Buatlah walaupun sedikit

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang sedikit tetapi berterusan."

Jelas daripada hadis ini bahawa amalan yang paling Allah suka ialah yang berterusan walaupun sedikit.

Kalau dilihat nampak mudah untuk diaplikasikan : sedikit tapi terus-terusan buat sesuatu amalan yang baik tu.

Namun pada hakikatnya, bukanlah semudah yang disangka!

Pada hikmah saya, nak buat sesuatu amalan baik ni bukannya susah sangat tetapi perlukan kepada mujahadah yang tinggi.

Mujahadah inilah yang sukar dilakukan oleh ramai orang.

Hanya orang yang benar-benar jelas matlamat dan teguh keyakinannya terhadap janji Allah sahaja yang akan berbuat demikian.

Saya ambil contoh yang mudah...
  • Berapa ramai manusia yang mampu membaca 10 ayat Al-Quran setiap kali selepas solat 5 waktu?
  • Adakah kita semua sentiasa membaca basmalah setiap kali sebelum melakukan sesuatu?
  • Berapa ramai pula yang mengucapkan 'Alhamdulillah' setiap kali selesai melakukan sesuatu?
  • Dan ramai mana pula yang istiqamah melakukan solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu walaupun hanya 2 rakaat?

Walaupun amalan -amalan tersebut hanyalah simple dan mudah dilakukan, namun adakah kita semua melakukannya secara berterusan dan istiqamah tanpa meninggalkannya?

Hanya segelintir sahaja yang benar-benar mampu melakukannya.

Sebab itulah ianya merupakan amalan yang paling disukai Allah...sedikit dan simple tetapi tetap dilakukan dengan berterusan tanpa jemu seolah-olah sudah sebati dengan dirinya.

Kadang-kadang kita dapat tahu adakah kita benar-benar istiqamah dengan sesuatu amalan, iaitu kita akan rasa tidak tenang jika tidak melakukannya...jadi kita akan tetap melakukannya walau banyak cabaran melanda.

Oleh sebab itu, ayuhlah kita sama-sama berjihad untuk sentiasa istiqamah melakukan amalan-amalan kebaikan dan ibadah kepada Allah walaupun sedikit...kerana ianya sangat disukai Allah.

Apatah lagi amalan yang banyak tetapi berterusan...pasti ganjarannya berlipat kali ganda...asalkan ikhlas kerana Allah!!

Insya Allah, kita buat sedikit tetapi berterusan, rahmat dan ganjaran Allah menanti kita.

Apabila sudah sampai ke tahap itu, Insya Allah pasti amalan yang lebih tinggi dapat kita laksanankan.

Sesungguhnya, Islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan.
Jadi, buatlah walaupun sedikit!

Wallahu A'lam...


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...