Apapun, bersempena examination fever bagi penuntut ilmu di bumi Jordan dan buat sesiapa sahaja, moga intipati tips study yang saya ambil daripada insan lain ini bermanfaat buat anda semua. Moga Allah merahmati insan yang mencurahkan ilmu ini kepada saya, melalui sumber asal dan 'rantai-rantai' yang menyampaikannya kepada saya. Moga Allah redha kalian.
TIPS STUDY
1) Sebelum belajar, niat bahawa
aku belajar ni kerana Allah.
Tiap kali nak keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku
menuntut ilmu ni kerana Allah. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa stress kalau kelas start seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam
pukul 5. Tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, malaikat akan
sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tak la rasa tension sangat kalau kelas tu
tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri, tiap kali nak
study, mesti baca 1 m/s Al Quran sebelum start study tu. Jadi, confirm kita tak tinggalkan Al Quran
walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu KISAH YANG SANGAT MEMBERI
INSPIRASI. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tak hancur,
walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik sebab budak tu
masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa
budak itu dan bertanya, apakah 'amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab,
saya tak tahu apa yang special anak saya buat, cuma saya tahu dia ni sangat
menjaga Al Quran. Tiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca 1 m/s al
quran, memang tak pernah tinggal. Jadi, budak kecik ni pun boleh baca 1 m/s
tiap kali sebelum belajar, kita yang besar berjela ni tak kan tak mampu kot.
Orang yang hebat takkan bagi alasan, tapi dia sentiasa cari jalan.
3) Bila kita rasa
stress sebab berkali-kali dah baca topik tu, tapi tetap tak faham, dan
akhirnya, kita rasa fed up dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind
setting akan mengatakan topik ni sangat susah dan tak best. Last2, kita
tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya kelam kabut waktu nak exam. Jadi, apa
kata kita cuba tips daripada salafus soleh terdahulu. Bila ada
sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhu' dan solat sunat 2
rakaat. Kalau macam kita ni
yang malas-malas ayam, perbaharui wudhu' pun dah dikira ok. Kembalikan caj2
positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita untuk
menuntut ilmu ni, tugas yang sangat mulia.
4) Part paling
penting! Bila tengah syok study, tiba2 azan. Berhentilah sekejap
untuk menyahut seruan Allah. Tak lama pun solat ni. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas
penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut
seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan
solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan
penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya. Jadi, tiap kali rasa berat punggung nak
berhenti study untuk solat, ingat balik, kalau aku nak dijemput oleh Allah di
yaumul hisab nanti, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita
tahu kan, kita lagi rasa mudah bila belajar selepas selesai solat tu. Inilah
namanya berkat. Bila kita utamakan Allah daripada benda lain.
5) Last but not least, jangan lupa baca
doa dan ambillah wudhu' sebelum mula belajar. Doa mohon Allah bagi kekuatan dalam menuntut ilmu. Dan bila kita ada
wudhu' ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah 1 ibadah yang
sangat dituntut dalam Islam.
Dan lagi mudah untuk kita terus solat kalau tengah belajar, tiba2 azan. Kita
tak tahu kan dengan wudhu' tu, kita belajar lebih berkat..
Jadi, selamat beramal.
Cubalah praktis tips study ni, matlamat kita bukan lah cemerlang dalam study
semata, tapi kita juga nak keberkatan daripada Allah. Ihfazillah
yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu)
Jadilah seperti Rasulullah dan para sahabat yang hidupnya seimbang
dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tapi masih
ada waktu untuk bangun tahajjud dan baca Al Quran.Buat pemburu dunia, jangan pula kita bagi
alasan, mereka tak sama macam kita, iman mereka mantap kerana Rasulullah ada di
sisi. Kita tak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah,
selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di
atas.
Jgn smpai kita berada
di skala ke 2 ni..
Boleh rujuk link insan ini....Wallahu a'lam
1 comments:
Assalamu'alaikum. moga saudari jgk dirahmati Allah :)
Post a Comment