Duhai Sahabat


       Ramai yang mengatakan sahabat itu penting, namun berapa ramai yang benar-benar menghargai sahabat. Berapa ramai yang bersama sahabat di kala suka dan duka. Berapa ramai yang mengikut jejak langkah sahabat yang soleh. Ah, sedikit sekali barangkali.

       Jujur ana katakan, ana pernah rasa bahawa sahabat itu penting. Tatkala itu ana rasa lemah dalam perjuangan. Masa itu sahabat tiada di sisi. Benar kata orang, kita akan rasa kehilangan seseorang bila dia tiada di sisi. Ana menangis kerana tiada penyokong jiwa yang sedang lara. Hanya Allah sahaja tempat ana bergantung.

       Apabila ana bertemu sahabat lain yang turut sama-sama berjuang di jalan-Nya, hati ana kembali ceria. Sama-sama berjuang, sama-sama gembira, sama-sama sedih....Oh, bahagianya pabila bersamanya. Namun, ana akui ana punya ramai kawan dan bagi ana tidak salah berkawan dengan mereka asalkan perjuangan bersama sahabat tidak dilupakan.

       Tetapi, hari itu, ana leka. Ana lalai daripada-Nya. Ana jauh daripada-Nya. Puncanya ana tertinggal sahabat ana di belakang. Ana abaikannya sehingga terikut-ikut kawan kawan lain. Yang menyedihkan bukan sehari, bahkan kelalaian itu sehingga berhari-hari. Sehinggalah ana kembali dekat pada-Nya. Baru ana sedar betapa ana berdosa kerana terlalu melebihkan kawan berbanding sahabat seperjuangan.

        Mujur Tuhan tidak tarik sahabat ana daripada diri ini. Ana bersyukur sangat. Sungguh, kelalaian itu telah mengingatkan ana bahawa sahabat itu sangat penting. Benarlah apa yang orang cakap sahabat itu cerminan kepada diri sendiri. Tidak salah berkawan dengan semua orang asalkan kita tidak terpengaruh dengan perangai buruk kawan kita itu. Apa yang penting kita mempengaruhi kawan kita ke arah kebaikan agar mereka turut menjadi sahabat seperjuangan di jalan-Nya.


Duhai sahabat, 
Betapa kau penting dalam hidupku,
Menyedarkanku di kala terleka,
Membawaku bersamamu menggapai redha-Nya,
Ketahuilah aku amat menyayangimu,
Janganlah kau jauhkan dirimu dariku,
Kerna aku juga punya kelemahan,
Moga hadirnya dikau,
Membawa warna-warna pelangi, 
Melengkapkan diriku yang kerdil ini.


p/s: rindunye sahabat2...moga2 apa yang ana alami sendiri ini menambahkan rasa kasih pada sahabat sekalian

1 comments:

benar..kadang kala saya sendiri terleka seketika dlm melayari saat suka bersama kawan sehingga tanpa sedar telah melalaikan tali persahabatan saya dgn sahabat sejati yg sentiasa mendampingi saya saat suka mahupun duka..alhamdulillah, berkat doa dan keikhlasan saya terhadap segala kekhilafan saya, sahabat saya kembali ke pangkuan dgn kerelaan hatinya..syukur sangat-sangat krn saya tak kehilangannya..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...