap tidak berjaya, bahkan telah berusaha semampu yang boleh.
Ya..memang betul kita telah bersikap baik dengan semua orang, tetapi adakah kita telah berakhlak baik dengan sebenar-benarnya.
Tanpa kita sedari, perkara yang kecil pun boleh menghalang kita daripada berjaya.
Di sini suka untuk ana berkongsi satu kisah yang ana petik daripada sebuah novel yang dapat memberi pengajaran buat kita.

Dalam satu perang, kaum muslimin telah mengepung kubu musuh untuk satu jangka masa yang amat lama, tetapi kubu itu tetap tidak dapat dijatuhkan. Ketua jeneral ketika itu memeriksa punca dilewatkan Allah kemenangan mereka. Diperiksanya solat fardhu, bacaan Al-Quran, solat-solat sunat, tetapi ternyata semuanya dilakukan dengan baik. Akhir sekali, jeneral bertanya mengenai siwak. Ketika itu, ramai tentera tidak bersiwak. Terus, mereka mencari ranting-ranting kayu dan bersiwak. Selepas itu, Allah campakkan kegerunan dalam hati musuh dan beri keizinan untuk menang.

Oleh sebab itu, walaupun bersugi itu adalah satu perkara yang kecil, namun sekecil-kecil perkara itulah yang memberikan kejayaan kepada kita.
Mari kita lihat kembali diri kita, adakah kita telah menjaga hubungan kita dengan Allah, ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, dan semua orang di sekeliling kita?
Ada sesetengah orang yang memandang mudah sesuatu perkara yang kecil.
Sebagai contoh, menjalankan tugas mingguan di dalam kelas seperti menyapu dan mengelap tingkap.
Walaupun kita merasakan perkara itu adalah tugasan kecil yang boleh diselesaikan oleh orang lain, namun adakah kita tidak merasakan tidak menjalankan tugas itu  boleh menghalang kita daripada berjaya?
Apatah lagi tugas-tugas yang berat seperti mendidik orang, mentarbiyah orang dan tugas utama kita sebagai orang Islam iaitu menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Oleh sebab itu, walaupun itu sekadar perkara  yang kecil, kita tidak boleh mengabaikannya, kerana besar kemungkinan boleh menjadi penghalang kejayaan kita.
Bedasarkan kisah yang ana kongsikan di atas, jelas menunjukkan bahawa walaupun bersiwak atau bersugi itu tiada kaitan dalam pelajaran, sukan, pekerjaan atau sebagainya, tetapi ia berkait dengan perjuangan hendak membawa Islam kerana seluruh hidup kita adalah ibadah dan kita hendak menunjukkan bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
Oleh sebab itu kita penuhi asbab kemenangan dan kejayaan dengan berusaha menjaga sunnah Rasul dan semua perintah Allah semasa perjuangan.
Harapan kita dengan amal -amal kecil begini, Allah kan bantu kita.

Sebagai pelajar, kita mestilah berusaha menurut segala perintah Allah dan mengamalkan sunnah rasulNya.
Antara sunnah Rasul yang perlu kita amalkan ialah :
  • Sentiasa beristighfar
  • Membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya
  • Solat sunat Dhuha
  • Bersedekah
  • Sentiasa membaharui wudhu'
  • Memakmurkan masjid
  • Bersiwak atau bersugi
  • Membaca basmalah sebelum melakukan sesuatu
  • Memulakan sesuatu dengan mendahului kanan
  • Berqiyamullail
  • Sentiasa senyum
  • Mengingati mati
Selain itu kita juga perlu menitikberatkan hubungan dengan manusia.
Mari kita check list apa yang kita sering terlepas pandang selama ini...
Adakah kita  :
  • mendoakan ibu bapa dan berbuat baik dengan mereka?
  • menolong mereka dengan ikhlas tanpa merungut?
  • mengikut kata-kata mereka termasuklah belajar bersungguh-sungguh?
  • mempunyai perasaan untuk balas jasa mereka setelah mereka memberikan segala keperluan kita?
  • menghormati adik-beradik kita sebagaimana kita hormat ibu bapa?
  • menghormati guru-guru dengan tidak sengaja tidur di dalam kelas?
  • menyiapkan kerja sekolah walaupun tidak diminta oleh guru-guru?
  • berterus-terang kepada mereka jika kita tidak menyiapkan kerja sekolah?
  • membantu kawan-kawan yang kesusahan walaupun mereka tidak pernah membantu kita?
  • tidak mengumpat guru dan kawan-kawan atau tidak mendengar orang lain mengumpat atau berada dalam kumpulan yang mengumpat?
  • menjalankan tugas sebagai pengawas, ketua kelas, bendahari atau apa- apa tugas sepenuhnya?
  • belajar bersungguh-sungguh  untuk membalas jasa ibu bapa dan guru-guru?
  • niat belajar kerana Allah dan ingin menunjukkan bahawa umat islam boleh dalam semua bidang?
Jika masih lagi terkurang, lekaslah kita berazam untuk berubah demi kebaikan kita.
Itu adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian namun sebenarnya, setiap perkara yang dilakukan mestilah jelas matlamatnya  dan niat kerana Allah agar setiap yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah dan Insya Allah, Allah akan mempermudah kejayaan kita.

Ana masih ingat nasihat bekas PK1 sekolah ana, Ustaz Alias yang sering mengatakan bahawa setiap pelajar perlu cemerlang ibadah dahulu iaitu menjadikan seluruh hidup sebagai ibadah : solat, sedekah, sukan, belajar, tolong orang dan sebagainya sebagai ibadah...seterusnya cemerlang akhlak , sama ada akhlak terhadap  Rasulullah, ibu bapa, rakan-rakan, anak yatim, orang miskin malah semua orang, barulah pelajar dapat cemerlang dalam akademik, kokurikulum, kepimpinan dan semua bidang yang diceburi pelajar dalam hidupnya.

Kesimpulannya, untuk berjaya kita perlu perbaiki sikap. Adakah kita mempunyai sikap amanah, bersungguh-sungguh, jujur, istiqamah, sanggup berkorban,menghormati orang, bertanggungjawab dan semua sifat mahmudah yang diajar dalam Islam?
Jika tidak, ayuhlah kita muhasabah diri dan berubah sikap dengan segera sebelum terlambat.
Semoga dengan mengamalkan sikap dan akhlak yang baik berteraskan Al-Quran dan Assunnah dan sentiasa mempunyai pergantungan yang kuat kepada Allah, Insya Allah, Allah akan mempermudah urusan dan tugas kita untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, pekerjaan, dakwah menegakkan Islam dan semua perjuangan yang diniatkan semata-mata untuk Allah.
Cemerlang akidah, cemerlang ibadah, cemerlang akhlak, cemerlang segala-galanya
Wallahu A'lam....

Alhamdulillah!! 9A

Hari ini pelajar form 3 dapat result PMR.
Alhamdulillah, adik ana yag bersekolah di SMAASZA pun dapat 9A.
Budak-budak SMKAKA pun tak kurang hebatnya.
Apapun tahniah lah kepada semua pelajar PMR yang lulus.
Yang tak dapat straight A tu pun tahniah juga.
Walaupun tak dapat semua A, tapi itu pun sudah okay.
Sebabnya Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk kita.
Ada orang Allah tetapkan lulus itu yang terbaik, ada orang Allah takdirkan tak dapat semua A itu yang terbaik untuk dia.
Apapun, kita patut bersyukur dengan apa yang kita dapat.
Insya Allah, SPM masih menunggu untuk merebut straight A

Marilah kita renung firman Allah dalam Surah Al-Baqarah,216 :
"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu mengetahui."

Jadi lihat, betapa Allah tu Maha Mengetahui segalanya.
Kita sebagai hamba perlu bersyukur dengan nikmat Allah,dan perlu berusaha dengan lebih tekun lagi untuk mendapat yang lebih baik.
Sekali lagi , mabruuk alaikum buat adik-adik form3 yang berjaya, juga yang mendapat ala kadar sahaja...

Susahnya Add Math!!

Apabila masuk alam SPM, pasti pelbagai soalan yang ditanya.
Susah tak Add math, Biology, Fizik, bla..bla..bla...
Susah tak sebenarnya nie?

Baiklah,suatu hari tu, ana dengar radio IKIM.fm.
Masa tu siaran bersama Dr.Tg.Asmadi, pakar motivasi yg terkenal di negara kita
Lepas tu, ada sorang hamba Allah call, dia tanya :
"Dr. macam mana nak pandai Add Math?"
Dr. tg Asmadi pun jawab :
"Nak berjaya dalam Add Math ni, ada 3 perkara je kuncinya.
  1. Beri tumpuan yang penuh semasa guru mengajar
  2. Buat banyak latihan
  3. Selesaikan perkara yang tak difahami dengan segera
Ha! nampak senang kan nak bijak Add Math... tu jelah rahsianya.
Bukan Add Math saje, subjek lain pun boleh juga ikut tips-tips tu.
Insya Allah, kita pasti boleh buat.
Cuma kena ada semangat yang kuat, usaha yang lebih dan pengorbanan..(kenalah korban tv, komputer, lepak2, novel cinta and anything yg tak berfaedah)
Semoga tips-tips nie berguna buat antum, especially, for candidates SPM.
Usaha + doa + pengorbanan + tawakkal = KEJAYAAN.

p/s: Buat teman-teman form 5 2010 SMKAKA :- Semoga 11A+ milik kita semua...Insya Allah



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...