Gubahan Jiwa 3
Masa terus berputar dan berputar..Ada yang bertanya tentang diriku. Tapi...entah la, terus kutolak dengan alasan belum bersedia dan masih muda walaupun umur hampir mencecah angka 30, malah dia pantas mendapatkan yang seribu kali lebih baik.
Biarlah masa yang berputar terus berputar. Sampai masanya, pasti akan tiba. Andai nyawa dikandung badan, pasti ku akan dimiliki. Andai mati dulu menjemputku, kumilik-Nya.
Aku bukanlah hebat, apatah lagi cantik. Hidup pun masih nak enjoy-enjoy. Ibadat, akhlak, ilmu masih di indikator yang rendah. Tapi aku juga punya impian. Ingin dimiliki oleh yang lebih hebat dariku. Seperti mana Khadijah memiliki Muhammad, Fatimah memiliki Ali.
Tapi aku lebih suka...andai dia benar-benar tulus dan bersungguh-sungguh ingin memiliki, jumpalah waliku. Aku milik waliku. Masih di bawah amanah ibu bapaku. Aku sayangkan mereka, dan tak mahu dalam keseronokan hatiku, mengabaikan kunci syurgaku...walidayya
Aku tak ingin diulit perasaan yang membuai-buai dalam keadaan diriku yang sedang bekerja ini. Biarlah kufokuskan sepenuhnya terhadap gerak kerjaku. Bukanlah aku tidak akan sama sekali berfikir soal hati dan perasaan, bagiku...itu perlu dalam menuju ke gerbang sunnah yang suci.
Aku tak suka diikat lama dalam status yang belum pasti. Bukan tidak mampu menjaga...tapi HATI ini, tak kuat!!! Apatah lagi ibu bapaku tidak ketahuan akan hal ini. Kerna itulah prinsipku....berwasilahkan ibu bapaku, itu lebih meyakinkan untuk kubuka hatiku.
Redha ibu bapaku lebih utama, kerna kuyakin, Allah akan redha andai disandarkan cinta itu pada-Nya, melalui wasilah yang lebih mulia. Hakikatnya aku milik-Nya. Pada-Nya kuberserah. Allahu Akbar!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment