Zainab Al-Ghazali

Alhamdulillah, dalam duduk relax-relax di rumah pada malam Jumaat, dapat juga input dan ilmu yang dikongsi oleh ahli rumah baru saya, Bayt Qiblatain. Terkesan sungguh dengan kisah Zainab Al-Ghazali yang hidup pada zaman pemerintahan kuku besi Mesir, Jamal Naseer. Zainab merupakan antara pejuang muslimat yang menentang pemerintahan pada zaman itu.

Satu hari di dalam penjara -dengan wajah bersemangat ahli rumah saya bercerita masa itu- mereka yang zalim itu memasukkan anjing-anjing yang ganas dalam 'kamar' Zainab. Allah, saat sang anjing mula masuk, hati Zainab pada masa itu sudah berdebar-debar, sangkanya hari  itu bukan harinya lagi.

Dalam hatinya, dia hanya mampu berdoa pada Allah. Saat tiada sesiapa yang mampu menolongnya, Allah sahaja yang pasti akan menolongnya. Tidak putus-putus doa dan harapan yang dipohonnya kepada Allah swt. Allahu Allah....Terdetik di hati saya seketika, bagaimanakah pergantungan kita sebagai hamba pada-Nya selama ini??

Ketika mana detik cemas tiba, anjing-anjing itu bersiap siaga untuk menerkam 'jamuan' mereka, Zainab hanya memejam mata, dia hanya membayangkan bajunya yang putih itu akan berlumuran darah, koyak rabak, barangkali tiada lagi yang menutupinya. Namun, tidak pernah sesaat pun, hatinya tidak berhenti-henti mengalunkan munajat pada Tuhan-Nya, Allah Yang Maha Esa.

Tiba-tiba....dia membuka matanya, alangkah terkejutnya apabila warna kerudungnya tidak berubah, putih itu masih kekal putih berseri-seri tanpa palitan kekotoran apatah lagi warna-warna merah darah. Sang anjing-anjing ganas itu hanya 'baik-baik' sahaja di suatu sudut. "Aku selamat", seolah-olah itulah yang dijerit batinnya. Zainab selamat denagn izin Allah Yang Maha Kuasa.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, tiada lafaz lagi mampu terucap. Saat itu, Zainab tidak pernah menyerah, dia tidak pernah gentar atas segala siksaan yang dihadapinya kerana yakinnya pada perjuangannya demi Islam tercinta beserta tawakkal dan keyakinannya pada Allah.

::: Muhasabah malam Jumaat, adakah kita mampu sekental, sehebat Zainab dan setinggi tawakkal pada-Nya sebagaimana Zainab?? Renung-renungkanlah :::

Murabbi ~jazakallah kheir~


Kehadiran murabbi yang pertama kali saya bertentang mata dengan beliau pada 30 disember 2012 ke dataran syuhada' Mu'tah memberi impak yang agak besar buat pelajar Mu'tah khususnya apatah lagi beberapa detik lagi, bakal menjengah ke tahun baru dan semestinya ada input-input daripada al-fadhil ustaz sendiri turut menjadi salah satu daripada senarai azam baru 2013.

Pada hari in sahaja, penuh di dinding muka buku saya post-post berkenaan nasihat, untaian tazkirah dan butir-butir hikmah daripada Ustaz Zainul Asri yang berasal dari Kedah.  Alhamdulillah, seronok dengan keadaan itu membuatkan saya berasa sangat indahnya perkongsian ilmu dan biah nasihat menasihati dan pesan berpesan kepada kebaikan ini..

Apa pun, harapan buat saya sendiri dan seluruh sahabat se-Mu'tah khususnya agar dapat beramal dengan segala ilmu yang telah dikutip dan dicedok daripada ustaz, bukan sekadar tambah, tapi beramal. Sesungguhnya itu adalah yang paling utama.

Jazakallah khairaa buat murabbi tercinta, doa tidakkan putus agar daku dapat ketemu sama ustaz lagi. Moga Allah berkati dan mengurniakan kerahmatan buatmu.

-tengkufatimahazzahra-

Merasai Mukjizat Al-Quran


Kadang-kadang, terfikir, berapa ramai yang cuba memahami, mentadabbur, beramal dan menyeru apa yang diseru dan menegah apa yang ditegah Al-Quran.
Kadang-kadang, kita rasa Al-Quran itu kitab yang biasa-biasa sahaja. Bukan bermakna tak hormat dan mengangkatnya ke tempat mulia, tetapi kekadang kita tak rasa zuk dan lazatnya alunan ayat suci itu.

Saya tetiba terfikir lagi...macam mana la kalau tetiba, tongkat Nabi Musa bertukar ular di hadapan mata kita.? Wow!! Mesti kita kagum gilerrr. Macam mana kalau kita yang berada di atas bahtera Nabi Nuh? Macam mana kalau kita rasa api sejuk seperti yang dirasai Nabi Ibrahim?

Subhanallah, semuanya kembali pada-Nya. Maha Suci Allah yang menetapkan iman kita dalam rukun iman percaya kenabian nabi-nabi-Nya beserta semua mukjizat tanda kebesaran Allah.

Itulah mukjizat hissi, yang boleh dilihat dan dirasa membuktikan hebatnya mukjizat yang dianugerahkan Allah buat rasul-rasul-Nya.

Macam mana dengan mukjizat ma'nawi yang masih kekal sehingga hari ini. AL-QURAN. Terasa tak kita hebatnya kalamullah ini? Memang kita tak lihat di mana dan bagaimana mukjizat itu, tapi hati boleh rasakan itu.

Telinga yang mendengar alunan itu buat hati jadi tenang. Mulut yang mengalunkannya seindah-indah zikir pada-Nya. Itulah akhlak baginda Nabi saw. Itulah sebaik-baik penawar. Allah...Allah...Allah, hebat rupanya mukjizat yang satu ini.

Lantas, saya mengajak semua untuk meletakkan mukjizat ini dalam hati kita, sentiasalah jadikannya halwa telinga walaupun melalui rakaman audio, cubalah hafalnya, bacalah selalu.

Paling penting, empat point seperti saya sebut di atas : Faham, tadabbur, amal, seru   a.k.a   FaTAS

Sekadar perkongsian ringkas...Selamat beramal :) Wallahu a'lam.

-tengkufatimahazzahra-

Gubahan Jiwa 3


Masa terus berputar dan berputar..Ada yang bertanya tentang diriku. Tapi...entah la, terus kutolak dengan alasan belum bersedia dan masih muda walaupun umur hampir mencecah angka 30, malah dia pantas mendapatkan yang seribu kali lebih baik.

Biarlah masa yang berputar terus berputar. Sampai masanya, pasti akan tiba. Andai nyawa dikandung badan, pasti ku akan dimiliki. Andai mati dulu menjemputku, kumilik-Nya.

Aku bukanlah hebat, apatah lagi cantik. Hidup pun masih nak enjoy-enjoy. Ibadat, akhlak, ilmu masih di indikator yang rendah. Tapi aku juga punya impian. Ingin dimiliki oleh yang lebih hebat dariku. Seperti mana Khadijah memiliki Muhammad, Fatimah memiliki Ali.

Tapi aku lebih suka...andai dia benar-benar tulus dan bersungguh-sungguh ingin memiliki, jumpalah waliku. Aku milik waliku. Masih di bawah amanah ibu bapaku. Aku sayangkan mereka, dan tak mahu dalam keseronokan hatiku, mengabaikan kunci syurgaku...walidayya

Aku tak ingin diulit perasaan yang membuai-buai dalam keadaan diriku yang sedang bekerja ini. Biarlah kufokuskan sepenuhnya terhadap gerak kerjaku. Bukanlah aku tidak akan sama sekali berfikir soal hati dan perasaan, bagiku...itu perlu dalam menuju ke gerbang sunnah yang suci.

Aku tak suka diikat lama dalam status yang belum pasti. Bukan tidak mampu menjaga...tapi HATI ini, tak kuat!!! Apatah lagi ibu bapaku tidak ketahuan akan hal ini. Kerna itulah prinsipku....berwasilahkan ibu bapaku, itu lebih meyakinkan untuk kubuka hatiku.

Redha ibu bapaku lebih utama, kerna kuyakin, Allah akan redha andai disandarkan cinta itu pada-Nya, melalui wasilah yang lebih mulia. Hakikatnya aku milik-Nya. Pada-Nya kuberserah. Allahu Akbar!!!


Air dan Haiwan

Lama rasanya tidak mencoret di sini. Entri kali ini, saya masih nak berkongsi input yang saya dapat dalam usrah saya. Subhanallah, biarlah orang nak kata usrah mereka best, tapi saya tetap nak kata usrah saya lagi best. Sebab saya yang rasa 'usrah' tu dan setiap orang mempunyai persepsi yang tersendiri tentang usrah maisng-masing.

Usrah-usrah saya yang lepas pun sangat best. Usrah Wardatul Syauqoh dan usrah Mujahadah Group di Malaysia. Usrah MP 4, usrah BEN 10, dan usrah Mursyid di bumi Mu'tah.



Banyak benda dan perkara baru yang saya peroleh dalam usrah, waima atas stand saya sebagai ahli usrah atau stand sebagai naqibah. Apa yang paling nikmat ialah semasa sesi perkongsian. Kita boleh kongsi apa sahaja, boleh luah apa sahaja, ibarat melepaskan diri dari ikatan sang penjahat dan umpama menjatuhkan bebanan berat daripada bahu kita. Fuhhh, lega!

Lega bukan sebarang lega, tapi disertai syukur kerana dapat berkongsi dan mencari jalan penyelesaian. Usrah bukanlah semata-mata medan ilmiah, medan perkongsian, medan makan-makan free, tapi lebih daripada itu. Usrah wadah untuk membina dan membaja hati-hati insan agar satu masa nanti, ia akan dituai untuk Islam.

Cewah!! Ayat bunga tuh. Apa-apa aje pendapat anda tentang usrah, semuanya betul. Apa yang paling penting, beramal dengan apa yang diperoleh dalam usrah, so nak share la sedikit apa yang saya dapat dalam salah satu usrah saya.

Satu hari, kami berusrah, tetiba seorang ahli usrah saya bertanya kepada semua, "Malaikat dibuat daripada apa?" Semua menjawab : Cahaya. "Syaitan dicipta daripada apa?" Sekali lagi semua menjawab : Api. "Manusia pula?" Kali ini semua tekaan betul lagi [applause]  Jawapannya : Tanah. Dia bertanya lagi," Haiwan pula daripada apa?"

???

????

?????

Kali ini tekaan rambang kami salah, semua tidak tahu sumber asal ciptaan haiwan. Lantas dia pun mengajak kami membuka lembaran kalamullah , surah Annur, ayat 45 yang bermaksud :

"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu daripada air maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan  sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Kami terpana seketika. Subhanallah...Dalam hati saya, 'Aku tak tahu pun selama ini. Nampak sangat baca Al-Quran tak tilik maknanya sekali' T_T

Hari itu bersamaan 1/11/2012, sepanjang hidup saya, saya baru mengetahui akan hal ini. Ya Allah, cantiknya susunan Allah, dalam usrah, saya mengetahui apa yang saya selama ini tidak tahu. Alhamdulillah :)

Jadi, siapa yang kata usrah ialah bulatan biasa-biasa, saya minta maaf, saya tak setuju dengan anda, sebab usrah ialah bulatan yang luar biasa yang fleksibel, boleh buat dalam bentuk segi empat, segi tiga, di mana-mana, bila-bila. Dalam usrah kita dapat apa yang kita tak dapat di tempat lain kerana usrah adalah permulaan segalanya, sebagaimana kita berasal daripada keluarga kita.

Jom berusrah!! Wallahu a'lam...

 ~tengkufatimahazzahra~

Ben 10 - Cakna tak kita pada Palestin?

Hari itu, bulatan kecil Ben 10 a.k.a Bond of Extraordinary Ten, (nama usrah saya) duduk santai-santai. Asalnya nak buat diskusi, tapi masa tak mengizinkan, hanya sekadar sembang-sembang. Sangka saya, peluang hari itu hanya duduk, bertadarus Al-Quran, kongsi-kongsi, makan-makan, sembang masalah, namun akhirnya ada isi maudhu' dalam duduk-duduk kami itu.

Salah seorang ahli Ben 10, Fazureen tetiba berkata, "Cakna tak kita isu Palestin?" Owh, Alhamdulillah, pemula dan pembuka isu yang penting untuk dibincangkan. Kami pun mula berbincang, berkongsi dan meluahkan rasa terhadap isu itu. Tidak lupa membincangkan peranan yang perlu dimainkan dalam isu ini.


Ternyata, pengetahuan saya masih kurang terhadap isu yang bermula awal Muharam baru-baru ini menjadi gempar walaupun hakikatnya isu Palestin ini sudah terlalu lama. Tanah yang disebut dalam Al-Quran itu sudah lama berdarah pasir dan dedebunya. Allahul Musta'an.

Bahasa yang memang terkena atas batang hidung saya, 'saya memang kurang cakna isu itu'. Pada mulanya, [monolog hati saya] :
"Tak apalah, tak perlu kot nak kongsi gambar atau info tentang isu ni, mesti dah ramai yang buat camtu. Dah penuh wall kawan-kawan aku dengan post pasal Palestin dan boikot".

Tapi saya silap, Allah tak tanya hasil, tapi USAHA. Saat menonton video kedaan sebenar yang berlaku di Gaza semalam, hati saya terdetik, "Apa yang aku mampu buat untuk tolong mereka???".

Walaupun sekadar share, post, boikot, semua itu usaha! Apa yang terpenting juga ialah tembakan doa buat mereka. Allah! kekalkanlah rasa insaf dan prihatin aku terhadap isu ini. Syukur kerana Dia menitipkan 'rasa' untuk berbuat sesuatu bagi membantu mereka, bukan sekadar like dan seen sahaja.

Ya! Isu Palestin bukan isu negara, tetapi isu umat. Tanah yang perlu pembebasan bukan oleh warga mereka sahaja, tetapi kita...UMAT ISLAM.

Kesedaran itu hadir berwasilahkan  usrah Ben 10, jazakumullah khairan buat kalian! Kali pertama usrah saya sependek dan sekejap itu. 45 minit lebih kurang. Bagi saya, pendek itu terbaik andai berisi dan mampu diterjemahkan kepada amal selepas daripada usrah.


Bak kata murobbi, usrah yang sebenar bermula selepas kafaratul majlis dan berakhir selepas bacaan Al-Fatihah. In shaa Allah, pertemuan kami akan datang akan diadakan forum.

# Heh! tak sabar nak cungkil bakat-bakat ahli Ben 10 yang diharapkan akan menjadi sejuta kali lebih hebat daripada sekarang.

Ayuh semua, jangan jemu tembak doa buat umat Islam di Gaza khususnya dan umumnya pada semua umat Islam di dunia. Teruskan buat sesuatu selagi mana mampu dan dalam ruang lingkup kudrat kita yang lemah ini. Allah sentiasa ada membantu. Itu janji-Nya!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...