Namun, adakah semua yang terjadi itu salahnya semata? Saya pernah mendengar bahawa Sufiah ini dahulu pada masa kecil pernah dikurung oleh ayahnya di dalam bilik semata-mata untuk belajar dan beliau menganggapkan hidupnya yang dikawal oleh ayahnya itu sebagai hidup di 'neraka'.
Ini hanya pendapat peribadi saya, atas kalian yang menilai sesuatu perkara. Bagi saya, kita tidak boleh menyalahkannya seratus peratus atas tindakannya yang rela 'menjual' tubuh badan demi mencari wang yang sepatutnya boleh dicari melalui cara yang lain. Namun, tanpa kita sedar, 'pemberontakannya' itu berlaku akibat didikan ayahnya yang agak menekan jiwa dan emosinya menyebabkannya berubah.
Saya pun kurang pasti bagaimanakah hidupnya sekarang? Apapun, sama-samalah kita doakan moga Sufiah diberi hidayah oleh Allah. Insan yang bijak seperti Sufiah merupakan aset yang terlalu penting dalam memperhebat dakwah Islam di atas muka bumi ini.
Oleh itu, sangat penting buat ibu bapa khususnya dan setiap insan umumnya untuk mengambil berat akan perihal didikan ini. Tidak salah kita bertegas terhadap anak-anak atau murid-murid atau sasaran dakwah kita, tetapi perlu kena cara pada keadaan inidividu tersebut. Jangan hanya cita-cita kita untuk melihat insan tersebut berjaya, kita menekannya dengan keras dan mengakibatkan hidupnya terus jauh daripada jalan yang benar.
Bahkan Allah mengingatkan kita untuk berdakwah dengan penuh berhikmah, tidak kira dakwah terhadap anak-anak, ahli keluarga, rakan-rakan atau sesipaa sahaja. Kita perlu ingat, kegagalan dakwah tidak semestinya salah sasaran dakwah itu sendiri, bahkan mungkin salah kita sendiri.
Moga sama-sama kita muhasabah diri. Jangan terus meletakkan kesalahan terhadap seseorang tanpa mengetahui punca kelakuan orang tersebut. Ayuh semua! Giatkan dakwah, mantapkan tarbiyah denagn doa dan harapan pada-Nya, kita akan berjaya, insya Allah.
0 comments:
Post a Comment