Sifir Perubahan : Tidak drastik tapi berterusan

Dalam kita asyik sebut perubahan, nak berubah, perlu berubah dan bla..bla..bla, kita terlupa satu benda yang penting dalam misi ke arah perubahan ini. Mungkin banyak lagi sifir perubahan yang ada mengikut sudut pandang masing-masing. Tapi, bagi saya, sifir perubahan ini perlu ditekankan kerana ianya bukan suatu benda yang mudah atau senang cakap : SUSAH.

Kata orang, elaklah menyebut perkataan negatif seperti SUSAH, nanti negatif juga tindakannya. Bagi saya, saya bangkang statement ini dengan berpendapat bahawa kadang-kadang, kita perlu menyebut perkataan negatif itu supaya lebih termotivasi dan boleh memberi peringatan buat kita yang selalu lupa ini.

Kenapa sifir perubahan yang saya ingin tekankan ini iaitu "tidak drastik tapi berterusan" saya katakan susah?? Ianya lebih bersifat ke arah istiqamah. Sebelum ini saya pernah menukilkan perihal istiqamah ini. Cuba kita fikirkan kenapa Rasulullah s.a.w berkata bahawa "amalan yang paling baik ialah amalan yang sedikit tetapi istiqamah" bukannya "amalan yang paling baik ialah amalan yang banyak tetapi sehari atau sekali gus sahaja"??

Semua orang saya yakin mampu melakukan amalan baik yang banyak dalam sekali gus. Berpuasa, bersedekah, solat sunat dalam masa sehari, tetapi mampukah semua orang melakukan solat sunat hari ini, keesokan harinya, dan berterusan sampai bila-bila tanpa meninggalkannya walaupun sehari?? Saya rasa tidak semua yang mampu istiqamah walaupun hanya solat sunat rawatib mungkin...!!

Lantas itu, harus saya tekankan pada diri saya dan anda semua, dalam kita ingin melakukan perubahan dalam diri kita, janganlah terlalu drastik atau sekali gus, kemudian berhenti dan tidak lagi berusaha untuk berubah kerana putus asa dan lambat memperoleh hasilnya. Tetapi berubahlah sedikit demi sedikit dengan berterusan sehingga anda berjaya BERUBAH!! Walaupun hasilnya mungkin lambat, tetapi yakinlah Allah menilai usaha anda ke arah perubahan itu.

Perbaharui niat sentiasa untuk apa anda bersusah payah ingin berubah?? Perlu istiqamah dan mujahadah?? Tidak lain tidak bukan adalah kerana ALLAH dan untuk ISLAM. Insya Allah, Allah menilai dan redha Allah   akan mengiringi sepanjang perjalanan perubahan anda itu.

Suka saya ingin kongsikan satu analogi mudah untuk kita lebih jelas berkenaan sifir perubahan ini. Perubahan ini ibarat air yang mengalir melalui batu. Batu ini sangat keras dan kalau fikir logik, mampukah batu itu terhakis hanya dengan aliran air. Namun, batu ini berjaya tehakis. Kerana apa?? Kerana aliran air itu tidak pernah berhenti mengalir. Ia terus mengalir, mengalir dan mengalir lantas dengan izin Allah batu itu terhakis.


Begitulah juga manusia yang sangat mudah terkesan untuk berubah. Sifirnya mudah sahaja : Tidak drastik tapi berterusan. Namun, pelaksanaannya agak sukar. Tapi ingatlah, hijrah menuju keredhaan Allah tidak pernah dihampari permaidani merah yang indah tetapi penuh onak duri dan liku-liku. Andai dirimu terus yakin dengan Allah dan tidak berputus asa dengan rahmat-Nya, insya Allah SYURGA pasti milikmu....

Terus tekadkan hati dalam berubah.
Innalaha maakum.
Wallahu a'lam.

1 comments:

jom jadi yang terbaik..!! ^^

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...