Seronok dapat balik tapi sekejap saje...nanti dah nak kena sambung kem.
Apapun, alhamdulillah....bersyukur sangat sebab PLKN taklah seteruk yang disangka.
Setiap aktiviti yang dilakukan memang menyeronokkan dan menguji minda.
Aktiviti fizikal pula sangat menguji ketahanan dan kekuatan tubuh badan.
Tapi yang paling bersyukurnya ialah penekanan solat lima waktu secara berjemaah dan kelas kerohanian dua minggu sekali.
Setakat ini semuanya okay cuma aurat dan pergaulan antara lelaki dan perempuan mestilah dijaga.
Halaqah usrah dengan sahabat-sahabat yang selalu dibuat semasa sekolah dulu pun dapat diteruskan.
Apabila menyertai usrah itu, semangat untuk berdakwah di sana semakin membara walaupun cabarannya bukanlah semudah yang disangka.
Tiba-tiba rindu pulak sahabat-sahabat ana yang selalu diisi jiwanya dengan perkongsian dalam usrah.
Semoga sahabat2 dapat melaksanakan kem di SMKAKA nanti seperti yang dirancang dengan jayanya.
Sebenarnya, mana-mana pun kita pergi kita bukan membawa diri kita semata-mata tetapi ISLAM...
Biarlah orang tengok Islam dalam diri kita.
Kita perlu tunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang terhad skopnya tapi luas....Islam is the way of life...
Tak salah untuk kita tonjolkan diri kita demi Islam tapi yang penting syariat mestilah sentiasa dipelihara.
Apapun, banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan PLKN merupakan salah satu pusat pembelajaran dan pentarbiahan jiwa...
Kadang-kadang di sana jiwa kita digoyah, iman kita diuji dan perasaan kita bercampur baur....namun hanya dengan mengingati Allah, hati kan sentiasa tenang!!
Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kehidupan kita dirahmati dan diredhai sentiasa walau di mana-mana pun kita berada, Insya Allah...
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik "
Surah Ar-Rum : 69
Wallahu A'lam
4 comments:
Salam. Balik eh. Rindunye fatimah!!!
Slmt pulang shbtku...
Sdh rse anti xleh join kem 2 tapi xpe kami akn m'bw smgt anti b'sme2.
Doakn smoga kem 2 b'ksn n m'dpt keredaan Allah.
Rindu anti...
alhamdulillah, dh ramai org rndu tu..
xpe, blik skejap, cku la famili ilangkan rndu..
sebuln setengah ag blik plop..sekejp je. manfaatkan stiap saat d plkn ye.
kami kat luor pn ujian x kurg hebtnye.ngan hiburan sane sni, ALLAHURABBI..
doakn kebaikan bersame..
Insya allah, sahabat-sahabatku...w/pun kita terpaksa berpisah,kita tetap diikat dengan tali perjuangan yang sama iaitu mendaulatkan agama allah di atas muka bumi ini
Post a Comment