Belajar Erti Syukur di Bulan Ramadhan

Walau hanya soal kasut....


Apabila kita teringin menambah bilangan koleksi kasut, ingatlah bahawa ada orang yang langsung tak berpeluang untuk membeli kasut walau sepasang.

Apabila kita tertukar kedua-dua belah saiz kasut dengan orang lain, ingatlah bahawa ada orang yang tertukar kasut dengan kasut yang sebelah kecil dan sebelah besar.

Apabila kita tertukar sebelah kasut dengan saiz yang kecil dan sebelah lagi dengan saiz yang besar, ingatlah bahawa ada orang yang langsung terus hilang sebelah pasang kasutnya.

Apabila kita hilang sebelah pasang kasut, ingatlah bahawa ada orang yang hilang sebelah daripada kakinya.

Apabila kita hilang sepasang kasut, ingatlah bahawa ada orang yang hilang sepasang kakinya.

Apabila kita hilang sepasang kaki, ada orang yang hilang sepasang tangan bahkan lebih teruk daripada itu.

Apabila seorang hamba Allah ditarik nyawanya, bersyukurlah kerana kamu masih hidup.

Namun hakikatnya semuanya milik-Nya dan akan kembali pada-Nya.


Maka bersyukurlah andai nikmat yang kamu miliki ditarik Ilahi kerana tanpa kausedari masih punya banyak nikmat yang Allah kurniakan kepadamu.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang” An-Nahl:18

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar pada-Ku” Al-Baqarah:152

Lantas pada bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita menghargai dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita dengan menggunakan harta, wang ringgit, makanan, tenaga bahkan apa jua nikmat-Nya ke jalan kebaikan. Moga dengan amalan kebajikan yang kita lakukan, darjat taqwa hasil madrasah Ramadhan dapat dikecapi.

“…Dan barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun wanita sedangkan dia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk ke dalam syurga. Mereka diberi rezeki di dalamnya sehingga tidak terhingga” Al-Ghafir:40

 “Tiadalah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah”Riwayat Muslim

Ayuh!!

Hidupkan Ramadhan dengan sedekah…Tanda syukur pada Yang Maha Pemurah.

wallahu a'lam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...