Puasa Enam Syawal

Syawal dah datang...rasanya masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Apabila bulan Syawal menjengah, kita sebagai umat Islam digalakkan berpuasa enam hari di bulan ini.
Rasulullah ada bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal,dia diibaratkan berpuasa selama setahun.
Jadi, suka di sini ana menyeru kepada diri ana dan antum untuk sama-sama kita berpuasa pada bulan yang mulia ini.
Antara hikmah puasa enam ini sebenarnya kita dapati ia merupakan kesinambungan daripada puasa di bulan Ramadhan.
So, konklusinya ia merupakan penerus ibadat kita kepada Allah dan menambahkan ketaatan kita kepada allah.
Seorang penyair Arab ada berkata hari raya bukan sahaja kita pakai baju baru, cantik-cantik tetapi menambah ketaatan kepada Allah.
Oleh sebab itu kita digalakkan untuk terus membaca Al-Quran. berqiyamullail dan menyambung kembali ibadat yang kita lakukan pada bulan Ramadhan.

Semasa menonton Tanyalah Ustaz di TV9, ana dapat mengetahui sesuatu berkenaan puasa enam ini.
Pasti ramai yang keliru sama ada nak pusa enam dulu ke...puasa qada' dulu.
Ustaz tersebut mengatakan bahawa kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa enam dahulu atau puasa qada' dahulu bagi yang mengalami uzur syar'ie di bulan Ramadhan seperti haid, musafir, sakit atau sebagainya.
Jadi mereka diberi pilihan untuk memilih untuk berpuasa enam dahulu atau puasa qada' dahulu.
Jika dirasakan tidak sempat untuk berpuasa qada' dahulu, puasalah enam di bulan Syawal dahulu, barulah puasa yang wajib.
Insya Allah sempat menggantikan puasa yang ditinggalkan sebelum Ramadahan tahun hadapan tiba lagi.
Cuma yang perlu diberi perhatian ialah puasa tersebut haruslah diasingkan.
Jika nak puasa qada', niatlah puasa qada' sahaja...begitulah sebaliknya.
Jangan digabungkan puasa wajib dan sunat.
Lebih baik ianya diasingkan, semoga puasa kita diterima Allah.

Namun, perlu diingatkan, jika seseorang itu sengaja meninggalkan puasa tanpa sebarang sebaab, seperti malas berpuasa, dia wajib menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu dahulu, barulah boleh berpuasa sunat enam di bulan Syawal atau puasa-puasa sunat yang lain.
Apapun ingatlah bahawa Syawal bukanlah bulan untuk bersuka ria semata-mata tetapi bulan untuk kita menambahkan amal ibadat dan ketaatan kepada Allah.
Marilah kita sama-sama berdoa agar segala amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu diterima Allah dan semoga kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang.
Ayuh lihat, fikir dan amal!!

Wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...