Syria sedang bergolak?? Ya! tetapi wallahu a'lam sejauh mana kekecohan yang berlaku di sana. Namun, tidakkah kita tahu bahawa mereka adalah saudara seIslam kita. Lantas, adakah dalam keamanan negara yang kita kecapi, kita masih seronok duduk goyang kaki di bilik? "Habis itu takkan perlu ke sana angkat senjata menyerang tentera zalim di bawah kuasa Basyar?"
Kita mungkin tidak mampu untuk melakukan sedemikian, bukan sahaja untuk umat Islam di Syria, bahkan di Palestin, sempadan Thailand bahkan di negara-negara Islam lain yang tertindas. Namun, ada satu senjata yang perlu kita angkat untuk membantu mereka yang tumpahnya darah mereka secara tidak halal, iaitulah senjata yang paling ampuh.
Senjata itu ialah.....
DOA...DOA...DOA...
Hanya itu sahaja yang kita mampu lakukan. "Alahai, doa je pun...ingatkan senjata hebat mana tadi"...Ingat, walaupun hanya sepotong doa, walaupun cuma terdetik dalam hati kecil kita, Allah itu Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa. Allah suka pada mereka yang berdoa kepada-Nya. Dan yakinlah kita bahawa Allah pasti akan memakbulkan doa kita. PASTI!!!
Jadi, saya menyeru dan merayu pada anda semua, sama-samalah kita menadah tangan memohon doa pada Yang Esa. Dialah yang Maha Menyatukan umat Islam. Dialah yang Maha Membantu umat Islam. Berdoalah moga seluruh umat Islam di dunia ini, khususnya yang tertindas bahkan di Malaysia diberi kekuatan untuk menghadapi golongan yang zalim serta diberi kemenangan dalam menegakkan Islam.
Satu masa nanti, kita akan ditanya apakah yang kita lakukan untuk saudara seIslam kita? Walaupun kita tidak dapat menyertai mereka dalam berperang, cukuplah sekadar untaian doa yang dipanjatkan buat mereka. Moga Allah menilai doa kita sebagai ibadah dan salah satu bukti cinta kita pada saudara seIslam kita.
Ayuh! Berdoalah buat mereka. Mereka sangat mengharapkan doa kita! Ingatlah Allah itu Maha Adil dan tidak sesekali membiarkan doa mereka yang dizalimi....Wallahu a'lam.
"Ya Allah, sebagaimana Engkau gulingkan kerajaan Mubarak, gulingkan juga kerajaan Basyar di Syria. Ya Allah engkau bantulah seluruh umat Islam di Syria, Palestin dan seluruh umat muslimin. Berilah bantuan kepada kami dalam menegakkan agama-Mu, dan berilah kemenagan kepada Islam. Amin Ya Rabbal A'lamin"
0 comments:
Post a Comment