Corat- Coret Raya

Alhamdulillah, abang sulung ana dah selamat bernikah dan memulakan hidupnya sebagai seorang suami.
Semoga beliau dapat menjadi ketua keluarga yang berusaha melahirkan sebuah keluarga yang sakinah, Insya Allah.
Apapun, bagi insan yang masih belum berumah tangga, hendaklah menjaga diri dan maruah daripada perkara yang tidak elok.
Yang paling penting carilah cinta Ilahi dahulu kerana itulah cinta yang abadi.
Jika seseorang itu nakkan pasangan yang benar-benar beriman yang boleh membahagiakan rumah tangga, orang itu terlebih dahulu kena menjaga iman dan mensoleh dan mensolehahkan diri.
Bak kata Fatimah Syarha, carilah cinta Ilahi, barulah cinta pasangan soleh akan kaumiliki.

 Selamat mendirikan mahligai bahagia buat abangku Tg Muhammad Fakhruddin dan kakak iparku Siti Aisyah ^_^

Kali ini, ana nak kongsikan sebuah kisah yang Insya Allah boleh memberikan pengajaran kepada kita.
Semalam, ana ke rumah seorang sahabat bersama beberapa orang yang lain untuk beraya.
Namanya Puteri Maryam. Ayahnya berasal dari Acheh.
Jadi ayahnya ada menceritakan  berkenaan tsunami yang berlaku di Acheh.
Selepas peristiwa itu berlaku, ayahnya ke sana untuk melawat keluarga yang terselamat.
Kemudian, Pak  Cik memberitahu bahawa ada sebuah masjid yang terselamat...masjid tu berwarna putih hitam.
Selain itu, ada sebuah keluarga Cina yang turut terselamat, cuma tempat mereka agak terjejas.
Cuma yang membuat ana kagum ialah keluarga tersebut telah memeluk Islam.
Nak tahu kenapa?? Sebab masjid tu tak musnah dek tsunami. (mereka takjub dengan apa yang berlaku)
Selepas tu, Pak Cik berkata lagi salah seorang ahli keluarga Cina yang peluk Islam itu memberitahu bahawa  semasa kejadian berlaku, dia sempat menyelamatkan diri dan dia melihat masjid itu seolah-olah diangkat.
Wallahu a'lam benar ataupun tidak tapi itulah kuasa Allah.
Jelas bahawa hidayah tu milik Allah dan Dia telah mengurniakan hidayah-Nya kepada keluarga Cina itu hanya dengan melindungi sebuah masjid daripada tsunami.
Tatkala bangunan-bangunan yang besar hancur musnah, masjid itu terselamat.
Subhanallah yang menjadikan alam ini.
Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Semoga kita dapat mengambil iktibar dan bermuhasabah.

Wallahu a'lam.

1 comments:

Barakallah,,,,
oh,Fatimah,,,,brayenye lagu,,,
mne lagu kahwinnye,,,,
hehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...