Travelog : Imbauan kenangan usrahku...

Hari itu, kami berbincang. Pantai merupakan destinasi terbaru. Tempat harus berubah-ubah. Bukan ingin melancong semata-mata, tetapi membuka minda jangan terlalu jumud. Islam bukan setakat di masjid atau tempat-tempat rasmi, bahkan setiap pelusuk kehidupan dari semua aspek adalah dalam lingkungan Islam.

Justeru, halaqah usrah bersama sahabat-sahabat juga perlu diperluaskan. Bersama sahabat nuqaba' akhowat kami sepakat. Halaqah usrah akan datang kita adakan di tepi pantai. Sambil makan-makan dan mengambil udara segar melihat kebesaran Allah, kita juga dapat berilmiah berkongsi ilmu dan masalah demi kepentingan mad'uu dan Islam khasnya.

Perjalanan kami mulakan. Hari Sabtu, waktu outing pelajar-pelajar asrama. Peluang diambil sebaik mungkin agar tidak melencong ke tempat lain. Tempat yang dituju hanya satu. Pantai Teluk Lipat, Dungun. Matlamat pun hanya satu, keredhaan Allah. Walaupun dalam kesibukan menelaah pelajaran, usrah tetap dijalankan. Akademik nombor satu, namun dakwah bukan nombor dua.

Perjalanan diteruskan. Kami menunggu bas tiba, kemudian setibanya bas, kami terpaksa berhimpit-himpit. Ada dalam kalangan kami yang baru pertama kali menaiki bas untuk outing ke bandar. Tidak mengapa susah sedikit, sekejap sahaja. Jaga ikhtilat dalam bas ye! Jangan sampai berlaga sesama bukan mahram. Akhirnya setelah perjalanan selama 15 minit, kami tiba.

Oh, pantai...indahnya kamu. Subhanallah! Halaqah bermula. Majlis dibuka dan pelbagai ilmu dikongsi. Sempat kami membeli keropok, cucur, pisang goreng, air dan sebagainya di gerai tepi jalan. Bukan sekadar ilmu, pengalaman dan masalah dikongsi, namun rezeki kurniaan Ilahi berupa makanan dan minuman turut dikongsi bersama. Walaupun tidak sampai sehari halaqah kami kali itu, namun, didoakan moga ianya diberkati dan tali ukhuwwah antara kami terus bersimpul teguh.


Ah! Indahnya saat itu. Ya, aku rindukan pantai, aku rindukan kenangan itu. Bersama sahabat-sahabat seperjuangan tika di alam persekolahan. Kurindukan mereka semua. Bersama teman-teman nuqaba', sehabis daya kami cuba melatih diri membimbing adik-adik mengenal manisnya iman dan islam. Mengajar mereka indahnya ukhuwwah. Mendidik mereka erti pengorbanan, jihad dan istiqamah. Semuanya dalam satu....USRAH.

Alhamdulillah, terbangnya aku di bumi kinanah, Jordan ini, kumasih berpeluang merasai nikmat itu. Bersama ahli rumah, halaqah tazkirah tiap-tiap minggu dilaksanakan. Bersama ahli usrah baru yang dikenali sebagai Tour de Ilmi atau ringkasnya TDI aku masih merasai nikmat itu. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

 Walaupun halaqah di zaman muda-muda dahulu ketika masih bersekolah *perasan masih muda* sudah tiada, tetapi aku yakin, ada penerus generasi kami. Generasi yang terus dilahirkan hasil didikan para nuqaba' untuk memastikan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah terus dilaksanakan. Aku dan sahabat-sahabatku juga hasil nuqaba' yang lepas-lepas. Semoga begitulah seterusnya.

Sememangnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a yang memulakan misi dakwah sudah tiada, tetapi mereka juga penerus dakwah para anbiya terdahulu. Ulama pewaris Nabi juga ramai yang sudah tiada, tetapi akan ada penerusnya. Siapa?? Kita!!! Kita adalah para pendakwah penerus rantai-rantai perjuangan para anbiya, para sahabat, dan para ulama yang akan terus berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi ini.

Biarlah banyak mehnah yang harus ditempuh, namun, kita tetap teguh melangkah menuju satu matlamat, keredhaan Allah melalui wasilah dakwahnya, bermula daripada halaqah usrah menuju kepada kejayaan yang lebih besar, insya Allah. Allah tidak bertanya akan kejayaan dakwah, namun, tanyalah diri kita apakah usaha yang telah kita lakukan dalam menegakkan kalimah tauhid-Nya?

Hidup menang....atau....mati syahid.....Takbir!!! ALLAHU AKBAR.
Wallahu a'lam....

2 comments:

Allahuakbar..memang sangat2 indah saat itu..ingin ku mengimbau kembali kenangan bersama sahabat2 perjuangan di pantai tersebut,di situlah kita berkongsi ilmu dan berusrah,walaupn skrg ni dah hancur dirakus 0leh 0mbak,ttpi x memadamkn kenangan indah kita..mgkn itu amaran drpd Allah kpd hambaNya yg lalai dgn keser0n0kan dunia..sem0ga ukhuwwah kita terus terjalin hingga ke syurga..

Subnallah.. buat sahabat2 yang membaca blog ukhti fatimah.. :) x tergambar perasaan rindu kat antum.. susah senang kite bersamae.. daripada ting 2 hingge ting 5.. ukhuwah yang terbina seperti untaian tasbih.. tiada awal dan tiada penghujungnyer... ditarbiyah untuk mentarbiyah.. rindukan usrah bersama sahabat2.. uhibbukum fillah jiddan.. ;)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...