"Ayah, dari tadi Along tengok ayah ulang-alik kat dalam rumah ni. Pening kepala Along. Mata pun macam dah nak juling tengok ayah tak duduk diam macam ni. Ayah cari apa sebenarnya?" tanya si anak kehairanan.
Si ayah yang kelihatan sudah penat dan kecewa namun masih meneruskan operasi pencariannya segera menjawab," Ayah sedang cari rumah ni, tapi tak jumpa-jumpa,"
" Ha...Ha...Ha...Apalah ayah ni! Pandai ayah buat lawak kan. Kita kan dah duduk dalam rumah, buat apalah ayah nak cari rumah, carilah benda lain ayah hoi! Ayah..Ayah...."kata si anak membalas kata-kata ayahnya yang tidak logik itu.
Apa yang ana nak sentuh daripada cerpen dia atas ialah sikap ayahnya yang pelik.
Mana tidaknya, dah duduk dalam rumah tapi masih nak cari rumah...pelik kan.
Tapi, yang pelik inilah yang menjadi tabiat dalam kalangan umat Islam pada hari ini.
Cuba antum fikir...kita dah pun berada di dunia, tapi masih ramai dalam kalangan kita yang masih mahu mencari dunia...
Kita memang tak rasa pelik, tapi analogi cerpen 'duduk dalam rumah tapi mencari rumah' sebenarnya sangat pelik kan.
Begitulah keadaanya umat kita pada hari ini, 'duduk dalam dunia tapi mencari dunia'
Sepatutnya kita apabila berada di dunia perlulah mencari akhirat kerana itulah kehidupan yang kekal abadi.
Sebagaimana yang ana pernah beritahu sebelum ini, dunia ialah ladang akhirat.
Kalau kita masih lagi mencari dunia di dunia ini, kita memang tak kan dapat mengejarnya habis-habisan kerana kita memang sudah berada di dalamnya.
Sekalipun kita tak cari dunia, 'dia' tetap hadir kerana kita memang sudah berada di dunia...
Oleh itu marilah sama-sama mengambil iktibar daripada cerpen di atas kerana analoginya cukup simple dan kita tak perlu fikir panjang untuk memahaminya.
Ayuhlah kita mencari akhirat kerana jika kita kejar akhirat, Insya Allah akhirat akan kita peroleh dan dunia pun akan kita nikmati.
Ingatlah, dunia tempat mencari akhirat bukan dunia tempat mencari dunia....Dan sesungguhnya dunia itu banyak fitnahnya jika kita lupakan Tuhan, lupakan mati dan lupakan akhirat.
Wallahu A'lam...
2 comments:
time kasih tengku kerna mnyedarkan hamba yg dhaif ini..
tahniah tengku,diatas pencapaian spm..
Segala pujian hanya bagi Allah...
Bersyukurlah selalu kerana segala nikmat datang daripada-Nya.
Apepun Fatin,kita semua tetap sudah berjaya.
Post a Comment