Penawar kesakitan milik Allah


Ya Allah, kekadang perit apabila hendak cuba meletakkan pergantungan hanya pada Allah walaupun hati berusaha untuk mengatakan itu hanya milik Allah, datang dan kembali jua pada-Nya. Sakit...sembuhnya datang dari Allah. Dan ubat itu tanda kita sebagai hamba-Nya berusaha di samping berdoa dan betawakkal pada-Nya selalu. Ya Allah, sukar rasanya apabila bisikan-bisikan bertamu mengatakan itu bukanlah dari-Nya tetapi daripada ubat yang digunakan.

Hari itu, aku menggunakan satu ubat atas kesakitan yang dialami. Tetapi tidak berhasil. Saya tukar ubat yang lain pula. Alhamdulillah, berhasil. Tetapi tanpa sedar, terdetik di hati mengatakan, "Alhamdulillah, ubat ini mujarab sungguh". Walaupun pujian telah terungkap pada Ya Syafi, Ya Maha Memberi Kesembuhan, tetapi hati tetap menyokong hebatnya ubat itu.

Ya Allah, sukar sekali. Hati ini memang selalu sahaja hendak meletakkan Allah sebagai pemberi kesakitan dan kesembuhan. Ubat dan doa hanya wasilah usaha. Andai duduk goyang kaki tanpa usaha, masakan Allah hendak memberi kerana Allah sukakan orang yang berusaha dan Allah Maha Adil, memberi pada yang berusaha dan meminta.

Tetapi aku yakin, bahawa yang memberi kesembuhan itu hanya Allah. Bukan ubat yang dimakan, bukan kerana doaku, tetapi kerana RAHMAT-NYA. Sebab Dia sayangkan hamba-Nya. Teringat aku akan kisah Nabi Ayyub a.s yang diuji teruk dengan kudis dan nanah pada seluruh badannya. Sehinggakan semua di sekelilingnya takut berdekatan dengannya. Namun, dengan kuasa dan kasih sayang Allah pada Nabi-Nya yang tidak pernah putrus asa dan tidak betah berzikir pada Allah, Allah mengembalikan tubuh badan yang sihat pada Nabi Ayyub a.s.

Di situ keyakinanku makin teguh. Nabi Ayyub pun pada masa itu tidak mampu untuk mencari mana-mana penawar. Beliau hanya mampu berdoa dan berzikir atas ujian yang menimpa kerana baginya, ujian itu adalah untuk mengukuhkan iman beliau pada-Nya. Tetapi siapa lagi yang dapat menyembuhkan sakit yang teruk itu kalau tidak Allah s.w.t.

Ada sahaja pembedahan yang ditouch-up dengan teknologi moden tetapi tidak berhasil, tetapi ada juga yang berhasil. Bahkan ada sakit yang hanya menggunakan ubat tradisional, tetap sembuh, tetapi ada juga yang tidak sembuh. Kerana apa?? Sembuh dan sakit itu hanya dari Allah. Namun, kita sebagai hamba, tidak cukup hanya berserah dan bertawakkal tanpa disertakan usaha dan doa, insya Allah di situ pasti ada rahmat dari-Nya.

Kini, aku makin yakin. Tiadalah yang menyembuhkan sakitku melainkan Allah. Sekalipun aku menggunakan ubat yang mujarab dan mahal, andai Allah tidak izinkan kesembuhan itu, aku tidak akan sembuh. Ya Allah kuatkanlah yakinku pada-Mu. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Andai aku masih belum sembuh, aku yakin keampunan-Mu menggunung tinggi. Astaghfirullah....

"Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang orang itu mampu"

Wallahu a'lam....sekadar muhasabah diri....moga Allah redha....


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...