Kehebatan Al-Quran


--> Suatu hari, ustaz ana masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran subjek Bahasa Arab.
Ustaz Fakhruddin pun masuk dengan semangatnya untuk mengajar kami bahasa Al-Quran dan lughatul jannah itu.
Kemudian ustaz nak menulis sesuatu kat papan putih... malangnya masa tu tak ada marker pen.
Memang silap kami sekelas yang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga tiada waktu untuk menyediakan marker pen untuk guru-guru.
Selepas itu, Ustaz Fakhruddin pun mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-'Alaq, ayat 1-5 yang bermaksud :
 "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan (1). Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah (2). Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia (3). Yang mengajar (manusia) dengan pena (4). Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (5).
 

Ustaz pun menekankan ayat yang keempat itu.
Maknanya jika tiada pena ataupun pen atau pensel atau sewaktu dengannya, kita tak dapat menulis dan belajar dan guru pun tak dapat mengajar anak-anak muridnya.
Tidak lama selepas itu, pelajar lelaki kelas ana pun membawakan sebatang marker pen untuk ustaz.

 
Melalui peristiwa ini, ana mula berfikir bahawa Al-Quran memang hebat.
Ajarannya cukup lengkap daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.
Subhanallah, hebatnya Al-Quran...
Jadi, kita kenalah sentiasa membaca, menghayati, memahami dan mentadabbur Al-Quran kerana Al-Quran ialah  panduan hidup kita.
 
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
'Sebaik-baik kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain'

والله اعلم...
lihat...fikir dan amal!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...