Perjuangan Diteruskan

Alhamdulillah, semuanya dah siap dikemas dan dipacking.
Dalam sejam dua lagi ana akan bertolak ke Cherating untuk PLKN.
Sedih juga sebab terpaksa tinggalkan rumah dalam dua bulan lebih, tapi perjuangan tetap perlu diteruskan.
Semangat nak ke sana naik juga dengan adanya sokongan daripada sahabat- sahabat tercinta.
Thanks sahabatku kerana menyokongku.
Mereka berpesan kepada ana untuk terus berdakwah di sana.
Harapnya ana dikurniakan sahabat-sahabat yang sefikrah untuk sama-sama berjuang menegakkan Islam di sana.
Semoga antum dapat mendoakan ana dan rakan-rakan seperjuangan dalam menyelesaikan misi di PLKN.
Nampaknya blog ana pun terpaksa ana tinggalkan bersarang tanpa post baru.
Apapun janganlah malu dan segan untuk terus mengunjungi blog ni ye!!
Semoga berjumpa lagi...

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui"
(Surah At-Taubah : 41)

Wallahu a'lam

1 comments:

hebat!
sahabtku memg hebat!
smoga tabah mu dsane,andai berkesempatan, ketemu lagi kite d waktu kamu pulang, moge sihat2 shj.
sahbt2mu d cni x lupe mendoaknmu. hanya yg terbaek untuk insan terpilih^^
Allahu yubariku fik!!
uhibbukifillah kaman aidhan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...