Cute Girl :)

Scroll status sahabat-sahabat di facebook, tetiba terlihat satu status ringkas daripada seorang teman, tetapi bagi saya sungguh terkesan.

" Menjadi wanita yang DIHORMATI itu adalah LEBIH ELOK daripada menjadi wanita yg DIMINATI lelaki ".

Muhasabah seketika, aku ni wanita yang mana? Ya Allah, kalaulah aku ni menjadi seorang wanita yang sentiasa menyebabkan lelaki terlalai kerna diriku, ruginya aku.

Muhasabah lagi, sejauh manakah aku menjaga kehormatan diriku agar tidak menjadi daya tarikan lelaki?

Biarlah naluri seorang wanita sepertiku disalurkan melalui wasilah yang lebih suci menuju matlamat utama.

Wasilah : Perkahwinan.
Matlamat : Keredhaan Allah.

Road to wanita solehah !!!

~muhasabahwahaiwanitaku~


Ayuh wanitaku!!!




[Gelombang Epal Hijau]

Wanita...
Tak lagi berdiam diri,
Tak lagi betah menyepi,
Tak lagi ikut membuta tuli,
Kini...
Dia bangkit menuju cita murni,
Semangatnya berapi-api,
Jiwanya sebati dalam jihad ini,
Demi kebenaran hakiki,
Demi ummah dan pertiwi.



Diuji??


Satu hari, aku melihat seseorang, wajahnya nampak kurang matang, namun, badannya sudah besar macam dewasa.
Aku melihat lagi dirinya, kuamati senyap-senyap tanpa dia sedari. Dia membuat isyarat yang aku tak fahami kepada orang disebelahnya, barangkali ayahnya.
Dia meminta makanan daripada ayahnya, ayahnya memberikan.
Dia meminta ayahnya membetulkan kerusinya, lalu dibetulkan.
Hematku, usia yang lebih muda darinya pun mampu membetulkan sendiri tempat duduk tanpa dibantu.
Dia meminta diterangkan apa yang dilihatnya, sesuatu yang tidak difahaminya.
Lantas, si ayah menerangkan dengan bahasa isyarat antara mereka sahaja yang memahaminya.
Dia melilau lagi sekelilingnya. Matanya hanya terpaku melihat sketsa kehidupan yang bukanlah sepenuhnya difahami.
Aku yang setia menyaksikan tetiba sebak.
Ujian yang melanda si lelaki itu cukup tabah dan rahmat dihadapi ibu ayahnya.
Down sindrom menurut pengamatanku.
Allah....walaupun bukanlah dia seorang pesakit yang sepertinya telah kuketemu, namun, entah mengapa, hari itu cukup syahdu.
Ia menyedarkanku erti kehidupan, bahawa tidak semua orang diuji perkara yang sama.
Tidak semua mampu menghadapi ujian yang melanda.
Tidak semua ujian mampu menambah iman, kecuali orang-orang yang bertaqwa.
Yakni orang-orang yang merasakan ujian itu tanda Allah dekat dan kasih padanya.

~Masih belum dianggap beriman seseorang yang belum diuji hidupnya~

-coretan alam-

~Cinta De Salju~





Di kala pagi yang hening, 
Salji jatuh mengurai ke bumi,
Memutihkan tanah-tanah Mu'tah,
Saat ini semuanya suka bukan kepalang.
Namun, kala ini juga,
Ada insan berduka,
Kehilangan insan tersayang,
Si ibu pergi bertemu-Nya,
Saat ini juga,
Kala kesejukan mencengkam tulang,
Cinta pada-Nya teruji,
Bagaimanakah juhudnya kamu pada tahajud?
Istiqamahnya kamu ke masjid untuk solat jemaah?
Tekunnya kamu menelaah tinta-tinta ilmu?
Jangan hanya kerana butir-butir salju itu,
Kamu hanya berkelubung,
Tanpa amal,
Sejuk, panas, semuanya ujian,
Tidaklah dunia ini melainkan ujian semata-mata,
Moga salju ini berkat,
Bukan tanda azab,
Moga cinta de salju ini,
Terus menggamit memori.


~tengkufatimahazzahra~
I9.40 a.m bayt qiblatain,mu'tah 09/01/13I

Zainab Al-Ghazali

Alhamdulillah, dalam duduk relax-relax di rumah pada malam Jumaat, dapat juga input dan ilmu yang dikongsi oleh ahli rumah baru saya, Bayt Qiblatain. Terkesan sungguh dengan kisah Zainab Al-Ghazali yang hidup pada zaman pemerintahan kuku besi Mesir, Jamal Naseer. Zainab merupakan antara pejuang muslimat yang menentang pemerintahan pada zaman itu.

Satu hari di dalam penjara -dengan wajah bersemangat ahli rumah saya bercerita masa itu- mereka yang zalim itu memasukkan anjing-anjing yang ganas dalam 'kamar' Zainab. Allah, saat sang anjing mula masuk, hati Zainab pada masa itu sudah berdebar-debar, sangkanya hari  itu bukan harinya lagi.

Dalam hatinya, dia hanya mampu berdoa pada Allah. Saat tiada sesiapa yang mampu menolongnya, Allah sahaja yang pasti akan menolongnya. Tidak putus-putus doa dan harapan yang dipohonnya kepada Allah swt. Allahu Allah....Terdetik di hati saya seketika, bagaimanakah pergantungan kita sebagai hamba pada-Nya selama ini??

Ketika mana detik cemas tiba, anjing-anjing itu bersiap siaga untuk menerkam 'jamuan' mereka, Zainab hanya memejam mata, dia hanya membayangkan bajunya yang putih itu akan berlumuran darah, koyak rabak, barangkali tiada lagi yang menutupinya. Namun, tidak pernah sesaat pun, hatinya tidak berhenti-henti mengalunkan munajat pada Tuhan-Nya, Allah Yang Maha Esa.

Tiba-tiba....dia membuka matanya, alangkah terkejutnya apabila warna kerudungnya tidak berubah, putih itu masih kekal putih berseri-seri tanpa palitan kekotoran apatah lagi warna-warna merah darah. Sang anjing-anjing ganas itu hanya 'baik-baik' sahaja di suatu sudut. "Aku selamat", seolah-olah itulah yang dijerit batinnya. Zainab selamat denagn izin Allah Yang Maha Kuasa.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, tiada lafaz lagi mampu terucap. Saat itu, Zainab tidak pernah menyerah, dia tidak pernah gentar atas segala siksaan yang dihadapinya kerana yakinnya pada perjuangannya demi Islam tercinta beserta tawakkal dan keyakinannya pada Allah.

::: Muhasabah malam Jumaat, adakah kita mampu sekental, sehebat Zainab dan setinggi tawakkal pada-Nya sebagaimana Zainab?? Renung-renungkanlah :::

Murabbi ~jazakallah kheir~


Kehadiran murabbi yang pertama kali saya bertentang mata dengan beliau pada 30 disember 2012 ke dataran syuhada' Mu'tah memberi impak yang agak besar buat pelajar Mu'tah khususnya apatah lagi beberapa detik lagi, bakal menjengah ke tahun baru dan semestinya ada input-input daripada al-fadhil ustaz sendiri turut menjadi salah satu daripada senarai azam baru 2013.

Pada hari in sahaja, penuh di dinding muka buku saya post-post berkenaan nasihat, untaian tazkirah dan butir-butir hikmah daripada Ustaz Zainul Asri yang berasal dari Kedah.  Alhamdulillah, seronok dengan keadaan itu membuatkan saya berasa sangat indahnya perkongsian ilmu dan biah nasihat menasihati dan pesan berpesan kepada kebaikan ini..

Apa pun, harapan buat saya sendiri dan seluruh sahabat se-Mu'tah khususnya agar dapat beramal dengan segala ilmu yang telah dikutip dan dicedok daripada ustaz, bukan sekadar tambah, tapi beramal. Sesungguhnya itu adalah yang paling utama.

Jazakallah khairaa buat murabbi tercinta, doa tidakkan putus agar daku dapat ketemu sama ustaz lagi. Moga Allah berkati dan mengurniakan kerahmatan buatmu.

-tengkufatimahazzahra-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...