Misi Perubahan : Poster Peluang dakwah

Dalam menuju ke arah perubahan atau apa sahaja ungkapan yang sewaktu dengannya, reformasi, transformasi, penghijrahan, dan sebagainya, saya melihat hari ini lambakan poster-poster dakwah yang menarik dan unik beserta kata-kata indah yang bisa menusuk ke kalbu. Ceh!! Ayat bunga tuh.

Lambakan poster ini sering menghiasi laman muka buku a.k.a facebook kita hari demi hari. Kemunculan poster ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Cepat sahaja merebaknya dan ramai yang minat untuk menghasilkannya. Bagi saya ianya bukan sekadar lambakan biasa-biasa seperti mana lambakan baju-baju dan kasut-kasut bundle di kedai-kedai, namun ia satu lambakan penuh bermakna.

Saya menklasifikasikan 'demam poster' seumpama ini sebagai peluang dakwah yang cukup besar dan merupakan salah satu uslub dan kaedah dakwah yang terbaik era ini. Mungkin ada sesetengah orang yang kurang meminati ceramah agama, wacana minda, forum, dan sebagainya, tetapi bagi mereka, andainya poster-poster sebegini mampu menjentik hatinya untuk mengingati Allah dan lebih dekat pada-Nya, silakan....moga Allah redha dengan anda.

Lantas itu, untuk meneruskan hijrah pemuda ke arah mendaulatkan Islam dan melahirkan umat Islam yang mampu memberi sumbangan kepada Islam dan ummah, pemuda perlu lebih proaktif dalam mempergiat penghasilan poster-poster dakwah ini. Subhanallah, mudahnya nak berdakwah kan!

Tetapi, saya yakin, tidak ramai yang pakar akan hal edit mengedit gambar ni, nak kena cari latar, nak kena fikir warna, dan hiasan yang sesuai untuk menghasilkan poster yang menarik dan mampu menarik minat orang lain, namun, yakinlah Allah tidak menjadikan manusia itu sia-sia dan Allah mencipta manusia itu dengan kelebihan yang pelbagai.

Jadi, fokus misi perubahan kali ini : Hargai kelebihan yang anda ada lebih-lebih lagi mereka yang mahir dalam bab-bab mencipta poster dakwah yang berkualiti. Bagi yang kurang mahir, seperti saya, jangan duduk goyang kaki sahaja, teruskan misi perubahan pemuda ini untuk belajar kemahiran membuat poster kerana ianya peluang dakwah yang sangat besar dalam mendekati dan mengajak masyarakat ke arah Islam.

    Antara poster yang mencuit hati saya, simple, namun penuh makna tersirat...

Ayuh para pemuda! Teruskan  menjana dakwah, hangatkan tarbiyah...Teruskan  menjana poster berkualiti, hangatkan iman pada Allah.
Umat Islam boleh...bergerak utuh seiiring kehebatan teknologi dan media....

Wallahu a'lam dan Allah itu Maha mengetahui....
-insan kerdil ke arah mardhotillah-

1 comments:

yup. setuju .

ana n da geng irbid ni pon dh demam photoshop. nnti nak try vdeo plok .
kne blajo mnde2 gni . xleh harap kat org len je.. ^^

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...