Semoga Hidayah Miliknya Jua

Di sini ana nak cerita satu kisah benar yang ana alami sendiri masa di PLKN.
Mungkin cerita ini bagi sesetengah orang biasa je tapi bagi ana  ia satu perkara yang penting.
Semasa sedang dijalankan upacara tamat latihan baru-baru ini, seorang ustaz dipanggil untuk membaca doa penutup.
Ketika doa dibaca, ana melihat seorang kawan non muslim lelaki turut menadah tangan dan mengamimkan doa.
Dalam hati ana sangat teruja dengan tindakannya.
Mungkin selama ini pun dia  dah selalu mengamimkan bacaan doa, wallahu a'lam.
Tetapi ana teringat semasa kem membuat tayangan video siaran langsung majlis sambutan maulidur rasul, dia turut berada di situ kerana ianya terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menonton siaran langsung itu.
Dalam hati ana, dia mungkin berminat untuk mendalami Islam dan menurut seorang sahabat ana dia memang berniat untuk mendalami Islam dan Insya Allah jika hidayah-Nya sudah sampai dia akan memeluk Islam.
Apa yang ana harapkan antum dapat sama-sama doakan rakan ana ini agar dipermudahkannya untuk menjadi seorang muslim yang benar-benar beriman.
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Allah berhak memberikannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Jadi kita yang sudah beragama Islam, sama-samalah kita berdoa agar kita dapat hidup dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah jua dan tidak lupa untuk memohon agar Allah tetap memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita dan seluruh umat Islam.
Semoga kisah yang ana bawakan kepada antum dapat menjadi pengajaran buat kita dan menyuntik semangat kita untuk terus mendalami Islam dan mengamalkan ajarannya, Insya Allah.

Wallahu A'lam

3 comments:

subhanallah, hebat. cerita tentg sahbat chinese tu ana bawakan pd sahbat2 len, teruja betol.. Allahumma yahdi 'alaihim, insyaAllah, biiznillah. ^-^

insyaAllah..smoga hidayah miliknya..

insyaAllah, semoga hidayah miliknya satu saat nanti..amin semakin bertambahlah umat Islam satu ketika nanti

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...