Nak Jadi Macam Semut

Hari tu, semasa sedang berhalaqah bersama sahabat-sahabat, aku ternampak banyak semut yang berkeliaran di sekitar kawasan.
Tiba-tiba aku perhatikan, ada seekor semut sanggup bersusah payah untuk membantu semut yang lain yang sudah dipijak orang.
Semut itu berusaha sedaya mungkin untuk mengusung rakannya yang sakit itu.
Apabila ia tidak mampu untuk mengangkat rakannya, ia akan meminta bantuan semut yang lain menerusi isyarat sesungutnya itu.
Kemudian, aku perhatikan ada beberapa ekor semut yang berjalan sambil membawa rakan semut lain yang tidak berdaya di atas belakang badannya.
Subhanallah, betapa haiwan yang sekecil itu sangat mementingkan rakannya yang lain melebihi dirinya sendiri.


Inilah sebenarnya yang dikatakan sebagai “ithar”, iaitu tingkatan tertinggi dalam ukhuwah Islamiah.
Apakah itharIthar bermaksud mengutamakan orang lain sewaktu diri sendiri menghajatkan sesuatu keperluan. Ithar adalah suatu sifat yang mulia, juga sifat yang telah disebutkan dalam sebuah hadis sahih, daripada Anas bin Malik r.a, yang mana Rasullullah saw bersabda (maksudnya):

"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."
(Riwayat Bukhari)

Malu rasanya apabila mengenangkan diri ini yang sedikit sangat sifat mengutamakan kepentingan insan lain daripada diri sendiri.
Aku malu...malu....malu sangat-sangat dengan semut yang lagi sayang rakannya, berbanding aku...manusia yang dianugerahkan akal oleh Allah SWT...
Aku nak jadi macam semut....
Ya Allah, jadikanlah aku insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-Mu...terutamanya nikmat ukhuwah antaraku dan insan-insan yang lain....Amiin...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...