Sebaik-baik perancangan dan penentuan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang.
Sungguh! Dialah sebaik-baik perancang dan penentuan.
Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah lah yang menentukan.
Kekadang penentuan-Nya lebih daripada apa yang kita sangkakan.
Kasihnya Allah pada kita...Subahanallah...Alhamdulillah.
Tapi, ada ketika takdir-Nya kekadang menghampakan kita.
Opps! jangan sedih dan kecewa.
Ketahuilah bahawa Allah sedang menguji kita.
Sejauh manakah  kita bersyukur dengan-Nya.
Setinggi manakah kesabaran kita atas dugaan-Nya.
Allah tidak pernah zalim tapi kita yang zalim.
Astaghfirullah....

p/s : Saya sedang memujuk diri atas dugaan-Nya. Terasa happy sangat kerana apa yang dirancang kelihatan akan berjalan lancar. Namun, sangkaan saya meleset. Allah telah menguji dengan cabaran yang perlu dihadapi. Mungkin peringatan kerana terlupa bersyukur setelah perancangan yang saya lakukan baik-baik sahaja. Ataupun mungkin Allah ingin menguji kesabaran saya. Wallahu a'lam....Apa pun keampunan dimohon agar dosa dihapuskan. Doa turut dipanjatkan moga dipermudah segala urusan dan perancangan.

Allah sahajalah sebaik-baik perancang dan penentu....

2 comments:

salam mahabbah fillah, ukhti...
inshaAllah segala perancangan Allah itu baik. ana perasan sgt3. sejak kita sampai ke bumi Allah , bumi anbiya' ni, semuanya nampak susah, rasa berat. tapi juga senang untuk selesai, tapi apabila kita cuba rapati DIA. kadang-kadang memang mnde itu bukan suatu yang terzahir secara terang. tpi, halus aje.
inshaAllah, fatimah, pergantungan pd DIA, itu yang utama. doakn ketabahan ana juga . moga ALLAH permudah segala2. tak akan berlaku sesuatu tanpa izin DIA .[attaubah:51]
Allah akan tunjukkan jalan dari arah yang x disangka2 [at-talaq]
inshaAllah.. ukhiwah mahabbah... uhibbukifillah~
hidup=ujian. hanya akan berakhir, selepas ajal. dan itulah jalan jihad, siapa menempuhnya, pasti bahagia~

Hamiz aka Srikandi Fateh:
Syukron sgt2 ats kate2 semangat itu...
moga allah thabatkan hati kite pd jalan-Nya walau sesusah mana pun ia

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...