Alhamdulillah, dalam duduk relax-relax di rumah pada malam Jumaat, dapat juga input dan ilmu yang dikongsi oleh ahli rumah baru saya, Bayt Qiblatain. Terkesan sungguh dengan kisah Zainab Al-Ghazali yang hidup pada zaman pemerintahan kuku besi Mesir, Jamal Naseer. Zainab merupakan antara pejuang muslimat yang menentang pemerintahan pada zaman itu.
Satu hari di dalam penjara -dengan wajah bersemangat ahli rumah saya bercerita masa itu- mereka yang zalim itu memasukkan anjing-anjing yang ganas dalam 'kamar' Zainab. Allah, saat sang anjing mula masuk, hati Zainab pada masa itu sudah berdebar-debar, sangkanya hari itu bukan harinya lagi.
Dalam hatinya, dia hanya mampu berdoa pada Allah. Saat tiada sesiapa yang mampu menolongnya, Allah sahaja yang pasti akan menolongnya. Tidak putus-putus doa dan harapan yang dipohonnya kepada Allah swt. Allahu Allah....Terdetik di hati saya seketika, bagaimanakah pergantungan kita sebagai hamba pada-Nya selama ini??
Ketika mana detik cemas tiba, anjing-anjing itu bersiap siaga untuk menerkam 'jamuan' mereka, Zainab hanya memejam mata, dia hanya membayangkan bajunya yang putih itu akan berlumuran darah, koyak rabak, barangkali tiada lagi yang menutupinya. Namun, tidak pernah sesaat pun, hatinya tidak berhenti-henti mengalunkan munajat pada Tuhan-Nya, Allah Yang Maha Esa.
Tiba-tiba....dia membuka matanya, alangkah terkejutnya apabila warna kerudungnya tidak berubah, putih itu masih kekal putih berseri-seri tanpa palitan kekotoran apatah lagi warna-warna merah darah. Sang anjing-anjing ganas itu hanya 'baik-baik' sahaja di suatu sudut. "Aku selamat", seolah-olah itulah yang dijerit batinnya. Zainab selamat denagn izin Allah Yang Maha Kuasa.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, tiada lafaz lagi mampu terucap. Saat itu, Zainab tidak pernah menyerah, dia tidak pernah gentar atas segala siksaan yang dihadapinya kerana yakinnya pada perjuangannya demi Islam tercinta beserta tawakkal dan keyakinannya pada Allah.
::: Muhasabah malam Jumaat, adakah kita mampu sekental, sehebat Zainab dan setinggi tawakkal pada-Nya sebagaimana Zainab?? Renung-renungkanlah :::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment