Lalu aku bercerita tentang seorang kawan bukan Islam yang mengatakan bahawa apabila seseorang wanita itu bertudung, dia sebenarnya telah membuka ruang kepada para lelaki untuk lebih mengetahui perihal rambutnya. Adakah rambutnya panjang ke, pendek ke, ikal mayang ke, buat teknik rebonding ke? Namun aku membalas dengan mengatakan bahawa menutup aurat dengan bertudung itu satu kewajipan dan kalau saintifiknya seseorang wanita bertudung dapat memelihara rambutnya daripada panas matahari dan aspek-aspek lain yang boleh merosakkan rambut.
Namun kekadang dia menyatakan bahawa wanita bertudung mesti berhati-hati kerana mungkin pandangan lelaki terhadap wanita itu berbeza. Baginya, dia tidak perlu risau kerana lelaki dah tahu keadaan rambutnya jadi dia rasa lebih bebas dan selamat. Tatkala itu aku buntu. Tidak tahu bagaimana lagi harus kujawab. Tidak pasti hujah apa yang patut kuberikan. Lalu aku berdiam diri sahaja. Sedih...kecewa...rugi pun ada kerana tidak dapat meyakinkannya dengan hujahku yang bernas apatah lagi suatu dalil pun tidak kuingati.
Lantas kubertanyakan Kak Long apakah yang harus kujawab andai penyataan seperti kawan bukan Islamku tadi dilontarkan terhadapku. Jawab Kak Long, " Sebenarnya hanya lelaki yang berniat buruk sahaja mempunyai nafsu untuk melihat rambut wanita bertudung. Tidak semua lelaki seperti itu. Bahkan, wanita yang benar-benar menutup aurat lebih dihormati dan Insya Allah akan diselamatkan daripada sebarang fitnah dan bala bencana."
Kak Long menyambung lagi. " Ada suatu kisah yang berlaku di sebuah restoran. Kelihatan, seorang ayah dan anak perempuannya sedang makan-makan. Mereka ni golongan yang biasa-biasa je la. Nak diakatakn terlalu warak pun tidak juga. Kemudian tanpa disedari mereka, seorang perempuan bertudung labuh telah melalui meja makan mereka. Tidak lama selepas itu, seorang gadis muda yang berpakaian seksi melintasi meja makan mereka. Lalu si anak segera berkata kepada ayahnya, "Ayah, cuba tengok perempuan itu....seksinya...."
Kemudian Kak Long mengulas buti-butir hikmah daripada kisah tersebut bahawasanya seorang wanita yang benar-benar menutup aurat ( bukan hanya sekadar bertudung) Insya Allah akan diselamatkan Allah daripada mata-mata liar lelaki kerana niatnya yang menutup aurat kerana-Nya. Tetapi jika sebaliknya berlaku, pasti kita akan dikecam hebat oleh lelaki. Nah, jelas di situ bahawa menutup aurat dapat menjaga maruah seseorang wanita itu. Benarlah seperti firman-Nya dalam surah Al-Ahzab ayat 59 bahawa wanita yang menutup auratnya mudah dikenali dan tidak akan diganggu.
Penjelasan dan contoh yang dibawa Kak Long benar-benar menyentuh hatiku. Sungguh, aku telah nampak hikmahnya. Terima kasih Kak Long. Aku benar-benar berharap agar suatu hari nanti, pandangan orang lain terhadap golongan yang menutup aurat akan berubah sama sekali. Namun, fenomena yang berlaku dalam kalangan gadis bertudung hari ini dengan aksi-aksi dan pergaulan melampau sebenarnya telah menutup hikmah perintah Allah agar menutup aurat kepada orang bukan Islam. Lantas menyebabkan mereka bersikap pesimis terhadap muslimah zaman sekarang. Ternyata golongan muslim sendiri yang menghilangkan keagungan Islam di mata golongan bukan Islam.
Semoga aku dapat menjadi muslimah yang menutup aurat kerana-Nya, bukan sekadar ingin menunjuk diri ini solehah dan sempurna kerana aku juga punya kelemahan yang banyak. Terlalu banyak yang perlu kuperbaiki diri ini. Teringatku akan kata-kata ini " Wanita solehah ialah yang tidak dipandang dan tidak memandang "....Cukuplah aku ingin menjadi penyeri dunia yang mengharapkan pandangan Ilahi daripada pandangan sang lelaki.
0 comments:
Post a Comment