Pergolakan di Mesir semakin hari semakin meruncing.
Alhamdulillah kerana keadaan abang ana dan isterinya serta rakyat Malaysia yang lain masih selamat.
Begitulah keadaannya apabila pemerintahan Hosni Mubarak tidak dipersetujui oleh rakyat Mesir namun beliau masih enggan meletakkan jawatan.
Apapun, kita di Malaysia ini perlu teruskan kehidupan dan sama-samalah kita doakan apa yang terbaik untuk seluruh umat Islam.
Hari ini ada sesuatu yang ana ingin kongsikan melalui pengalaman yang ana dapat semasa di PLKN sebelum ana pulang bercuti.
Mungkin bagi orang lain ianya tiada erti apa-apa tetapi bagi ana perlu ana kongsikan untuk sama-sama kita fikirkan demi kemaslahatan umat Islam dan Islam keseluruhannya.
Semasa di sana, ana ada berkawan dengan seorang non muslim.
Mula-mula rasa kekok...yelah sebab dia bukan seagama dengan kita.
Tetapi ada sesuatu yang ana kagum dengan dia ialah dia seorang yang agak tahu tentang Islam.
Mungkin kerana dia bersekolah di sekolah yang ramai muslim.
Dia juga pandai menyayikan lagu Barakalllah ( Maher Zain) dengan fasih sekali.
Dia juga selalu menyebutkan "sabar itu sebahagian daripada iman" kepada ana kalau ana kelihatan kurang sabar tehadap sesuatu perkara.
Bahkan dia pernah menyuruh ana menulis sepotong ayat Al-Quran dalam bahasa melayu iaitu "Alfitnatu asyaddu minal kotli" yang bermaksud memfitnah lebih buruk daripada membunuh untuk membalas tuduhan seseorang terhadapnya.
Ana terkejut kerana dia tahu ayat itu melalui kawan-kawannya di sekolah dahulu.
Pernah sekali ana berbual dengannya.....
Saya : Pernah tak awak baca tafsir Al-Quran?
Dia : Tak, Why should me?
Saya : Just to know...
Dia : Orang Islam sendiri pun tak amal ajarannya, jadi tak perlu saya nak tahu....
(Lebih kurang macam itulah perbualan kami )
Apabila ana mendengar jawapannya, ana rasa sangat terkilan.
Ana dah tak tahu nak jawab apa...Kelu seribu bahasa.
Dalam hati ana harap ana dan sahabat-sahabat muslim yang lain dapat tunjukkan Islam kepada dia dan non muslim yang lain.
Patutlah orang bukan Islam yang dekat dengan Islam tak diberi hidayah oleh Allah....mungkin kerana sikap orang Islam itu sendiri.
Berapa ramai yang mengaku Islam tapi tak betul-betul mengamalkan Islam.
Memang betul apa yang diperkatakan kawan non muslim ana itu.
Islam itu agama yang sempurna tapi orang bukan Islam tak dapat nak lihat keindahan dan keunggulan Islam kerana ianya tidak diamalkan betul-betul oleh orang Islam.
Sama-samalah kita muhasabah diri dan berubah ke arah yang lebih baik agar Islam kembali dijulang oleh orang bukan Islam.
Cuba kita ambil pengajaran daripada sirah Rasulullah SAW....ramai orang bukan Islam memeluk Islam kerana akhlak mulia baginda sendiri....
Biarpun baginda dihina dan dikeji oleh orang bukan Islam, namun layanan dan sikap baginda terhadap mereka tetap baik dan menyenangkan.
Itulah antara sebab mereka memilih Islam sebagai cara hidup mereka.
Bagaimana pula dengan kita??? Tepuk dada tanya iman.
Ingatlah, tegakkan Islam dalam dirimu nescaya akan tertegaklah Islam di atas muka bumi ini.
Wallahu a'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
subhanallah, hebat pengalaman tu. mahal, susah nk cari dlm usia begini.PLKN mematangkan iman bg yg berfikir, & bagi yg berfikir jugak akn terkesan dgn post ni, masakan umat ISLAM sendri x bace tafsir, why should them!!!??? x malu ke kena kate camtu...allahurabbi, mge ALLAH jage kita agar tetap pd jalan perjuangan ISLAM. ISLAM & IMAN. nikmat terbesar, sesiapa yg melepaskan dgn sengaja @ rela, celakelah ia...ALLAH berkati kami, tolong ya RABB!!
Post a Comment