Merasai Mukjizat Al-Quran


Kadang-kadang, terfikir, berapa ramai yang cuba memahami, mentadabbur, beramal dan menyeru apa yang diseru dan menegah apa yang ditegah Al-Quran.
Kadang-kadang, kita rasa Al-Quran itu kitab yang biasa-biasa sahaja. Bukan bermakna tak hormat dan mengangkatnya ke tempat mulia, tetapi kekadang kita tak rasa zuk dan lazatnya alunan ayat suci itu.

Saya tetiba terfikir lagi...macam mana la kalau tetiba, tongkat Nabi Musa bertukar ular di hadapan mata kita.? Wow!! Mesti kita kagum gilerrr. Macam mana kalau kita yang berada di atas bahtera Nabi Nuh? Macam mana kalau kita rasa api sejuk seperti yang dirasai Nabi Ibrahim?

Subhanallah, semuanya kembali pada-Nya. Maha Suci Allah yang menetapkan iman kita dalam rukun iman percaya kenabian nabi-nabi-Nya beserta semua mukjizat tanda kebesaran Allah.

Itulah mukjizat hissi, yang boleh dilihat dan dirasa membuktikan hebatnya mukjizat yang dianugerahkan Allah buat rasul-rasul-Nya.

Macam mana dengan mukjizat ma'nawi yang masih kekal sehingga hari ini. AL-QURAN. Terasa tak kita hebatnya kalamullah ini? Memang kita tak lihat di mana dan bagaimana mukjizat itu, tapi hati boleh rasakan itu.

Telinga yang mendengar alunan itu buat hati jadi tenang. Mulut yang mengalunkannya seindah-indah zikir pada-Nya. Itulah akhlak baginda Nabi saw. Itulah sebaik-baik penawar. Allah...Allah...Allah, hebat rupanya mukjizat yang satu ini.

Lantas, saya mengajak semua untuk meletakkan mukjizat ini dalam hati kita, sentiasalah jadikannya halwa telinga walaupun melalui rakaman audio, cubalah hafalnya, bacalah selalu.

Paling penting, empat point seperti saya sebut di atas : Faham, tadabbur, amal, seru   a.k.a   FaTAS

Sekadar perkongsian ringkas...Selamat beramal :) Wallahu a'lam.

-tengkufatimahazzahra-

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...