Salam buat pembaca blog Lihat, Fikir, Amal...Semoga antum sentiasa di bawah panji rahmat Ilahi hendaknya...Tadi ana tolong mak buat sejenis kuih tradisional iaitu 'tepung bunga'...Mak cakap pasti anak-anak mak tak pernah makan kuih ni. Menurut mak, orang-orang dulu kebiasaannya buat kuih ni sebagai hantaran perkahwinan. Abah pula cakap di kampungnya biasanya orang-orang dulu akan hidangkan kuih ni untuk sambutan maulidur Rasul, berzanji dan majlis-majlis yang sewaktu dengannya...
Jadi, sukalah untuk ana berkongsi resepi kuih tepung bunga khas buat pembaca blog ni...Selamat mencuba...
Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
- Tepung pulut, gula, garam halus, air dan telur.
Cara-cara penyediaan :
- Masukkan tepung pulut, sedikit gula, garam halus dan air ke dalam bekas.
- Gaul dan uli sehingga menjadi doh.
- Cubitkan sedikit doh itu dan bentukkannya sehingga menjadi bentuk bulat yang leper. Buat sampai doh habis dibentuk.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Pukul telur dalam bekas yang lain dan celupkan satu persatu bentuk bulat leper tadi ke dalam telur yang telah dipukul.
- Setelah minyak panas, masukkan celupan kuih bersama telur tadi ke dalam kuali satu persatu.
- Goreng sehingga kekuning-kuningan. Pastikan api yang digunakan sederhana besar.
- Toskan kuih yang sudah masak dan hidangkan di atas pinggan.
- Sebelum makan, taburkan sedikit gula ke atas kuih tepung bunga itu tadi.
p/s : Sukatan untuk bahan-bahan tu boleh agak-agak je...
Inilah kuih tepung bunga yang disiapkan oleh ana dan keluarga...tapi dah masuk ke dalam perut.. Cubalah kuih yang simple dan sedap ni ye!!
0 comments:
Post a Comment