Hikmah di sebalik Kegelapan
Salam perjuangan buat semua yang mengunjungi blog 'lihat,fikir,amal'. Alhamdulillah langit cerah hari ini. Moga hati kita secerah itu. Salam syawal sekali lagi. Sudah start puasa 6 syawal? Saya pun masih belum tapi insya Allah bakal menyusul. Moga-moga dimudahkan -Nya dalam beribadah. "Sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan disertakan enam hari di bulan Syawal, dia diibaratkan berpuasa selama setahun."-hadis Nabi s.a.w-
Hari itu, saya ada bercerita tentang kisah black out semasa malam raya baru-baru ini di kampung saya. Sebenarnya saya cukup bersyukur bila tiada bekalan api masa itu. Yelah, malam raya sepatutnya diisi dengan ibadah kepada Allah. Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang dimatikan hatinya seperti orang kafir.
Eh, tapi kenapa pula perlu bersyukur? Gelap kan susah. Tak nampak, tak dapat nak hias rumah, tak dapat nak isi kuih raya, tak dapat nak tengok movie raya. Ha!! Itulah yang buat saya bersyukur sangat-sangat tu. Bila malam raya mesti nak layan cerita yang best-best di TV kan? Saya pun termasuk dalam golongan itu.(betapa susahnya hendak bermujahadah)-sedih-
Sebab itulah, saya ingin berhijrah. Malam raya kalau boleh hendak diisi dengan gema takbir dan solat sunat seperti solat Tasbih sebagai tanda kesyukuran kerana Allah telah mengizinkan kita bertemu dengan Ramadhan dan diberi kekuatan untuk 'memperhangatkan' lagi ibadah dalam bulan itu sebagai pusat latihan menghadapi bulan-bulan akan datang.
Sekalipun bekalan api ada pada malam itu, saya tetap akan pergi ke masjid tetapi rasa syukur bertamu di hati akibat 'kegelapan' malam itu kerana ianya memberi ruang kepada insan-insan lain yang selama ini hanya tahu berseronok sahaja agar terhindar daripada kesesonokan itu lantaran ketiadaan elektrik bagi memasang TV atau Internet.
Walaupun mereka tidak beribadah secara langsung pada malam raya, sekurang-kurangnya mereka tidak melakukan perkara yang melalaikan hati tatkala Allah menjanjikan hati yang hidup jika malam raya diperhebat dengan ibadah kepada-Nya.
Satu yang perlu diingati, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya saya masih lagi belum cukup kuat untuk menangkis karat-karat jahiliyah dalam diri sendiri. Moga anda tidak lupa mendoakan saya ye agar dikurniakan kekuatan melawan nafsu dalam diri ini. Coretan tinta kali ini pun merupakan salah satu tazkirah buat diri saya yang selalu lalai terhadap cinta dunia melebihi cinta akhirat.
Moga Allah redha...wallahu a'lam.
p/s : Jangan lupa beribadah pada malam raya yang lagi satu ek?-AIDILADHA-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment